Sunday, December 21, 2008

Sesuci Cinta Episod 9(i)


Sweet Hard Hand By Hadiah



“Wow, pink roses,” komen Is sebaik sahaja Nia melangkah masuk ke pejabatnya. “Your favourite.”

Nia tersentak, hampir gugur jambangan bunga itu dari tangannya. “Is,” tutur Nia perlahan. “Tak tahu pula kau nak datang,” katanya. Nia mencapai vas kristal di sudut meja yang juga berisi bunga ros yang sama.

Is menjungkit bahu. “Saja, kerana aku baru lepas jumpa client tadi dekat Subang,” balasnya ringkas.

Nia mengangguk laju. Hatinya berdebar-debar. “Nak pergi lunch ke?”

“Hmm.”

“Okay. Tunggu kejap aku…”

“Kau tak nak tengok muka aku ke?”

Nia ketawa, hatinya berkocak. “Kenapa kau cakap begitu?” Dia mendongak kepala dan melihat wajah Is sekilas. Serius.

“Entah, tengok muka aku pun sekejap saja. Did I wear something backward or what?” soal Is lagi.

Nia ketawa lagi. Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil melangkah keluar dari pejabatnya. Is yang membuntuti, tersenyum tawar.

Di dalam kereta, masing-masing menyepi. Nia masih terasa degupan jantungnya yang lebih laju dari biasa. Is pula langsung tidak mengendahkannya di sisi. Tidak seperti selalu, tidak kering gusi Nia ketawa kerana usikan Is.

“Is?”

“Hmm?”

Diam seketika. “Boleh aku pasang radio kau?”

Is memandang Nia di sisi sekilas. “Sejak bila nak pasang radio pun minta kebenaran aku dulu ni?”

“Boleh tak?”

Is mengangguk sekilas. Dia memerhati sahaja Nia memulas tombol radionya. Suara Justin Timberlake memecah suasana.

“Alright,” ucap Nia riang. “Won’t you be my girlfriend? I’ll treat you good. I know you hear your friends when they say you should.”

Is menggeleng-gelengkan kepala. “Kau saja nak aku sakit jantung ya?” Dia membuat muka, menjuih bibir. “N’Sync. Give me a break. Nia, tukarlah stesen lain!”

Nia tertawa senang hati. “Eh, kalau kau dengar Blink-182 ke, tak pernah pulak aku mintak tukar stesen,” tukas Nia. “Cuz if you were my girlfriend, I’d be your shining star. The one to show you where you are. Girl, won’t you be my girlfriend?” Nia menyanyi kecil sambil tersengih-sengih memandang Is.

Is ketawa akhirnya. “Siap hafal lirik tu. Konon tak suka boyband. Ya sangat la tu,” perli Is. “Habislah imej macho kau tu.”

“Jangan kacau konsestrasi aku. Aku dalam teeny-bopper mode ni,” balas Nia sambil tersengih.

Is tersenyum. Dia menumpukan kembali perhatian terhadap trafik. “Apa persamaan Justin Timberlake dan Tengku Shafiq pada pandangan mata kau?” Is menyoal bersahaja.

Nia berhenti menyanyi. Dia terasa jantungnya berhenti berdegup seketika. Is di sisi kelihatan tenang memandu. Nia melepaskan keluhan kecil dan tersenyum tawar. “Busted, am I not?”

Is turut tersenyum, namun matanya ditumpukan terhadap jalan raya di hadapan. “Pretty much, honey.” Dia menjungkit bahu. “Aku cuma tunggu masa untuk kau berterus-terang dengan aku.”

“Is…” tutur Nia perlahan. “Aku tak pernah sembunyi apa-apa dari kau.”

Is memandang Nia sekilas sambil menjungkit kening. Tangannya mencapai tombol radio dan beberapa saat kemudian, suara Justin Timberlake berhenti menyanyi. “There. Lega sikit telinga aku,” ujar Is.

“Aku tak boleh nak tolak dia hantar bunga-bunga tu. Aku dah jelaskan dengan dia, dia yang tak makan saman,” jelas Nia. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. “Aku tak pasti apa yang dia mahu.”

Is terdiam. Jarinya mengetuk-ngetuk stereng. “Aku tak mahu kau terluka lagi, Nia,” ujar Is, ringkas.

Keruh di wajah Nia hilang. “I won’t let him.”

Telefon bimbit Is yang berada di atas dashboard berdering. Nia mencapainya sambil membaca nama pemanggil yang tertera di skrin. “Cia-ra,” Nia memaklumkan kepada Is. Dia tersengih.

Is tersenyum melihat keletah Nia. “Tolong sambungkan dengan earphone.”

Nia patuh. Dia melihat Is menjawab panggilan dengan nada serius. Dia tersenyum kecil. Terselit rasa bangga kerana memiliki Is sebagai seorang sahabat karib. Dari tempat duduk penumpang, Nia memerhati tingkah laku Is. Berkarisma. Bersahaja.

“Ciara, I’m obviously bukan dekat office sekarang. I’m all the way di Subang. Kenapa you expect I nak teman you pergi lunch?”

Nia tersentak dari lamunannya. Dia menahan tawa sambil mengingati insiden yang berlaku minggu lepas. Akhirnya, Nia membeli gincu baru untuk Cik Ciara, siap dengan bakul berisi buah-buahan, tanda maaf darinya. Namun balasan Cik Ciara hanyalah wajah monyok, ucapan terima kasih jauh sekali.

“I minta maaf, Ciara. I ada plan lain. Kalau you sound I awal-awal, mungkin I boleh pergi,” balas Is, dia menarik nafas dalam. “What do you mean I mesti tahu you nak lunch dengan I? I bukannya mind reader, Ciara.”

Nia menjungkit kening. Aik? Ketaralah Cik Ciara menyimpan hasrat dalam diam terhadap Is. On second thought, dalam diam apa? Obvious tak laratlah! Nia tersenyum. Dia sudah masak dengan perempuan-perempuan yang tidak jemu-jemu cuba memikat Is.

“Eh, Is. Jom lah jemput Cik Ciara sekali. Kasihan dia,” tutur Nia perlahan. Is memandangnya sekilas, terkejut.

“What? I’m sorry, I tak dengar apa you cakap,” balas Is lagi kepada Ciara, namun dia tidak lepas memandang Nia. “Ciara, I’m sorry tapi…. What the?” tukas Is dengan tidak semena-mena. Dia menarik headpiece dari telinga.

Nia memandang Is, terpinga-pinga.

“She hung up on me,” jelas Is.

Nia mengangguk perlahan. Dia kurang pasti apa yang wajar dituturkan kepada Is. “Maybe we should invite Ciara sekali pergi lunch,” tutur Nia, takut-takut. Dia tidak pasti akan respon Is.

Is membatu. Pandangan matanya dingin. “Oh yeah? Maybe we should invite Tengku Shafiq too.”

Is menghenyakkan punggung ke atas katil. Dia beristighfar. Penat masih terasa setelah sepetang bergelumang dalam trafik Kuala Lumpur. Selepas solat Isyak berjemaah bersama abah dan ibunya, Is terus menuju ke kamar tidur.

Hati Is bergelodak. Sudah lama dia dan Nia tidak berselisih faham begini. Selalunya mereka amat memahami antara satu sama lain. Sambil menghela nafas panjang, Is mencapai kad matriks SJMC Nia yang tergantung di sudut katil.

Perjalanan mereka pulang dari makan tengah hari sunyi sepi. Is menghantar Nia pulang ke apartmen setelah wanita itu memberitahu syifnya untuk hari itu telah berakhir. Masing-masing membisu. Is sendiri kurang faham dengan reaksi dirinya.

Darahnya menyirap tatkala mendengar Nia menyebut nama Ciara. Entah apa salah Nia, Is sendiri kurang pasti. Rasa bersalah menyelubungi diri apabila melihat ekspresi wajah Nia yang terluka dengan kata-katanya. Is tahu, dia tidak sepatutnya mengungkit tentang Shafiq.

Terkenangkan wajah Nia sebelum wanita itu melangkah meninggalkan keretanya petang tadi, hati Is sakit. Wajahnya mendung, dan Is dengan bongkak berlalu meninggalkan kawasan apartmen tanpa sekilas memandang ke wajah Nia.

Is menatap kad matrik Nia sekali lagi. Dalam kekalutan mereka berbalah, Nia tertinggal kad matriknya di dalam kereta Is. Is berkira-kira. Adakah itu tanda untuknya meminta maaf dari Nia?

Dia bersiap ala kadar. Sambil mencapai kunci keretanya, Is memerhati ke arah jam dinding. 9.30 malam. Mungkin mereka sempat minum seround dua di Hartamas.

“Ibu, orang pergi rumah Nia kejap. Dia lupa kad matrik dia ni ha,” tutur Is.

Cik Mah menjungkit kening. “Balik awal, tahu. Jangan kacau anak dara orang sampai lewat malam sangat. Ibu suruh nikah je, tak nak,” bebel Cik Mah.

Is tersengih. “Ibu ni. Is betul-betul bawa Nia kahwin lari karang, ibu jugak yang gabra.”

Cik Mah tersenyum. Dia mengiringi Is ke kereta. “Kirim salam dengan Nia.”

4 comments: