Sunday, December 21, 2008

Sesuci Cinta Episod 10 (i)

Sweet Hard Hand By Hadiah


“Terima kasih Cik Hadiah kerana sudi meluangkan masa memberi keterangan kepada pihak polis. Untuk pengetahuan cik, Mohd. Saiful itu dikehendaki oleh pihak polis Wilayah Persekutuan dan Melaka atas 3 tuduhan merogol,” terang Inspektor Julia dari balai polis cawangan Bukit Aman.

Nia mengangguk perlahan. Seram di hulu hatinya mengenangkan nasib tiga mangsa penyerangnya semalam. Dia dapat merasakan Is meletakkan tangan ke bahunya. “Terima kasih kerana bertindak pantas menyelamatkan saya semalam.”

Inspektor Julia tersenyum. “Tanggungjawab kami, Cik Hadiah. Syukur cik ada kayu besbol tu. Pihak polis berharap lebih ramai kaum wanita mengambil langkah berjaga-jaga seperti Cik Hadiah.”

Setelah Nia bersalaman dengan Inspektor Julia, dia dan Is berlalu ke kereta. Kereta meluncur laju. Nia melontar pandangan ke Ibu Pejabat Bukit Aman setelah mereka menuruni bukit ke Jalan Kuching. “Aku rasa macam jumpa Inspektor Aliza dalam Gerak Khas,” komen Nia ringkas.

Is tertawa perlahan. “Come on, Nia. This is serious business, okay?”

Nia tersenyum. “Aku tahu.” Dia terdiam seketika. “Aku kagum tengok Cik Julia tadi. Smart semacam la uniform dia. Respek!”

Kali ini Is ketawa terbahak-bahak. “Kelakarlah kau ni. Sempat lagi usha uniform polis tu,” ujar Is. Ketawanya reda. “Semalam gaya dia pegang pistol pun macho giler. Smart!”

Nia mengangguk laju. “Agak-agaknya Yusuf Haslam nak buat skrip tak untuk kisah kita ni?” soalnya sambil tersengih.

Is menggeleng-gelengkan kepala. “Hadiah Hyrena, behave. I was about to have a heart attack last night, thanks to your attacker. We need to talk, hun.”

Nia menundukkan wajah. Dia berat hati untuk membincangkan apa yang telah terjadi. Dia tahu dia tidak sepatutnya mengambil lewa tentang serangan semalam. Malah, hatinya cukup takut setiap kali mengingati apa yang terjadi. Tetapi Nia tetap Nia. Cara paling senang untuk menyembunyikan perasaannya adalah dengan melupakan apa yang telah terjadi.

“Aku tahu perasaan kau, Nia. Tapi kita tak boleh endahkan apa yang terjadi. Inspektor Julia pun suspect Saiful tu diupah. I mean, he wouldn’t randomly choose his victims, Nia. Dia bukan sahaja pandai picked your lock, dia tahu bila kau akan berada di rumah berseorangan. My point is, I don’t feel good unless kau pindah balik ke TTDI,” ujar Is panjang lebar.

Nia terdiam. Gerun. Dari kecil dia dididik supaya jangan mencari musuh, agar selamat di kemudian hari. Di mana pula dia mengutip musuh yang satu ini? Siapa yang begitu bencikan dia sehingga mahu dia dirogol? Ya Allah, selamatkanlah hamba mu ini dari segala bala dan duka…

“Nia?”

“Hmm…”

“Pindah, okay?” soal Is lagi, seperti memujuk.

Nia mengangguk. Mati kata-kata.

“Ok ok. Janganlah risau lagi, Nissa… Aku kan dah pindah balik ke TTDI,” pujuk Nia.

“Mestilah aku risau, Nia. Dulu kita serumah, apa-apa terjadi, we had each other. Semenjak aku pindah Ampang, aku dah sound awal-awal suruh cari housemate lain. Cakap orang tua tak pernah nak dengar,” Nissa membebel. Dahinya berkerut, risau mengenangkan kejadian yang menimpa teman baiknya.

Nia terkekeh-kekeh. “Aiseh. Salah tekan butanglaa… Kan kau dah start membebel ni… Butang mana nak suruh kau shut down ek?” gurau Nia.

Nissa memukul lembut lengan Nia. “Budak ni, aku cakap serius, dibuat memain. Nasib laa tangan kau tu kuat dalam bab-bab baling, pukul dan debik ni. Dibuat tangan tu lemah gemalai, macam mana?”

Nia tersengih lagi. “Ish, baru je nak jadi ayu. So kalau dah arif bab-bab debik orang ni boleh diconsider ayu lagi ke, Nissa?”

Giliran Nissa tergelak. “Nia.. Nia… Manalah Is tak bengang dengan kau. Dia kata kau boleh buat lawak lagi tentang attack malam tu. Speaking of which, syukur Alhamdulillah dia pergi jenguk kau malam tu.” Nissa tersenyum kecil. “Goes to show Allah take a look out on us every second of the day.”

Nia mengangguk, bersetuju. Kuasa Allah swt yang telah membuka pintu hati Is untuk melawat Nia malam itu, sekaligus kuasa Allah swt juga yang telah menyelamatkan nyawa dan maruahnya. Dia melemparkan pandangan ke arah Selat Melaka yang terbentang luas di hadapannya, mengagumi kekuasaan Ilahi.

“God works in mysterious ways, huh?” ujar Nissa tiba-tiba.

Nia menjungkit kening, mengalih pandangan dari laut yang biru ke wajah sahabatnya. “Apa maksud kau?”

Nissa tersengih. “Kau dengan Is,” Nissa berkais.

Nia melepaskan keluhan kasar. “Argh, not this again! Nissa!” rengek Nia, dia memukul lengan Nissa bertalu-talu. “You never give up, do you? Memanglah God works in mysterious ways,” ujar Nia. “Tapi ni bukan mysterious lagi dah ni, ini dah in a freaky way!”

Nissa tergelak. “Kau ni, tak pernah nak dengar point aku. Kau tak boleh nak tipu aku yang kau tak care langsung pasal Is,” tekan Nissa lagi.

Nia menanggalkan sunglassesnya. Dia memandang muka Nissa dengan ekspresi bosan. “Of courselah aku care pasal Is. Nama pun dia best friend aku. Macam aku care pasal kau laa. Takde pulak aku terjatuh cinta kat kau.” Dia menyepak sedikit pasir lembut yang menghiasi pantai. “The day aku tangkap cintan dengan kau, I’ll give Farid a call to ditch you, okay? Don’t worry.”

Nissa menepuk dahi. “Susah betul bercakap dengan orang berkepala batu macam kau ni,” jawab Nissa. “Mata kau tu kena buka luas-luas, Nia. Aku perempuan, memanglah kau tak jatuh cinta ngan aku. Hii… budak ni. Nak kena sepuk dengan aku!”

Nia tertawa. Dia mencapai tangan Nissa dan mereka berjalan beriringan sepanjang pantai Morib. “Nissa, stop talking crap, okay? Aku tak berselera sungguh kau asyik dok cakap macam ni. Mama aku pun tak bising gini, tahu tak?” ujar Nia.

Nissa memasamkan muka. Sudah berminggu-minggu dia menyakinkan Nia tentang Is. “Nia, kau tak boleh lawan takdir. Kalau memang ditakdirkan kau dijodohkan dengan Is, mana kau boleh lawan. Apa kurangnya Is tu, Nia? He’s the perfect guy for you, dear… You guys know each other inside out. Perfect-O.”

“Eh, part inside out tu jaga-jaga sikit, okey? Lucah betullah,” bebel Nia, membuang pandangan jauh ke Selat Melaka.

Nissa menggeleng-gelengkan kepala. “Ya lah, doktor. Nama je minor English literature minah sekor ni. Aku cakap bermetafora sikit dah fikir lain.”

Nia tergelak lagi. “Nissa, kau tahu kan kau best friend aku dunia akhirat?” ujarnya, memandang wajah Nissa meminta kepastian. Nissa mengangguk laju. Dia menjungkitkan kening. “Then, don’t do this to me, dear,” sambung Nia perlahan.

Mereka bertukar pandangan. Nissa seakan-akan memahami. Sepuluh tahun telah berlalu. Seboleh-bolehnya dia ingin memutarkan balik jarum waktu. Nia dan Shafiq yang meninggalkannya. Nissa yang telah meninggalkan Is. Nia dan Is yang ditakdirkan bersama, sejak awal lagi.

“Aku tahu, kalau aku menerima hakikat bahawa jodoh aku adalah bersama Is, deep down I know, it would still hurt you. Your love for someone never dies, Nissa.. It just fades away. Somehow, cinta yang hilang itu akan kembali semula. Aku tak boleh mencintai lelaki yang pernah kau cintai, Nissa… I won’t betray you like that. I love you too much to do something like that,” sambung Nia perlahan. Dia melabuhkan punggung di atas pasir. “Memang mungkin jodoh aku dan Is tiada. Aku redha.”

Nissa turut mengambil tempat di sebelah Nia. Pantai Morib minggu itu agak suram. Sesuram jiwa mereka berdua. Nissa terasa pedih di hujung mata. Dia sebak. Setitis air mata Nissa mengalir di pipi. Serentak dengan itu dia melentokkan kepala di atas bahu Nia dan memeluk sahabatnya erat. “Jangan buat begini, Nia… You deserve to be happy. Aku tahu kau mempunyai perasaan terhadap Is. In the end, we all get what we deserve. And I believe, you deserve Is. Perasaan aku terhadap dia adalah kisah lama, Nia. I won’t feel betrayed nor cheated. Aku juga redha yang jodoh kau memang dengan Is.”

“Nissa.. Aku tak mampu…”

“Nia, just give him a chance. Walaupun dia tak pernah cakap direct dengan aku, tapi aku dapat baca perasaan Is terhadap kau. Dia pun macam kau, afraid of the consequences sekiranya kau berdua mengambil keputusan untuk menjadi lebih dari kawan,” terang Nissa. “Tapi semuanya bergantung kepada kau, Nia. Whether you want to give it a chance or not. Kerana setahu aku, Is akan berbuat apa sahaja untuk membahagiakan kau.”

Nia menarik nafas dalam. Sebiji bola tampar pantai bergolek ke kakinya. Dia mengutip bola itu dan menyerahkan kembali kepada seorang anak kecil yang tersipu-sipu memandang ke arah mereka. “Nah, jangan takut, sayang,” ujar Nia lembut kepada kanak-kanak itu.

“Terima kasih, kak!” Kemudian, berdicit-dicit kanak-kanak itu berlari ke arah kawan-kawannya.

Nissa tersenyum melihat gelagat kanak-kanak itu. Kemudian, dia mengalihkan pandangan ke arah Nia. “Think about it, okay?”

4 comments:

  1. wow, tu je komen dr saya

    ReplyDelete
  2. uhh..tepuk dade tanye selera la nia...

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  3. besh2....

    nk lagii...

    *swit hanna*

    ReplyDelete