Thursday, December 18, 2008

sesuci cinta-Episod 3

Sweet Hard Hnd By Hadiah@Balqis


“Jom!”

Nia menekan pedal minyak dan Honda Jazznya bergerak meredah kesesakan Jalan Pudu. Trafik di hadapan Victoria Institute kelihatan agak kelam-kabut kerana sesi persekolahan baru sahaja tamat. Tambahan pula, ramai orang berpusu-pusu untuk pulang je pejabat masing-masing setelah waktu makan tengah hari tamat. “Apasal lambat?” soal Nia.

Eezwan tersengih memandang kakaknya. “Sorrylah, kak. Cikgu tahan tadi. Pasal football match next week,” balasnya. Beg sandang Nike berwarna hitam dihumbannya ke tempat duduk belakang.

“Football match dengan sekolah mana?” soal Nia lagi. Nia gemar juga menonton perlawanan bola sepak, terutama sekira adik tunggalnya itu bermain. Selalunya, Nia yang akan memandu Eezwan ke pertandingan-pertandingan yang disertainya. Setelah dia menonton perlawanan, dia akan pulang dan membiarkan adiknya keluar dengan rakan-rakannya.

Eezwan mengelap peluh di dahi. Tag nama pengawas dicabut dan diletak di atas dashboard kereta. “Dengan Seri Hartamas. You are coming, right?” soal Eezwan dengan penuh harapan. Dia bangga jika kakaknya ada bersama ketika perlawanan. Kawan-kawan yang lain selalu kehairanan melihatkannya mempunyai hubungan yang akrab dengan kakaknya. Baginya Nia bukan setakat kakak, Nia juga seorang kawan.

Nia menjulingkan matanya. “Yea, what do you think?” balas Nia, memberikan Eezwan senyuman. Dia terus memecut menuju ke Taman Tun Dr. Ismail. Itulah rutin mereka setiap hari Jumaat. Nia akan menjemput Eezwan dari sekolah dan mereka akan pulang ke rumah ibu bapa mereka bersama-sama. Ketika Eezwan dan bapa mereka ke masjid untuk Solat Jumaat, Nia pula akan membantu ibunya di rumah menyediakan hidangan tengah hari.

“Mama tak marah ke Eewan masih aktif bersukan? Bukan SPM lagi beberapa bulan ke?” soal Nia lagi. Dia masih teringat ibunya membebel ketika dia berada di tingkatan 5. Nia masih lagi aktif berdebat, bermain bola keranjang dan menjadi ahli lembaga pengawas. Eezwan pula, jangan cakaplah. Nia sendiri tidak pasti berapa banyak kelab yang dia sertai. “Kadet Polis lah, pengawaslah, bola lah, haa, apa lagi? Ada masa ke Eewan?”

“Oh, akak lupa nak sebut editorial board, swimming club, bla bla….” Sebut Eezwan sambil menghitung dengan jari. Nia mengambil kesempatan itu untuk menyekeh kepala adiknya. Eezwan tergelak. “Lepak laa kak… At least my principal didn’t call home to tell you I’ve been sleeping in class!” tukas Eezwan. Serentak dengan itu, dia mengelakkan diri daripada dipukul Nia lagi.

Nia lantas tertawa. “Kurang asam betullah Eewan! Nanti kamu! Kakak sekeh sekali!” Mereka sekeluarga pernah dikecohkan dengan panggilan yang diterima dari pengetua sekolah Nia. Beliau memaklumkan mama dan ayah bahawa Nia selalu tidur di dalam kelas. Walaupun prestasi pelajaran Nia tidak merosot, namun ia imej yang buruk untuk seseorang yang memegang jawatan pengawas sekolah.

Mama berasa sangat malu. Selepas dia meletakkan gagang telefon, dia pun berasa serba salah, hendak dimarah atau hendak digelakkan sahaja si Nia. Memang Nia tidak pernah mendapatkan keputusan yang kurang memberangsangkan dalam ujian. Malah, Nia sentiasa mendapat keputusan A1. Namun bukan sekali, malah berkali-kali guru-guru Nia memberi komplen tentang sikap buruk anaknya itu. Kadang-kadang, mama berasa malas untuk pergi ke perjumpaan PIBG.

Bila ditanya, Nia kata dia tidak sengaja. Menurut rakan-rakan sekolah seperti Nissa, Nia tidur memang dengan pelbagai gaya. Kadang-kadang, ketika dia sedang duduk tertib di atas kerusi pun dia masih boleh memejamkan mata. Ustaz mereka telah melabelkan salah satu gaya tidur pelajar ‘berenang’, di mana pelajar akan meletakkan kepala di atas meja sambil tangan diluruskan kehadapan. Guru Fizik mereka juga sudah tidak sampai hati menggerakkan Nia dari tidur. Baginya, selagi Nia mendapat markah yang cemerlang bagi subjeknya, itu sudah memadai.

“Apa laa anak dara, tidur dalam kelas! Malu betul!” ujar Eezwan, sambil terkekeh-kekeh. Dia memang amat maklum tentang perangai kakaknya ketika di sekolah menengah. Waktu prep, usah cakap, memang sejam setengah daripada waktu itu akan dihabiskan masa dengan tidur.

Di rumah, setelah menyalami kedua orang tuanya, Nia membentangkan laporan kepada ibunya. “Mama, tengok Eewan! Dia ejek orang tidur dalam kelas dulu!”

Ayah tergelak. Mama menggelengkan kepala. Eezwan masih mengilai-ngilai gelaknya. “Eleh. Macam akak tak tau je. Mama malu giler waktu pengetua akak call. Akak mana tahu! Akak dekat asrama lagi masa tu,” jawab Eezwan.

Ayah yang sedang memakai songkok hanya menggelengkan kepala. “Entah apa nak jadi entah anak dara ayah ni,” tokok ayah mereka pula. “Sebab itulah mama je yang pergi PIBG meeting selalu. Kalau ayah pergi, sure tebal muka ayah!”

Eezwan tergelak lagi. Mama join sama. “Cukuplah tu, Eewan! Kakak kamu tidur dalam kelas pun dapat straight A’s. Kamu ni macam mana pulak? Sekejap ada lawan bola kat sini, esok masuk hutan kat sana. SPM kalau kantoi mama suruh jadi tukang masak kat rumah!” kata mama.

Eezwan mendabik dada. “Haa… Mama jangan risaulah! Anak mama semua berjaya tau! Kalau Bang Long arkitek, Kak Nia doctor, mama nak Eewan jadi apa? Jadi wrestler boleh tak?”

Nia memuncungkan mulutnya. Tangannya ligat menyiang ikan kembung yang hendak dipanggang. “Bolehlah jalan. Nak jadi wrestler konon… Itu hari ayah ajar sembelih ayam pun tak lepas!

Ayah sudah mencapai kunci Intercoolernya. “Entahnya. Baru ayam katik pun dah cuak. Ayah bagi kamu 5 minit untuk siap Eewan. Kalau lambat, kamu menapak pergi masjid. Lebihkan sikit pahala kamu tu.”

Eezwan mencicit lari naik ke bilik. Walaupun sunnah Nabi SAW berjalan ke masjid untuk solat, namun Eezwan tidak sanggup. Tiga kilometer, panas terik pulak tu! “Tunggu ayah! Orang mandi ekspres!”

“Abang Long tak balik ke, mama?” soal Nia. Ikan yang telah siap disiang diletakkan kunyit. Kemudian dia mula menumbuk kelapa dan cilia pi untuk dijadikan inti.

Mama pula sedang memerah santan. “Dia terus ke masjid rasanya. Tadi ada meeting penting katanya. Nak dapat tender. Lepas ini dia nak bawa mama pergi MidValley. Nak siapkan barang hantarannya. Kamu nak ikut?”

Nia mememekkan muka. “Macam itu je mama… Kalau Nia tak tanya tadi, agaknya mama tak cerita pun nak pergi MidValley dengan abang….”

“Laa… merajuk pulak budak bertuah ni. Bukannya mama tak nak cerita. Kan tengah cerita ni? Marilah. Malam ni tidur sini je. Orang kata jangan pindah dulu, degil,” bebel mamanya.

Nia tersengih. “Ala… Taman Tun jauhla dengan tempat kerja Nia. Lagipun, bila lagi Nia nak belajar hidup sendiri? Ayah ikut sekali ke?”

“Haa… Ayah kamu nak fly ke Canberra petang ni. Kita hantar dia dekat KL Sentral, lepas tu kita lajak terus pergi MidValley.”

“Abang ni memang buta bau betullah! Ada ke dia cakap Green Tea ni baunya sedap?” ujar Nia, sambil menyuruh adik dan mamanya mencium bau haruman Elizabeth Arden itu.

Abang Long mengerutkan dahinya. “Apa pasal pulak? Okay lah tu… Bukan nak suruh Nia pakai pun,” jawab abangnya.

Eezwan yang telah mencium bau haruman itu, menutup hidung serta-merta. Mama pula, memainkan ekpresi wajah yang sukar dibaca. “Abang ni memang fail lah. Setakat nak bau Green Tea, kat rumah tu berlambak Green Tea mama beli dekat Cameron dulu!” ujar Eezwan.

Abang Long menepuk dahi. “Abang bawa korang minta tolong bagi pendapat. Lagi nak kutuk abang,” katanya, bunyi suaranya jauh.

Nia tertawa. Lantas Eezwan menuju ke kaunter. “Bagi Eewan pilih,” katanya ringkas. Pilihan-pilihan wangian di dalam kaunter kaca itu diperhatinya. Nia dan mama tersengih memandang masing-masing. Anak bongsu itu memang bukan main-main. Bab-bab memilih hadiah untuk perempuan serah kepadanya. “Cool Water? Hmm… Macam cikai. Issey Miyake?”

“Dah lapuk daa…,” tokok Nia.

Eezwan mengerutkan dahi. “Okay, cancel Issey Miyake. Pink Mat ni nampak macam comel, tapi tak elegantlah.”

Mama sudah tergelak. Abang Long pula menggeleng-gelengkan kepala.

“Okay. Eewan dah pilih. Set Sensi Giorgio Armani ni macam cun,” ujar Eezwan. Gadis di belakang kaunter digamitnya. “Miss, can you please show me Sensi Giorgio Armani?”

Abang Long, Nia dan mama terus mengerumuni Eezwan untuk menilai haruman itu. Mama mengangguk bersetuju. Nia pula memberi komen ‘not bad’. “Kopak duit aku,” kata Abang Long.

Setelah mereka membeli-belah haruman, set kasut kulit dan tas tangan wanita, mereka melangkah pula ke supermarket.

Di sana, awal-awal lagi Eezwan menyumbat hampir sepuluh kotak sushi ke dalam troli. Mama menggeleng-gelengkan kepala sahaja. “Mak ai! Eewan ambil sushi banyak-banyak ni nak buat apa?” soal Nia, agak terkejut. Eezwan memang gila makan sushi.

“Makanlah. Tak kan nak buat kapur kasut kot?” ujar Eezwan selamba. Abang Long hanya tertawa.

Setelah Eezwan memasukkan tiga baket ais krim Haagan Daaz dan lima bungkus besar Twisties, Nia menjungkitkan kening.

“Eewan ni, ambillah makanan yang sihat sikit! Ni asyik makan junk food je,” mama sudah mula membebel.

“Doktor Hyrena?”

Nia terkejut. Siapa pula yang ada di belakang ni? Mama, Eezwan dan Abang Long serentak terdiam. Mereka turut memusingkan badan untuk mencari empunya suara.

“Tengku rupanya,” ujar Nia sambil menguntum senyum. Dia terus menuju ke arah perempuan seusia mamanya itu dan mereka bersalaman. “Fancy meeting you here. Ini mama saya, adik saya, Eezwan, dan abang saya, Hazrin. Ini pula Tengku Suraya.”

Mama bersalaman dengan Tengku Suraya. “I Hashima.”

“Tengku Suraya ibu kepada salah seorang patient Nia, mama,” kata Nia.

“Alhamdulillah Eliana dapat doktor muda macam Doktor Hyrena. I takut Eliana tak dapat nak relate dengan physician dia. Doktor Hyrena banyak bantu dia,” sambung Tengku Suraya. Sebagai seorang ibu, Tengku Suraya juga amat kagum dengan pencapaian doctor wanita muda seperti Doktor Hyrena. Mula-mula dia sendiri skeptik dengan keupayaan doctor itu, namun setelah memerhati perkembangan pemulihan anaknya, Tengku Suraya tidak ragu-ragu lagi.

Hashima tersenyum. “Alhamdulillah. I’m glad Nia dapat memberi bantuan kepada anak Tengku.”

Eezwan, Hazrin dan Nia saling berpandangan. Sudah. Apabila para ibu sudah mula bersembang, semua pekerjaan terencat. Eezwan menjulingkan matanya. Hazrin pula mula memeriksa telefon bimbitnya. Nia hanya mampu tersenyum sambil mengangguk itu ini ketika mamanya bersembang.

Lima minit berlalu. Eezwan mencuba sebaik mungkin untuk tidak bersandar di troli dan tidur. Kadangkala dia melemparkan senyuman kepada Tengku Suraya yang menjenguk ke arahnya.

“Okaylah, Tengku. Agaknya anak-anak I semua dah lapar. Lepas ni kami semua nak pergi makan,” ujar mama, kata-katanya berbaur penutup bicara. Senyuman Eezwan melebar.

Tengku Suraya dan Hashima bersalam. “Okay, Has. You ada masa konteklah I. Boleh kita keluar shopping sama-sama. Doktor Hyrena, you pun bolehlah join kami nanti ya?”

“Insya Allah…….”

“Nia, aku cakap serius tahu!”

Nia menghirup Frappuchinonya dengan selamba. “Laa…. Aku tak kata pulak kau tak serius,” ujarnya. Wajah Is yang cuak dipandangnya. “Kau okay tak?” Segera dia memeriksa suhu dahi Is. “You look a bit…reddish,” komennya.

Tangan Nia ditepis. Nia tertawa kecil. “Nia, please, look at me and say you do pity me!”

Nia mengepam bibir. “Is, getting married is not something that I should pity you about. Well, now that I think about it, how’s that Lina secretary of yours? Dia okay apa.”

“Nia!”

“Okay, touché,” guman Nia perlahan. Is hanya sekadar menjeling. Akhirnya Nia tergelak besar juga. Memang kasihan juga dia dengan situasi yang menimpa Is. Namun…. “Is, logikla kalau ibu kau nak carikan jodoh untuk kau. I haven’t seen you date any other woman for like aeons. Ala…. Susah-susah, carilah seorang cepat-cepat. Lepas tu bawak balik kasi Cik Mah tengok.”

“Hah, look who’s talking! Macamlah kau dah ada pengganti lepas Shafiq kan?” tukas Is, mengungkit kembali kisah silam Nia pada zaman universiti.

“Laa, lagi nak ungkit pasal aku. Mak siapa yang suruh kahwin? Ibu kau. Mama aku rilek aje,” balas Nia. Tak pasal-pasal pulak pakcik ni. Dia menghela nafas. “Well, I guess I shouldn’t be keeping this a secret any longer. Nissa dah nak kahwin. In two months’ time,” Nia berkata perlahan. “Dia jemput kau jugak.” Wajah Is kelihatan sugul. “Is, I think it’s about time we end this entire feud.” Nia menundukkan sedikit kepala untuk melihat reaksi wajah Is. Kompleks. Hati Nia mula resah. “Once, we were the best of friends, Is. Jodoh tiada antara kau dan Nissa. Mungkin jodoh kau bersama perempuan lain, where the two of you deserve each other. We start another chapter in our lives, okay?”

Tiada jawapan dari Is. Dia menggigit bibir. “I know that Nia. Please convey my congratulations to her, okay?”

Bibir Nia mengukir senyuman. “Why don’t you do it yourself? Aku bagi nombor handphone dia, okay?”

Is mengangguk. Mungkin kata-kata Nia ada betulnya. It’s about time for him to grow up.

1 comment: