Saturday, December 27, 2008

Balqisku episod 14

Sweet Hard Hand By Hadiah



Danial menolak daun pintu lesu.

“Along! Oh God, I was so freaking worried!”


Danial mengangkat wajah. “Chu. Takde kelas ke?”


Farrah menjulingkan mata. Tangan abang tunggalnya ditarik ke dalam rumah, pintu kayu ditutup rapat. “I’ve been here since yesterday. Sikit lagi Kak Qis nak ditched Mozambique. How irresponsible could you get??” serang Farrah bertubi-tubi. Tubuh abangnya ditolak perlahan ke atas sofa. “Sit.”

Danial mengeluh. “Chu…”


“Listen, Along. It’s either you start behaving yourself…”

“Farrah Jessima Salleh, please…”


Farrah terdiam. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Kemudian turut terjelepok sama di sebelah abangnya. Mereka berdua mengadah siling.


“Seb baik UN tak short sorang comrade. Semua along punya pasal.”

Danial memejam mata. “Ye ke chu?”


“Ye aa. Jenuh orang pujuk dia semalaman. She was in bad shape, no thanks to you,” ujar Farrah, memerli.


“I’m not getting out of this the easy way, huh?”


“You bet,” balas Farrah. Dia memusingkan badan untuk menghadap Danial. “Apa Along buat samarinda lari keluar rumah gitu? Dahla petang sebelum Kak Qis berlepas. Kalau pa dengan ma tau, you’ll be getting it for the next forty-eight years!


Diam.

“Mata dia dah merah tau, Along. Chu rasa she’s a tough lady. Tapi bila Along dah buat dia tahap-tahap mata merah ni, kira hebat jugakla,” tutur Farrah lagi. “You have two minutes to relay a decent defensive speech before I knock some common sense into your head.” Gadis itu mencuri pandangan ke arah jam dinding. “Starting now.”


“Uchu… Lain kali je la…”

“Along, Kak Qis tak tau pun mamat tu sumbat surat tu kat beg dia!”

Danial membuka mata perlahan-lahan.


“Apa la susah sangat nak percaya bini sendiri? Si Fisha cheapskate tu Along boleh je percaya bertahun-tahun…”

“Penat je Kak Qis tolong cover untuk Along tadi. Abang Jeffri dia pun tanya Along ke mana. Kat semua dia cakap Along ada emergency outstation.”

“Along, dengar tak ni??”


Danial menapak menaiki tangga ke tingkat atas. Penat. Bersalah. Rindu. Bercampur menjadi satu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Allahu Akbar, Allahu Akbar!

“Danial, bangunnnnn.

You jangan ingat I tak reti guna chainsaw kat stor tu?

Karang ada yang pintu bilik berlubang.

Danialllll.

Subuh nak habis dah la!!”


Azan sayup-sayup berkumandang. Danial pantas mengangkat kepala dari bantal tempat beradu. Dahinya yang berpeluh dilap perlahan. Bilik yang sunyi dan gelap dipandangnya suram.

Balqis


Perempuan yang mengajarnya mengenal sejadah semula. Perempuan yang mengajarnya kemanisan berdoa. Perempuan yang mengajarnya mencintai agama Allah yang syumul.


Usai solat, Danial meniti tangga untuk ke tingkat bawah. Terdengar sayup-sayup suara Farrah melagukan Suratul Kahfi. Danial tersenyum. Adiknya seorang itulah harapan keluarga. Boleh dipakai. Belajar tinggi-tinggi tetapi masih ingat berpijak pada bumi yang nyata.


Danial merapati meja Jepun. Bingkai-bingkai gambar tersusun kemas di atasnya. Gambar majlis persandingan, Balqis dan rakan-rakan GP di UK, Balqis dengan kanak-kanak blond bermata biru, Danial di Alcatraz bersama Haris dan Zafri.


Kemudian gambar di hujung meja menarik perhatiannya. Pantas bingkai itu dicapai.


Danial memutar jarum waktu. Teringat lawatan ketiganya ke Chuping. Kali itu untuk menjejak Balqis setelah diarah papa. Melihat Balqis berbaju kurung kedah dan berkain batik, Danial tersenyum. Ringkas, ayu, without even trying hard to.


“Sikit je. Dah sapu Boots cream dah pun…”

“Macam mana turun tangga tu? Pakai anak tangga ke pakai railing?”

Sengih.


Gambar kandid yang diambil Jeffri. Comel je tangannya masih mengusap pipi Balqis. Kebetulan pula wanita itu sedang ketawa mendengar komennya. Lakonan first-class, pergi ke Cannes pun mungkin boleh menang award.


Itu zaman perasaan perlu dipaksa. Sekarang zaman rindu hadir tanpa dipinta.

What was I thinking, Balqis?


Matanya tertancap pula pada stetoskop di tengah meja.


“Imagine kalau you betul-betul pergi… I don’t think I can live…”

“Would it make you feel better if I told you I won’t leave.. ?”


Elok sahaja ditinggalkan begitu oleh Balqis di atas meja Jepun. Littman kesayangan. What are trying to tell me, amour?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Farrah baru sahaja menutup Al-Quran berkulit putih di rehal. Muka Danial pula sudah menjenguk di pintu.


Chu. Tolong Along.”

Farrah mengukir senyuman kecil. Hatinya memanjat syukur. “No hal. Apa? Tempah tiket gi Johannesburg?”


Danial tersengih. “Let’s start with E-bay.”


Glossari


Littmann – Brand stetoskop yang terkenal.

Amour – ‘love’ in French.

E-bay – online auction space. Err, auction mend eek bahasa Melayu? Lelong ke? Hehhe…

No comments:

Post a Comment