Sunday, December 21, 2008

Sesuci Cinta Episod 9(ई)


Sweet Hard Hand By Hadiah

Nia menyikat rapi rambutnya yang basah. Dia merenung wajahnya di cermin meja solek. Hambar. Arghh! Dia hairan mengapa Is mampu menguasai fikiran dan moodnya ketika itu.

Telekung dicapai. Isyaknya sudah lama tertangguh.

Nia kaget. Telinganya cekap menangkap bunyi angklung yang tergantung di pintu apartmennya. Telekung di tangan diletakkan kembali di atas katil perlahan-lahan. Dia beristighfar.

Dia tunduk untuk mencapai kayu besbol di bawah katil. Degupan jantungnya kian kencang. Sambil memegang erat kayu besbol itu, Nia merapatkan diri ke pintu bilik. Telinga ditekapkan ke pintu. Kedengaran derapan tapak kaki di ruang tamu.

Siapa yang bertandang ke rumahnya malam-malam begini? Kunci spare apartmennya hanya dimiliki mama, abah, Eewan dan juga Nissa. Tidak mungkin Eewan berasa bosan dan datang ke apartmennya tanpa menelefon Nia dahulu?

Bunyi tapak kaki semakin dekat dengan pintu bilik Nia. Bibirnya terkumat-kamit mengucapkan kalimah Allah untuk mengumpul kekuatan diri. Apabila tombol pintu dipulas, cengkaman Nia terhadap kayu besbol dikuatkan….

Pintu bilik dikuak. Kelihatan sekujur tubuh berpakaian serba gelap dan topeng ski hitam. Nia menghayunkan kayu besbol sekuat hati ke kepala manusia bertopeng itu. Bunyi kayu bertemu kepala berdesing. Sebaik sahaja manusia itu sungkur, Nia pantas berlari dari bilik tidurnya.

Di ruang tamu, Nia mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Dia berkira-kira untuk menelefon polis, temuduga untuk alamat sahaja mengambil masa yang panjang. Dia menekan ‘speed dial 1#’. Telefon di tangan kiri, kayu besbol di tangan kanan, Nia berlari ke pintu utama apartmennya.

Ada jawapan di hujung talian. Nia mengucap syukur. “Eewan, telefon polis! Rumah akak!”

Sebelum sempat Eezwan menjawab, Nia menamatkan panggilan. Kelihatan manusia itu tergopoh-gapah berlari dari bilik tidur Nia. Nia kaget. Hendak jerit meminta tolong, dia sendiri tidak reti menjerit. Di koridor apartmennya sunyi sepi. Nia menelan liur.

“Tolong!!”

Manusia bertopeng itu tertawa mendengar jeritan Nia. Nia menelan liur lagi, kayu besbol di tangannya digenggam erat. Dia mengutuk diri sendiri. Pathetic betul aku jerit. Macam ayam kena gelek lori!

“Jerit macam nak panggil semut, siapa pun tak dengar cik adik, oi.”

Nia berkira-kira untuk lari sahaja dari apartmennya. Pak Guard pun mana? Nia melihat kiri dan kanan, sebelum membuka langkah seribu di koridor.

“Jangan lari!”

Nia terus berlari. Tanpa menoleh depan dan belakang. Dan dia berlari sehingga terasa badannya merempuh seseorang.

Nafas Nia tercungap-cungap. “Tolong, cik. Ada orang kejar saya,” tutur Nia pantas.

“Nia?”

“Is!”

Nia menyisip anak rambut yang terkeluar dari tudungnya. Jam menunjukkan pukul 1.10 pagi. Setelah berada selama sejam setengah di balai polis untuk memfailkan laporan, dia akhirnya dibenarkan pulang. Dia memerhati Is mengeluarkan beg baju dari bonet kereta, yang kemudiannya diserahkan kepada Eezwan.

“Kunci semua pintu, okey? Pasang alarm tu. Keep your handphone close,” pesan Is kepada Eezwan. Adiknya itu mengangguk-angguk tanda faham. Tiada gurau senda yang selalu kedengaran setiap kali mereka bertemu.

“Thanks, abang Is. I’ll take care of her, don’t worry,” janji Eezwan. Dia mengerling kakaknya yang membisu di sisi. “Susah jugak ya ada kakak lawa ni?”

Is tersenyum. Nia menyendeng bahu adiknya. Eezwan tergelak kecil. “Ok ok. Eewan masuk dulu ya? Jangan dating lama-lama pulak dengan abang Is,” ujar Eezwan sambil berlalu. Tawanya masih kedengaran.

Is tersenyum. Dia memerhati Nia yang tunduk membisu. “You okay?” soal Is lembut.

Nia mengangkat wajah. Dia mengangguk laju. “Yes.”

Diam.

“Is?”

“Ya?”

“Dahsyat jugak kau taekwondo kan mamat tu ya tadi?” ujar Nia, kagum. “Aku ingat black belt third dan kau tu perhiasan semata-mata je.”

Is tergelak. “Ala, mamat tu pun dah sayur kau ganyangkan. Thank God the baseball bat was there,” balas Is.

Nia tersengih. “Yes, thanks to you. Berguna juga hadiah-hadiah pelik dari kau ya, Is?” tutur Nia. Teringat tatkala Is menghadiahkan kayu besbol itu pada hari pertama dia pindah ke apartmen. Langkah berjaga-jaga, kata Is. Terbukti, kayu besbol itu berjasa kepadanya malam itu.

Diam lagi.

“Is?”

“Yes, honey?”

Nia tersenyum. “Terima kasih. For everything. For always being there.”

Is tersenyum sama. “No problem. In fact, I think we should thank your matrix card.”

“Oh?” soal Nia kehairanan. Dia melihat Is menarik keluar kad matrik SJMC dari poket seluarnya. “Aku pergi ke apartmen nak pulangkan kad ni sebenarnya, and well, to apologize,” jelas Is.

“Apologize?”

Is melangkah setapak kehadapan mendekati Nia. Dia menyerahkan kad matrik itu kepada Nia. “I’m sorry, sayang. Let’s not fight again, okay?” tutur Is perlahan.

Nia mengangguk. Sebak. “Amazing how Allah works, right? Kalau kau tak datang, aku tak tahu apa nasib aku,” sambung Nia perlahan.

Setelah Is pulang, Nia dan Eezwan memasang penggera keselamatan. Nia membatalkan niat Eezwan untuk memaklumkan mama dan abah yang berada di Venice tentang kejadian malam itu. Nia tidak mahu tugas abahnya terbantut. Abang Hazrin pula baru bertolak ke Beijing.

Eezwan menarik toto dari almari dan menyediakan tempat tidur di atas lantai bilik tidur kakaknya. Nia terharu. Setelah lampu dipadamkan, telefon bimbit Nia berbunyi, tanda SMS diterima.

‘Akum. Now I’ve realized, kecantikan yang dijaga dan dipelihara, ternyata lebih menyerlah dan bersinar dari kecantikan yang dijaja. Your hair cast a spell on me. =) Good night, Hadiah Hyrena. Semoga kita dalam lindungan ALLAH swt selalu. Amin.”

5 comments:

  1. “Amazing how Allah works, right?

    Suke giler ayat ni.. Sesungguhnya DIA maha mengetahui

    ReplyDelete
  2. suke sgt...

    emm..harap sgt is ngn nia nnt...

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  3. bestlaaa..nnt cepat2 laa sambung erk..jgn tggu lama2..sumtimes kite x sedar..org yg berada di sisi itulah yg terbaik utk kite kan???

    ReplyDelete
  4. ISK KONPIUS LA
    SAPA BAGI SMS TU YE

    ReplyDelete