Sunday, December 21, 2008

Sesuci Cinta Episod 8(ii)

Sweet Hard Hand By Hadiah

“Thank you for the car, kak. I promise I’ll bring it back in one piece,” ujar Eezwan seraya dia mencium tangan Nia yang berdiri di muka pintu. Sebelum dia sempat menarik balik tangannya, kakaknya itu masih memautnya erat.

“Not so fast,” balas Nia, penyapu di tangan diletakkan ke tepi. “Hai, handsome betul Eewan hari ni. Dating dengan siapa pulak?”

Eezwan tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. “Eh, adik akak ni memang hari-hari handsome, okay?”

Nia gelak. “Yalah yalah.” Nia memerhati pakaian yang dikenakan adiknya hari itu. “Kemeja ironed,” tutur Nia sambil mengelus leher kemeja adiknya. “Seluar pulak tak baggy, tak macam selalu. And,” kata-kata Nia terhenti, dia cuba menghidu wangian adiknya. “And Hugo Boss.” Nia tersenyum. “Not bad.”

“Akak….”

“Ok ok. Tapi Eewan nak keluar dengan siapa ni? Baik cakap dengan akak. Kalau tak,” kata-kata Nia terhenti seraya dia cuba memikirkan blackmail terbaik untuk mencungkil rahsia adiknya. Dia tersengih apabila idea muncul di benak fikirannya. “Haa, kalau tak, akak cakap dengan mama Eewan fail paper Bio hari tu.”

“Akak!”

“Mama!”

“Fine, fine,” keluh Eezwan. “Akak dah 27 tahun tau, you’re not supposed to tell-tale. That’s my job.”

“Hey, it’s fun,” balas Nia kembali, masih tersengih. “So?”

Eezwan tunduk melihat kasut sukan Nike kegemarannya. Dia tersengih. “Sibuk je laa. Orang keluar dengan kawan je.”

“Eewan tau kan, lagi lama Eewan cover line, lagi lambat laa Eewan keluar dari sini,” tutur Nia.

Eezwan menjulingkan mata. “Dengan Eliana.”

Nia tersenyum. Mengaku juga akhirnya adiknya itu. “That’s my brother. Never fails to notice a beautiful lady.”

“Yeah yeah,” ujar Eezwan, acuh tak acuh. Dia terasa pipinya sedikit hangat. “Akak, Eewan dah lewat ni.”

“Ok ok.” Nia terdiam seketika. “Try not to be the heartbreaker this time, okay? Eliana tu baik tau.”

“I know,” balas Eezwan memberikan senyuman ikhlas.

“Nia, Is telefon!” laung Chik Shima dari dapur.

Eezwan menjungkitkan kening. “Haa, lover boy dah panggil tu. Pergilah,” guraunya. Dia sempat mengelak lengannya dari dicubit Nia. “Bye kak!”

“Hello?”

“Hi beautiful.”

Nia tertawa. Dia melihat mamanya yang sedang minum-minum di dapur. “Well, assalamualaikum to you too, Is,” ucap Nia. Chik Shima menggeleng-gelengkan kepala melihat reaksi anaknya. Bibirnya menguntum senyum. “Apa yang kau racun mama aku ni? Dia dapat call dari kau, terus dok senyum sorang-sorang,” ngomel Nia.

“Waalaikumsalam… Senyum sorang-sorang? Oh, adalah. Ni rahsia aku dengan Chik Shima. Buat apa kau nak tau?”

“Ok ok. Kenapa kau call aku ni?”

“Esok lunch kau free tak?”

“Well, aku cuti esok. So lebih kurang free as I can be lah. Kenapa?”

“Perfect. Jom pergi lunch sama?”

Nia tersenyum. “Ok”

“Is, aku kira sampai 8. Kalau kau tak bangun dari kerusi tu by the count of 8, kertas tu je yang kau makan tengah hari ni, ok?”

Is tergelak. Cepat-cepat dia menutup fail yang ditatapnya sejak dua jam lalu. “Ok ok. Why 8?” Dia mengemas meja ala kadar lalu mencapai kunci keretanya. “Let’s go.”

“Is, honey, jom… Oh, hi.”

Nia menjungkit kening. Gadis yang baru sahaja membuka pintu pejabat Is pula tergamam melihat kehadiran Nia di situ. “Apa kau buat kat sini?”

Dahi Is berkerut, hairan. Dia melihat wajah Nia, kemudian wajah Ciara, rakan sepejabatnya. “Kau kenal Ciara, Nia?” soal Is. Reaksi Nia sukar dibaca, antara senyum dan marah.

“Of course. Perempuan ni baru je patahkan lipstick M.A.C. I waktu nak naik lif tadi,” ujar Ciara, bibirnya dijuihkan ke arah Nia.

“Nice of you to remember me, considering the blue patch you gave to my foot by your killer stilettos,” balas Nia, sengaja dia melebarkan senyumannya untuk menyakitkan hati Ciara. Nia memandang Is, musykil. “Dan stilettos bukan menyalahi tatatertib berpakaian formal ke pejabat ke?” tambah Nia lagi.

Is menjungkit kening. “Lipstick? Stilettos?”

Ciara tidak membuang masa untuk memaut lengan Is. “Is…” rengek Ciara. “Perempuan ni tadi langgar I waktu nak naik lif tadi. Habis lipstick I patah. Bukannya murah, RM240 satu tau?”

Nia menjulingkan mata. “Oh, I’m sure. What a tragedy.”

“Hey, apa masalah kau ni? Dah cukup baik aku tak mintak kau bayar untuk lipstick tu tau!” bentak Ciara, mukanya merah padam.

Nia menjungkitkan kening. “Kalau you nak suruh I ganti RM240 tu, it won’t leave me destitute. Now,” Nia berhenti seketika sambil meraup dagu. “Berapa pulak ya you patut bayar for my foot injury? Busted venules: RM100, sore muscles: another hundred ringgit, unbecoming blue patch: RM200. Yalah, nanti sesetengah baju I clash dengan warna kaki I yang biru ni. Pasal bayaran lain-lain tu, you refer je kat my MAA, ok?”

“Is! Siapa perempuan ni?!” jerit Ciara, sakit hatinya meluap-luap.

Is menarik lengannya perlahan-lahan dari cengkaman Ciara. “Ok ok. Nia, why don’t you give me a heads up.”

“Well….”

“Kenapa you tanya dengan perempuan tu?” bentak Ciara lagi.

“Well, this perempuan happens to be my best friend. Ciara, meet Hadiah Hyrena,” tutur Is. Dia melihat Nia memberikan senyuman manis kepada Ciara. “Nia, meet Ciara, my colleague.”

Ciara mendengus. “Fine. I’ll tell you what happened. I tengah tunggu lif dan trying to put on my lipstick. Tiba-tiba your best friend ni, datang dari mana-mana entah, langgar I.”

“Cik Ciara, tipu berdosa tau,” tutur Nia ringkas. Dia melabuhkan diri atas sofa di sudut bilik. “It’s going to be a longggg day,” gumamnya sendiri.

Is tersenyum. Muka Ciara pula merah padam. “Ok, Nia. Apa kata kita dengar cerita kau pulak,” ujar Is, cuba untuk berdiplomasi.

Nia menjungkit bahu. “Takde apa-apa cerita sebenarnya. Aku tengah dok terpacak depan lif tu, waiting for it to ding. The next thing I know, beg tangan aku termakan lipstick M.A.C. yang berharga RM240, kaki aku pulak dicium stilettos Cik Ciara ni.”

Is merenung mata Nia. Dia menahan rasa untuk ketawa setelah mendengar Nia bercerita tentang insiden antara dia dan Ciara. Siap stress harga lipstick lagi tu. “Is that the reason you walked in all funny tadi?” soal Is, geli hati.

Nia membaling tisu yang digumpalkan ke arah Is. “Hey, I didn’t walk funny!” tukas Nia. Dia melemparkan pandangan kepada Ciara, yang masih cuba memaut lengan Is. “Okay lah Cik Ciara. I pun on the way pergi lunch ni. Apa kata kalau I belikan you lipstick M.A.C. berharga RM240 baru untuk you? You cuma perlu bagitahu shade apa je you nak,” tambah Nia. Dia tidak rasa seperti hendak melupakan fakta yang dia telah tamat universiti dan bergaduh dengan perempuan lain semata-mata kerana sebatang gincu bibir.

Ciara menjungkit kening. “Mampu ke kau nak beli? Lagipun, do you even know nak beli kat mana?” soal Ciara, memperli. Sengih Is melebar. Dia rasa seperti menonton salah satu episod ‘Sex & The City’. Is melihat wajah Nia. Dia percaya Nia dengan mudah dapat ‘menembak’ Ciara kembali.

“Takpe, nanti I kutip lah mana-mana RM240 tu. Susah sangat, I jual je lah Honda Jazz I kat bawah tu. Nak beli kat mana? Tak dapat kat sini, I mintak tolong my friend yang duduk kat UK belikan straight from the manufacturer,” balas Nia dengan muka bosan. Dia menguap sambil menutup mulut dan beristighfar. “Hmm…” Nia meneliti miniskirt bercorak harimau bintang yang dipakai Ciara. “Eh, I nampak that skirt dekat Sogo hari tu, dekat ‘off 75%’ rack,” tambah Nia lagi sambil memberikan senyuman manis kepada Ciara.

Ciara menghentakkan kaki. Dengan pantas dia melangkah ke pintu. Pada waktu yang sama, pintu itu terbuka sekali lagi. Saiful kehairanan apabila tubuhnya ditolak ke tepi oleh Ciara.

“Be careful, I think she bites,” ujar Nia kepada Saiful.

Ciara menghempas pintu sekuat hati.

Beberapa saat berlalu. Akhirnya Is ketawa terbahak-bahak. “Nia, kau memang evil!”

Nia terpandang Saiful yang tersenyum musykil. “Assalamualaikum Saiful. Nak join kami pergi lunch?” soal Nia sambil tersenyum.

“Waalaikumsalam. Lunch? I ingat I baru masuk war zone mana tadi,” tutur Saiful. Dia melemparkan pandangan ke arah Is yang masih ketawa. “Kenapa gelak tak ingat dunia ni?”

“Nia baru buat lawak tadi. Berasap jugak lah si Ciara tu,” balas Is, mukanya sedikit merah akibat ketawa tidak berhenti-henti. “Rugi kau takde. Best tau, macam tengok ‘Sex & The City!”

Nia memasamkan muka. “Hai, suka sangat lah aku bergaduh ya? Bukannya kau nak leraikan pun,” tutur Nia, jauh bunyi suaranya.

Is turut duduk di sebelah Nia. “Sayang, I have faith in you that you were going to handle it beautifully. Tengok, mana ada gaduh pun. Aku respek dengan kau tau,” ujar Is lembut. Dia mengalihkan pandangan pada kaki Nia. “Eh, biru kaki kau tu. Let’s put ice on that.”

Nia tersengih. “Takpelah. Aku macho lah. A busted vein won’t kill me,” ujar Nia. Dia memaling ke arah pintu, seolah-olah mengingati kembali saat Ciara keluar tadi. “But the lady, she can give me a cardiac arrest, man,” tambah Nia sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Saiful ketawa. “That I agree. Lebam tu nampak teruk, doktor. Betul ke you okay?”

“Betul,” balas Nia sambil memberikan senyuman tanda dia ok. “Hmm… Ber’honey-honey’ dengan kau nampak. Siapa Ciara tu?” soal Nia pula. “Cia-ra,” ulangnya sekali lagi, sengaja menebalkan sebutan pada huruf ‘r’. “O-reng pu-theh ker?”

Saiful dan Is tergelak lagi. “Well, doktor, boleh tahan ya you ni,” ujar Saiful. “Ciara tu marketing officer kat HQ ni. Kalau nak tahu, company ni bapak dia antara shareholder terbesar.”

Nia mengangguk-angguk perlahan. “Ohh…. So, o-reng pu-theh ke o-reng kela-bhu e-sap sa-jhe?” soal Nia lagi, masih di dalam dialek orang putihnya. Is tak berhenti-henti menahan tawa.

Ala, orang Pasir Mas je tu,” tukas Saiful. “Nama betulnya Siti Sarah. Duduk kat New York setahun, jadi Ciara.”

“Oh…” Nia mengangguk bodoh. “Kalau kau kahwin dengan dia kau nak tukar nama jadi apa pulak? Isaac Newton?”

Is ketawa lagi. “Dah dah. Jom pi makan.”

3 comments:

  1. hehe..syok nye bace bab nia mengenakan siti sarah tue..

    wakakaka..

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  2. heheheh..siti sarah @ ciara..kerek giler hehhe

    ReplyDelete