Sunday, December 21, 2008

Sesuci Cinta episod 8(i)

Sweet Hard Hand By Hadiah

Is menekan butang ‘lock’ pada keypad dan berlalu dari keretanya. Dia segera berlari-lari anak ke pintu masuk SJMC.

“Assalamualaikum, Encik Is. Tergesa-gesa nampak. Cari Dr. Nia ke?”

Is tersengih memandang Yati dan Jaya. “Ya, nak bawa dia pergi lunch. Dia dah keluar wad ke?” soal Is.

Jaya mengangguk. “Tadi saya nampak dia dah keluar dari wad. Eh, lawa betul bunga yang Encik Is hantar untuk Dr. tadi. Kata kawan baik sahaja. Ada apa-apa ke, Encik Is?” soal Jaya, sambil disambut gelak tawa Yati.

Is menjungkit kening, hairan. Dahinya berkerut. “Bila pulak saya hantar bunga untuk Dr. Nia?”

Yati tersengih-sengih. “Ala, Encik Is. Tak payahlah cover-cover lagi. Dr. Nia memang selalu dapat bunga dari bekas-bekas pesakit, tapi tak se’special’ seperti bunga hari ni. Lagipun, Encik Is je yang tahu Dr. Nia suka bunga ros merah jambu. Macam yang Encik Is hantar untuk birthday dia dulu,” sambung Nia, lengkap dengan gaya bibirnya yang sedikit terjuih.

Is semakin hairan. “Bunga ros? Saya hantar?”

“Hai, apa-apa jelah Encik Is. Jangan pendam lama-lama, nanti orang lain kebas,” ujar Yati lagi, tersenyum simpul. “Saya dengan Jaya pergi dulu, ya.”

Sepemergian mereka berdua, Is tertinjau-tinjau di sudut lobi SJMC. Dia terlihat susuk tubuh Nia yang berdiri tidak jauh dari sofa pelawat. Nia kelihatan sedang bersembang dengan seorang lelaki yang amat Is kenali.

Darah lelaki Is berderau. Teka-teki penghantar bunga ros telah pun berakhir.

“Hai, susah betul nak cari kawan baik aku yang satu ni. Nak pergi lunch dengan kau sekarang pun kena buat appointment ya?”

Is mengangkat muka dari kertas kerja Telekom yang ditatapnya sejak pagi. Dia tersenyum hambar melihat wajah yang muncul di biliknya. “Hai, Nia.”

Nia menjungkit kening. Dia menarik sebuah kerusi dan duduk bertentangan dengan Is. “Hai? Just that? No ‘I’m sorry, I’ve been so busy I didn’t have time to contact you, Nia’?”

Is tersenyum lagi. “Well, if you want it that way…”

Nia menghela nafas, dramatis. “Ye lah… Macam ni je lah… Aku tengok secretary kau pun dah tukar. Makin mengancam. Apa jadi dengan Lina?” soal Nia lagi, tersengih.

“I let her go. Dia hilangkan tender dengan Roche Limited,” balas Is, acuh tak acuh.

Mata Nia membundar. “Oh my God…” Kemudian, dia memberi jelingan kepada Is. “You’re evil.”

Is tertawa. “Evil? I thought you would be happy aku dah berhentikan dia. I couldn’t excuse her, Nia. Tender tu ada lebih kurang nak 2 juta. Bukan mak bapak dia boleh ganti balik,” balas Is. Nia cuma tersenyum. Is memerhatikan Nia, tidak berkata apa.

“Cuti hari ni?” soal Is, melihat Nia yang hanya berjeans dan berblaus hijau berleher kimono dengan tudung berbunga warna sedondon. Keayuannya tetap terserlah berpakaian relaks sebegitu.

Nia mengangguk laju. “Ya. Unlike someone tu, aku ingat hari ni hari apa…” balas Nia, jauh bunyi suaranya.

Is mengerut dahi. Lantas dia mencapai kalendar meja. “12 Mei.” Dia merenung wajah Nia, meminta jawapan. Sesaat kemudian, dia teringat keistimewaan tarikh itu. “Oh, damn!”

Nia tersenyum. “I was kinda expecting that.”

Is menepuk dahi. “Astaghfirullah hal’azim… Ya Allah… I’m sorry, sayang. Seriously! Aku terlupa sangat-sangat…”

“It’s okay. Aku tahu kau sibuk,” ujar Nia lembut. Dia bangkit dari kerusi. “Hey, come on. Aku dah book table kat Teppanyaki House. Hari ni aku bagi permit untuk kau membangkrapkan aku,” tambahnya lagi, tersengih.

“Orderlah lagi. Takkan malu-malu dengan aku kot?” gurau Nia. Dia memerhati Is yang mengunyah cebisan California Rollnya yang terakhir.

Is tergelak. “Perlilah pulak. Hey, try me. Karang aku order betul-betul, siapa yang menyesal?”

Nia tersengih. “Nah, seriously. I don’t mind. Hari ni is all about pigging out,” balas Nia. Dia menggelengkan kepala melihat telatah Is. “Kagum betul aku tengok kau makan. Kenapa aku tak boleh makan macam kau ya?”

Is menepuk dada. “Kena ada bakat, Nia,” balas Is. Dia mengelap bibir dengan napkin merah. “Although your offer is tempting, I think I have enough for the day,” tambahnya lagi, tersengih. “Sekarang, tutup mata.”

Nia menjungkit kening. “Buat apa?”

Ala… Tutup je laa…”

Nia merenung wajah Is, sedikit hairan. Perlahan-lahan dia menutup mata. “Betul ke tak mamat ni?” bebel Nia.

“Bagi tangan,” arah Is.

Nia berasa kurang senang. “Jangan letak benda merapu-rapu tau.” Dia menghulurkan tangan kepada Is. Terasa cebisan sejuk membaluti pergelangan tangannya.

“Sekarang buka mata.”

Kelopak mata dibuka. Nia terkesima melihat pergelangan tangannya.

“Suka tak?”

Nia mengangguk-angguk perlahan. Dia meneliti gelang tangan emas putih bertatahkan berlian biru pemberian Is. “Wow… Don’t I feel like such a cheap skate. Aku cuma belanja kau Teppanyaki House je…”

Is tersenyum. Dia menongkat dagu, sambil merenung wajah Nia yang masih tergamam. “Well, you’re welcome, you know.”

Nia tertawa kecil. “Ok, ok, terima kasih banyak-banyak. Tapi kenapa susah-susah, Is? And I thought you forgot!”

“Takkan aku boleh lupa anniversary friendship kita… Dah sedekad ya? Kau pun dah berkedut,” gurau Is.

“Eh, melampau pulak dia,” balas Nia, mencubit lengan Is. Is cuba mengelak tetapi gagal. “Anyway, thank you again. I love it. Honest,” ujar Nia lagi, tersenyum lembut.

“Aku teman Ayun pergi Tiffany’s hari tu. Dia nak sangat loket huruf ‘K’ katanya. The bracelet caught my eyes…”

Mata Nia membundar. “This is Tiffany’s? Ya Allah…” Nia menundukkan wajah. Platinum lagi tu…. “I don’t know what to say…”

“Try Is handsome, baik hati, segak, macho…”

Nia tertawa. “Ok ok. This Tiffany’s is a good enough reason to lie,” ujar Nia. Dia tergelak lagi melihat Is yang memuncungkan bibirnya. Ketika ketawanya reda, Nia kembali mengamati rantai tangan itu. “Is, I don’t deserve this, you know? Tiffany’s and all…”

“Apa kau cakap ni, Nia? Of course you do,” tutur Is lembut. “I am honoured to be your friend, and I would like to keep you where you are.”

Nia tersenyum. Dia menggigit bibir. “Ish, sebak la pulak,” tuturnya ringkas. Serentak dengan itu, Is tergelak. Nia tersengih sahaja. Matanya sedikit berkaca.

“Kau ni, Nia! Aku nak bersentiment-oil sikit pun kau dah ralat,” ucap Is, masih tertawa. “Hey, kau nangis ke?”

Giliran Nia pula tertawa. Namun setitis air mata turut mengalir di pipi. “Well, sapa suruh kau went ahead, bought me super expensive Tiffany’s, said the cheesiest line ever, and you didn’t expect me to cry?” Nia tersenyum sambil menyeka air mata yang mengalir. “Kalau bukan kerana aku dah lama kenal kau, mesti aku ingat kau nak propose aku. Sweet sangat!”

Is tersenyum. Seketika dia terasa payah untuk menelan liur. Dia tersengih, walaupun hatinya tidak keruan. “Mana kau tahu? Apa kau nak buat kalau aku betul-betul propose kau?” soal Is sambil mengenyitkan matanya.

Nia tertawa lagi. “Hey, you are not supposed to wink at your own best friend, okay? Wink kau tu illegal. Nanti aku jatuh hati siapa yang susah?”

“Hmm…” Is menggaru-garu kepala yang tak gatal. “Apa susah? Kahwin je lah…”

Bundar mata Nia. Dia mencubit lengan Is sekali lagi. “Is!”

“Sakitlah, yang oi! Kalau kita betul-betul kahwin, we really have to do something with that lethal pinch of yours!” Is tersengih lagi.

Muka Nia memerah, menguatkan lagi tawa Is. “Eh, siapa nak kahwin dengan kau?”

Is menjungkit kening. Dia menongkat dagu. “Well, you have no choice jugak kalau ibu aku masuk meminang. Pasal, mama kau gerenti cakap ‘no problem’!”

“Oh yea?” soal Nia, tersenyum. “Konfidennya. Kenapa ya?”

“Pasal, mama kau tahu aku je lelaki terbaik yang boleh buatkan kau gelak, belikan kau Tiffany’s, sanggup jemput kau walaupun jam macam nak gila…”

“Lepas tu selalu buli aku. Selalu kacau aku tengok Gilmore Girls, selalu jatuhkan saham aku,” potong Nia, senyumannya melebar. “Is dear, the reason mama terima pinangan kau would be the same reason I don’t date: orang tengok kau je, semua assume kau boyfriend aku. Tak pun tunang aku. Kau lainlah. Flirt dengan setiausaha kau pun, bukannya aku tahu.”

Is tersengih lagi. “Aww… Tu ke sebabnya kau tak ada boyfriend? Am I that adorable, Nia?”

Nia menjulingkan matanya. “Haa, mula laa nak perasan tu. Tolong sikit.”

“Dan kalau kita kahwin, I promise I won’t flirt with Tifa,” tutur Is lagi, sambil merujuk kepada setiausahanya.

Nia tersenyum. Terasa pipinya hangat dengan renungan mata Is. Dia mengendahkan hati yang gundah. Dengan Is, kata-kata mereka tidak pernah serius, fikirnya. “Really?”

Is mengangguk. Wajahnya serius. “Yes, cross my heart and hope to die.”

“Even when Tifa’s skirt gets shorter?”

“Yes, even that too.” Is tersenyum.

Nia tertawa. Dia amat maklum dengan sifat Is yang selalu berkata-kata manis. Sweet talker lah katakan. Is seperti tidak tahu kesan kata-katanya terhadap perempuan. Tidak hairanlah ramai perempuan yang ingin memilikinya. “You,” tutur Nia, sambil menunjuk ke arah Is. “Need to get a girlfriend.”

4 comments:

  1. hehe..so swttttttt...
    feeling la kejap...
    best nye klu mereka couple....:)

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  2. sweetttnye.
    hope dorang bersme lastly.
    agaga. nia+is
    na`dz

    ReplyDelete
  3. i already click interesting and cool for reaction. but i think it is not enough. I should add at least one more word; sweettttt. er to words; so sweet hehehe. gee thanks for the post.

    ReplyDelete