Friday, December 19, 2008

sesuci cinta-Episod 7

Sweet Hard Hand By Hadiah


Eezwan merenung siling bilik. Kipas yang berputar-putar perlahan amat menarik minatnya. Entah berapa lama dia terbaring begitu. Nasib baik keesokan harinya bukanlah hari sekolah.

Dia hairan. Jarang dia meletakkan kepala ke bantal dan mengambil masa yang lama untuk lelap. Selalunya kurang lima minit mesti dia telah berdengkur membelah keheningan malam. Namun, malam itu dia berasa sedikit asing. Pelbagai aktiviti telah dilakukan untuk menyibukkan diri, namun, akhirnya mesti dia akan tetap terbaring di katil itu.

Final Fantasy sudah dikhatam sekali. Satu pin aiskrim Ben n Jerry’s pun telah dihabiskannya. Malam tadi, abang Long telah membawa mereka makan di restoran The Ship. Kenapa dia masih berjaga walaupun perut telah dipenuhkan?

Telefon bimbit Samsung dicapai. Dia merenung sebaris nombor yang tertera di skrin. Wajar ke aku mesej dia? Gumam Eezwan dalam hati. Balas ke dia nanti ?

“Akum. Its Eezwan, in case you haven’t keyed in my no yet. Im wondering.. if its ok if I wanna get to know u better?”

“Wsalam. Of course ive saved ur no.. Well, the favors done, only if its ok if I wanna get to know u better too. =)”

Eezwan tersengih memandang skrin telefon bimbit.

“What are you doing, Is?”

Lamunan Is tersentak dek teguran Saiful. Dia mengalihkan pandangan dari bingkai gambar yang terletak di atas meja. “Masuk tu cuba la bagi salam dulu..”

“Assalamualaikum,” ujar Saiful, tersengih. Dia menarik kerusi bertentangan Is. “So, jawablah soalan aku.”

Is menjungkit kening. “Waalaikumsalam. Apa lagi, tengah tunggu kau nak pergi lunch la. Lembab semacam je,” tukas Is kembali.

“Tunggu aku lunch ke mengelamun?”

Is yang mencapai kunci kereta, terkaku.

“Are you doing this stupid secret crushing on Nia or what?”

Is kembali mengambil tempat duduk. Saiful juga nampak tidak berganjak dari tempat duduknya. “Apa kau mengarut ni? Secret crushing? Nia?” Soal Is bertalu-talu. Dia musykil.

Saiful tersengih lagi. “Ala… Lagi nak cover line. Aku dah lama kenal dengan kau, Is. Kenapa kau berdiam tentang perasaan kau terhadap Nia?” ujar Saiful pula. Sudah lama dia menunggu Is membuka mulut. Selalunya dia tidak begini. Sekiranya Is menjumpai seseorang yang menarik minatnya, Saifullah orang yang pertama diceritakannya.

Is beralih duduk. Punggungnya hangat tiba-tiba. “Kau ni.. Nia is my best friend. Best friends and crushes don’t mix, Saiful,” tutur Is. Namun dia terasa kata-katanya goyah.

“Eh, apa pasal pulak tak boleh? Lain lah kalau kau dengan aku. Kalau kau ada crush dengan aku, seram sial!”

Is tergelak. “Mangkuk betul lah kau ni! Bontot pun tak ada, ada hati!”

Saiful turut tertawa. “Anyway, I think you should do something about your crush, man. Nia tu cantik, doktor pulak tu. Cepat sambar sementara dok ada depan mata, Is,” nasihat Saiful.

“Kau ni.. Nak aku cakap dalam bahasa Tamil ke? Aku dengan Nia cuma kawan baik je…”

Saiful tersengih. Is tetap tidak mengalah. Saiful mengumpan lagi. “Jadi, kalau aku nak masuk line Nia, kau tak kisah lah ya?”

Raut muka Is berubah. Dengan spontan Saiful ketawa terbahak-bahak. “I thought so. Come on, man. Sort out your issue, and then come to me with your confession.”

“Kamu dah kenal Doktor Nia tu, Shafiq?”

Shafiq mengalihkan pandangan dari surat khabar yang dibaca. Dia memandang mamanya yang sedang berehat-rehat di sofa. “Apa maksud mama?”

Tengku Suraya tersenyum. “Apa susah sangat kamu faham soalan mama, Shafiq? Mama tanya kamu dah kenal ke Nia tu? Mama tengok hari tu sembang elok je dekat balkoni, tak sempat-sempat mama nak introduce,” tuturnya.

Shafiq tersenyum hambar. “Oh… Nia tu junior saya di UK, mama. Tak sangka dia jadi doktor Elia,” balas Shafiq.

“Gitu… Jadi, kira dah lama lah Shafiq kenal dengan dia? Dia berapa tahun junior Shafiq?” soal Tengku Suraya lagi.

Shafiq berpura-pura terus membaca akhbar. Dia malas ingin berbicara lebih lanjut tentang Nia dengan mamanya. Dia amat maklum tentang rancangan mama. Eliana pun sibuk bercerita tentang Nia kepadanya. “Setahun je, mama.”

Tengku Suraya mengangguk-angguk. Terasa payah pula dia ingin berbicara hal-hal begini dengan anaknya. Sebelum itu, dia tidak pernah mengulas tentang gadis-gadis pilihan anaknya. Namun, setelah menatap wajah doktor muda itu dan mengenali dirinya dengan lebih rapat, Tengku Suraya mula terfikir-fikir menjodohkan Nia dengan Shafiq. “Shafiq tak rapat dengan dia ke di UK?” soal Tengku Suraya lagi.

“Mm… boleh tahanlah, mama. Dia Sponsorship Officer Kelab Umno Dublin dulu,” jawab Shafiq acuh tak acuh.

Tengku Suraya mengangguk lagi. “Mama tengok baik budaknya. Shafiq tak suka dengan Nia?”

Shafiq menghela nafas panjang. “Mama… Shafiq dah agak mama nak cakap hal ni. Tak payah la, mama. Mana tahu si Nia tu dah ada boyfriend ke? Takkan orang lawa macam dia tak ada teman lelaki?”

“Tak salah kalau kita menyimpan minat. Elia cakap, Nia memang tak ada teman,” ujar Tengku Suraya. Dia meletakkan tangan ke atas bahu anak lelaki sulungnya. “Kamu nak mama risikkan?”

Bulat mata Shafiq mendengar kata mamanya. “Mama ni… Janganlah fikir jauh sangat. Shafiq kan muda lagi. Lagipun, Nia tu keturunan biasa je, mama. Taklah glamour tahap mana,” tukas Shafiq kembali.

“Hish, itu pulak yang difikirkan. Mama tak kisah dia keturunan mana, asalkan orang baik-baik cukuplah,” jawab Tengku Suraya. Dia menggeleng-gelengkan kepala. “Apa definisi glamour kamu, Shafiq? Nia jauh lebih baik dari perempuan-perempuan yang kamu usung ke sana ke mari tu. Dengan tak cukup kain, sopan santun pun entah ke mana.”

Shafiq terdiam. Dia tahu mamanya marah. “Mama….”

“Ya Allah!” Tengku Suraya terjerit kecil, sambil menepuk dahi. “Bukan Nia ke yang kamu kenalkan kepada mama dan papa waktu kami bercuti di Dublin dulu? Haa… Betulkan?”

Shafiq mengeluh lagi. Terungkai sudah kisah lama. “Mama, itu semua kisah lama. Tak payah lah ungkit lagi…”

“Bukankah Nia dulu teman wanita Shafiq? Betulkan, Shafiq? Apa dah jadi sekarang?”

“Ya Allah…. Mama tak peduli, kamu usaha ambil hati Nia tu balik,” ujar Tengku Suraya perlahan. Dia tidak sangka anak lelakinya begitu dungu dalam persoalan cinta.

“Bukan senang, mama. Shafiq rasa, Nia dah buang Shafiq jauh-jauh. Dah banyak kali Shafiq buat silap terhadap Nia,” jawab Shafiq. Dia merenung wajah mamanya yang agak keruh. Sejak dia menceritakan kisah dia bersama Nia di UK, wajah Tengku Suraya bertambah kelat.

“Baru padan muka kamu. Dulu asyik terkejar-kejar enjoy. Dah dapat perempuan yang elok, dilepaskan begitu sahaja,” bebel Tengku Suraya lagi. “Belajar saja tinggi-tinggi, tapi hal-hal senang macam ni pun kamu gagal.”

“Sudahlah tu, mama.. Shafiq sedar Shafiq salah..”

Tengku Suraya menghela nafas. “Shafiq… Shafiq…”

Shafiq terdiam.

Mata Shafiq hanya merenung pada yang satu. Dia terasa getaran pada jiwanya.

“How much do I owe you?” ujar suara lembut seorang gadis. Bunyi dialek asing yang terselit halus dialek Inggeris.

“Five euro for the malt shake. Have a nice day!”

Nia melemparkan senyuman kepada jurujual dan terus melangkah untuk mengambil tempat duduk di booth yang disediakan. Dia berhati-hati agar wap ais pada gelas malt shake tidak terkena pada baju kebarungnya.

“Kau ni, betul ke tidak? Tengah winter boleh minum shake lagi ni,” soal Maisarah, gadis yang duduk di sebelahnya.

Nia tersengih. “Ala… kalau teringin malt shake aku, cakap je laa. Nah, ambik sikit. Aku tak marah punya.”

Maisarah tertawa. Beberapa gadis lain yang duduk di booth yang sama turut tertawa. “Tengok tu, sound sikit, pandai betul dia pekena hang balik. Kau taknak belanja kami tea ke? Tengah sejuk tahap gampang dah ni,” ujar Faridah dengan loghat utaranya.

“Lawa betul muka kau, ye. Selawa kole shake ni. Lagipun aku cuma bawa lima euro yang aku guna tadi,” balas Nia. Teman-teman tertawa lagi. Gelas malt shake dihulurkan kepada rakan-rakan. “Minum shake pun ok, apa. Bagilah korang punya hypothalamus tu kerja sikit,” tambah Nia lagi.

“Mana geng bebudak senior laki ni? Dah melabuh kain baju kurung aku tunggu diorang. Kalau kita hantaq gambaq sendiri untuk Salam Aidilfitri tu tak boleh ke?” soal Faridah lagi.

“Hoi, Shafiq! Tengok apa tu ha?”

Faridah menarik nafas lega. “Baru disebut, panjang umuq sungguh!”

Zameer dan Iqbal yang baru memasuki café itu ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Shafiq. Mereka melihat arah lirikan mata Shafiq. Ke arah booth yang dipenuhi freshies perempuan yang terletak di sudut kanan café. Booth Nia.

Serentak itu Nia memandang sekilas ke arah mereka. Mata Nia dan Shafiq bertaut.

Gelak tawa Zameer, Iqbal dan rakan-rakan lelaki yang lain bergema. Shafiq sekadar tersenyum. Dia berjaya mencuri pandangan mata Nia

4 comments:

  1. besh2...

    nk nia ngn is but jodoh...sape taw ye tak?

    nk lagiiii...^^

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  2. nice story..i like..xsabar nk tau hubungan is ngan nia..tentu seronokkn kalu dorg couple..

    ReplyDelete
  3. hey..=)
    thanks 4 invitng me
    cam best ja citer tu
    nanti sya bca..

    ReplyDelete
  4. best...best....n3 baru pleaseeeee......

    ReplyDelete