Friday, December 19, 2008

sesuci cinta-Episod 6

Sweet Hard Hand By Hadiah


Tengku Shafiq memusing stereng kereta Mercedes E500nya cekap ke dalam perkarangan SJMC. Dia sudah agak terlewat. Hari itu hari pertama adiknya dibenarkan pulang setelah terlantar selama sebulan di hospital akibat kemalangan jalan raya.

Setelah kereta diparkirkan, Tengku Shafiq berlari-lari anak ke wad terapi. Dia menuju ke bilik adik perempuannya di wad kelas satu. Pintu bilik dikuak.

“Abang!”

Tengku Shafiq tersenyum. Kelihatan Tengku Eliana, adik perempuannya berdiri di birai katil sambil melipat baju yang masih berbaki di atas katil. Eliana berjalan terhenjut-henjut ke arahnya. Ternyata Eliana begitu ceria hari itu.

“Sorry abang lewat. I’ve just finished a meeting with papa, actually,” ujar Tengku Shafiq, memohon maaf. Memang dalam perancangan, mereka sekeluarga akan datang menjemput Eliana. Namun, pada saat-saat akhir, syarikat Matsushima dari Jepun telah menghantar wakil mereka ke ibu pejabat. Hendak tak hendak, hanya Tengku Shafiq sahaja yang ada untuk menjemput Eliana.

Eliana tersenyum girang. “It’s okay. Elia tadi pun ada orang teman. I really want you to meet my doctor, actually,” balas Eliana. Baju-baju yang telah dilipat dimasukkan ke dalam beg pakaian.

Tengku Shafiq menjungkit kening. “Eh, kat hospital pun Elia sempat usha balak ke? Mesti doktor handsome ni kan,” gurau Tengku Shafiq.

Eliana ketawa besar. “Hey, I didn’t usha balak, okay? Anyway, my doctor is a lady lah, abang,” balas Eliana lagi. Dia tersengih-sengih. “Cantik tau!”

Tengku Shafiq tertawa. “Oh… Ni yang mama selalu cerita tu ya? Haa… mana dia? Abang pun nak tengok jugak. Betul ke lawa sangat macam yang mama selalu bisingkan tu?” ujarnya. Betulkah doktor itu secantik seperti yang mama khabarkan? Semenjak Eliana dirawat di hospital, tak jemu-jemu mama memuji wanita yang bergelar physician Eliana itu.

Eliana tersenyum. “Dia tengah isi form untuk Elia. Nanti abang tengoklah. Memang lawa. Takkan abang tak percaya dengan taste Elia?”

Tengku Shafiq tergelak besar. Dia memang sedia maklum tentang adik perempuannya yang satu ini. Walaupun baru berada di Tingkatan Empat, namun Eliana amat pandai bergaya. Tambahan, wajah Eliana yang cerah menambahkan keayuan wajahnya. “Lupa pulak. Elia kan high taste.”

“Saya dah minta Doktor Zainal sahkan, cuma perlukan tandatangan your next of kin and you are on the go.”

Tengku Shafiq dan Eliana melihat empunya suara. Tengku Shafiq terkaku sebentar. Eliana tersengih-sengih. “Doktor, saya nak perkenalkan, inilah abang saya, Tengku Shafiq Haris.”

Nia mengangkat wajah dari meneliti boring check-out pesakit di tangan. Air mukanya turut berubah. Perasaan yang tiba-tiba bergelodak sedaya-upaya cuba ditenangkan. “Doktor Hyrena,” ucap Nia lambat-lambat.

Tengku Shafiq mengangguk perlahan. Jantungnya juga berdegup kencang melihatkan wajah wanita di hadapannya. Segala memori tiga tahun lepas datang menyerpa. “Nice to meet you, doctor,” balas Tengku Shafiq, suaranya juga perlahan.

Nia memalingkan wajah. Dia cuba menguntumkan senyum kepada Eliana yang tersengih-sengih. “Eliana, ini borangnya. Keep in touch, okay?” ujar Nia, sambil memeluk lembut bahu Eliana.

“Of course, doctor. I’ll contact you sampai doktor pun dah bosan nak take my calls,” balas Eliana.

“Hey, try me! Pukul berapa pun Eliana call, saya akan tetap jawab call tu,” balas Nia lembut. Beg Eliana di atas katil dicapai. “Well, Tengku, if you could be so kind as to sign here, everything will be settled,” ujar Nia sambil menyerahkan borang discharge pesakit kepada Tengku Shafiq.

Tengku Shafiq yang dari tadi meneliti wajah Nia, tersentak. Agak terkejut dengan penggunaan bahasa wanita itu. Borang diambil. “Panggil saya Shafiq, doktor.”

Nia tersenyum. “Insya Allah. Come on, Eliana. I’ll walk you out, okay?”

Sewaktu Eliana melangkah keluar dari bilik nombor 11, dia menerima tepukan gemuruh dari warga wad. Selama sebulan dia menjadi pesakit itu, dia telah berubah daripada menjadi seseorang yang panas baran kepada gadis muda yang baik hati. Kelihatan Nurse Jaya memegang sejambak besar bunga ros merah jambu di tangan.

“Eliana, ingat tak semua bunga yang Eliana pernah bagi dengan kami?” soal Nurse Jaya. Eliana yang masih terkejut mengangguk laju. Nurse Jaya tertawa. Dia menyerahkan jambangan bunga itu kepada Eliana. “Kami tahu Eliana suka warna pink, jadi kami harap Eliana suka bunga ini,” ujarnya lagi.

Eliana menerima jambangan bunga itu dengan penuh rasa terharu. Matanya sedikit berkaca. “Terima kasih kak Jaya. Saya minta maaf sekali lagi dengan tingkah laku saya dulu,” ujar Eliana. Jambangan bunga itu diciumnya. “Thank you so much, everyone! Eliana takkan lupa jasa abang-abang dan kakak-kakak di sini.”

Jaya tersenyum. Dia memeluk gadis itu. “Jangan diingat lagi, okey? Eliana pula jangan lupa kami dekat sini.”

“Dengan kak Yati pun jangan lupa tahu!” laung Nurse Yati dari kaunter pertanyaan. Semua yang berada di lobi pecah ketawa.

Di kereta milik Tengku Shafiq, Nia dan Eliana berpelukan sekali lagi. Air mata Eliana sudah mengalir deras. “Eliana ni, pelik betul lah. Orang keluar hospital kemain gembira, Eliana pula sampai nangis-nangis,” gurau Nia. Matanya sendiri juga turut bergenang.

“I’ll miss this place very much, doctor. Especially you. Promise me you’ll visit me?” soal Eliana, tangan Nia dipaut erat.

Nia mengusap lembut kepala Eliana. “Insya Allah, Eliana. You just do me a favour and study hard, okay?”

Eliana tersengih-sengih. Dia menabik. “Don’t worry!”

“Dia buat macam tak kenal aku, Nissa. Hati ni Allah s.w.t. je yang tahu,” luah Nia kepada Nissa. Nasi di pinggan dikuis-kuis tanpa dijamah. “Lima tahun, Nissa… Lima tahun…”

Nissa menolak gelas yang mengandungi air tebu ke tepi. Seleranya mati melihatkan wajah Nia yang sugul. “Nia…” ucap Nissa perlahan. Tangan Nia digenggamnya. “Nobody can forget the person he loved for five long years, Nia. Aku pasti dia tak pernah lupakan kau.”

Mata Nia mula berkaca. Sudah lama dia tidak menumpahkan air mata untuk lelaki yang satu itu. “Macam mana kau boleh sure sangat yang dia cintakan aku selama lima tahun tu, Nissa?”soal Nia, tertawa kecil. “Kau cuma jumpa dia waktu summer je kan?”

Nissa menghela nafas. Dia teringat kali pertama Nia memperkenalkan Tengku Shafiq kepadanya. Waktu itu mereka sama-sama pulang ke tanah air untuk cuti musim panas setelah dua semester yang pertama berakhir. “He was so in love with you, Nia. Aku dapat tengok dalam mata dia, setiap kali dia tengok wajah kau.” Tangan Nia diramas lagi. “Somehow, along the way, people tend to fall out of love,” sambung Nissa lagi, perlahan. “Contoh terdekat, aku dan Is.”

Nia tertawa melihat Nissa yang tersengih. “Entahlah Nissa… Lima tahun aku mencintai dia sepenuh hati. Hujung-hujung, dia tinggalkan aku begitu sahaja,” kata Nia. “Sekarang baru aku dapat tahu bahawa Eliana tu adik dia. How can I keep Eliana happy while even the sight of him breaks my heart?” soal Nia lagi.

“Ini semua dugaan Tuhan, Nia. Mungkin dah tertulis yang dia bukan jodoh kau,” tutur Nissa lagi. Dia teringat perbualan telefonnya bersama Is. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyum. “Sometimes, God takes us on a long journey to find happiness in our lives. But in the end, it’s all worth it.”

Nia tersenyum kecil. “Thanks, girl. Aku percaya, segala yang berlaku ada hikmahnya.” Dia terdiam sebentar. “Aku bersyukur, you were always there when I needed you the most.”

Nissa tersenyum lagi. Dia kagum dengan kesabaran Nia dalam menghadapi alam percintaan. Ketika di bangku sekolah dahulu, dia ditinggalkan Hadi yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun, Nissa sendiri tidak boleh memaafkan perbuatan Shafiq meninggalkan Nia setelah lima tahun memadu kasih. “Nia, you are a strong woman, dear. Aku respek giler waktu kau broke up dengan Shafiq dulu. Kau called aku, dan kau langsung tak menangis.”

Nia tertawa kecil. “Siapa cakap tak nangis? Cuma time tu aku macam tak terfikir nak menangis. Malam tu baru lencun bantal aku. Ingat nak call kau sekali lagi, tapi kat Jepun dah pagi buta, so I skipped la,” terang Nia.

Nissa menepuk dahi. “Amende laa kau ni Nia? Nak kena sepuk dengan aku laa tu… Aku dah sound awal-awal, apa-apa jadi call aku. I am so disappointed with you right now,” balas Nissa, tangan disilang menunjukkan rasa tidak puas hati.

Nia menggigit bibir. Terasa bersalah juga. Memang antara mereka tidak pernah ada rahsia. “Sorry lah.. Aku tahu the next day sure kau ada kelas…” ujar Nia perlahan, gilirannya pula memujuk hati Nissa. “Itu kisah lama, Nissa… Toksah laa ingat balik..”

Nissa tersengih. “Ya lah… Hmm… lupakan Shafiq, okey? His loss.” Matanya bersinar. “Aku ada story tak dengan kau? Is called aku two nights ago!”

Mata Nia membundar. “Serius? Apasal aku tak tahu apa-apa ni?” dia meraup kedua-dua belah tangan. Semangatnya sedikit teruja. “Apa cerita?”

“Haa… Alhamdulillah, rasanya sekarang semua okey. Kami bersembang lama juga hari tu. Sempatlah juga gelak-gelak,” ujar Nissa. Dia mengenyitkan mata. “Dia cerita ibu dia suruh dia kahwin.”

Nia tertawa besar. “A’ah, itulah pasal! Kasihan juga aku dengan dia. Chik Mah tak sudah-sudah tanya mana calonnya. Chik Mah cakap, dalam masa sebulan lagi ni dia tak ada calon, Chik Mah cari sendiri,” balas Nia.

“Ya Allah! Haa… Aku heran apasal Chik Shima tak buat macam tu jugak kat kau. Biar padan muka kau! Orang nak, asyik jual mahal je,” perli Nissa. Orang yang nak mengorat bukannya sedikit, Nia sahaja yang tidak pernah memberi peluang. “Sampai bila nak maintain single ni?”

Nia memuncungkan bibir. “Haa… Mulalah tu. Kau pun belum selesai lagi, nak kenen-kenenkan aku pulak,” bidasnya. Dia sangat malas kalau Nissa mula membuka topik tentang perkahwinan.

Nissa tertawa. Dia tahu Nia memang berat untuk berbicara hal-hal demikian. “Ala… aku belum selesai lagi pun tak semestinya aku tak boleh selesaikan hal kau dulu.”

Shafiq meneliti senarai pelajar baru di tangan. Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow kelihatan agak sibuk. 20 orang. 13 lelaki dan 7 perempuan. “Mana lagi seorang?” soal Shafiq. “Hadiah Hyrena Ahmad Kamal?”

“Sini,” ujar suara lembut seorang gadis. Shafiq menoleh ke arah suara itu. Hatinya berdetik melihat raut wajah empunya suara. “Maaf kerana saya hantar a senior citizen ke underground sekejap tadi,” sambung gadis itu lagi.

Shafiq mengangguk-ngangguk perlahan. Ditenangkan hati yang berkocak. “It’s okay. Next time you’re disappearing from the group, notify me first,” balasnya. Dia memandang wajah Iqbal yang tersengih-sengih. Mungkin seronok melihat freshies yang cun-cun belaka.

Kali pertama Shafiq bertemu dengan Nia, tanggapannya terhadap gadis itu amat lari dari realiti sebenar. Pada fikiran Shafiq, Nia tak ubah seperti gadis innocent yang baru tamat sekolah dan akan memulakan alam universiti di luar negara. Penampilan Nia yang bertudung menguatkan lagi pandangan Shafiq bahawa Nia adalah naïf.

Shafiq mengakui keayuan wajah Nia. Malah, hatinya sendiri terdetik tatkala pertama kali menatap wajah itu di Heathrow. Tiada apa kurangnya pada Nia. Segala-galanya cantik. Namun, Shafiq yakin dirinya tidak akan tertarik kepada gadis seperti Nia.

Mesyuarat Kelab Umno Dublin akan dimulakan tidak lama lagi. Rumah dua tingkat yang didiami oleh Shafiq dan 9 lagi pelajar lelaki lain riuh-rendah setelah diubah suai menjadi markas luar kampus kelab itu. Iqbal menarik kerusi dan duduk di sebelah Shafiq.

“Semua dah ada ke?” soal Shafiq, acuh tak acuh. Dia menjangkakan lebih kurang 50 ahli kelab akan datang ke mesyuarat malam itu.

Iqbal mengangguk. “Zameer cakap, mungkin Abang Izan akan lambat sikit. Katanya ada emergency case malam ni,” balas Iqbal.

“Freshies semua dah datang ke? Si Hyrena yang korang minat sangat-sangat tu dah sampai?” soal Shafiq lagi. Bukan sekali dua rakan-rakannya memuji tentang Hyrena. Shafiq hampir naik bosan mendengar nama itu disebut rakan-rakannya. “Jangan bagi muka sangat dengan diorang,” nasihat Shafiq.

Iqbal mencemik. “Shafiq, dia dengan geng dia yang tolong masak untuk jamuan malam ni,” terang Iqbal. Dia tidak faham mengapa Shafiq kurang masuk dengan gadis-gadis itu. Hanya semata-mata mereka bertudung?

Shafiq menjungkit kening. Dia terlihat kelibat Hyrena yang sedang ketawa bersama rakan-rakannya di sudut bilik. “Hmm.. Okay.”

Zameer muncul dan tunduk untuk berbisik kepada Shafiq. “We would better start now. Lambat sangat nanti kasihan the girls nak jalan balik.”

Shafiq mengangguk. Dia berdehem sebelum mengarahkan agar mesyuarat dimulakan. Setelah doa dibacakan oleh ketua biro kerohanian, setiausaha membentangkan agenda mesyuarat yang lepas. Kemudian, mesyuarat kembali beralih tangan kepada Shafiq, yang juga merupakan timbalan presiden kelab.

“Mengikut tradisi, kelab kita akan melantik muka-muka baru sebagai pelapis peneraju kelab. Pelapis-pelapis ini yang diharap dapat mewarisi kepimpinan dan menjadi backbone kepada kelab.

“Take care, Nia!”

Shafiq tersentak dari lamunan. Dia terlihat Hyrena berlari-lari anak menuruni tangga hadapan rumah sewanya. Gadis itu bersweater biru gelap dan berseluar jeans warna sedondon. Ringkas.

Shafiq melompat turun dari bangku di hadapan rumah Hyrena dan mula mendapatkan gadis itu. Hyrena berjalan agak laju. Mungkin sudah lambat untuk ke kuliah agaknya. “Hi. Can we talk?”

Hyrena yang tersentak, berpaling menghadap Shafiq. Bibirnya menguntum senyum. Langkahnya diteruskan. “Waalaikumsalam. Talk? Are you sure I’m worthy of this TALK?” soal Hyrena. Dia menatap wajah Shafiq sambil tersenyum.

Shafiq menggigit bibit. “I’m trying to apologize here…”

Langkah Hyrena termati. Dia memberikan ekspresi terkejut sambil meletakkan telapak tangan di dada. “Oh no, by all means Shafiq, you don’t owe me any apology,” ujar Hyrena. “I mean, I’m just another clueless girl who doesn’t know a shit about this sponsorship crap, right?” perlinya lagi.

Shafiq terkesima. “Macam familiar je ayat awak tu,” balas Shafiq kembali dalam suara yang perlahan. Dia sedar, dia terlalu merendah-rendahkan gadis itu.

Hyrena menjungkit kening. “Familiar? Hmm… mungkin lah juga. Well, Shafiq, I try not to waste any more of your time, jadi, eloklah kalau saya jalan dulu. Bye!” Hyrena kembali memulakan langkah.

“Tapi siapa suruh awak eavesdropped kitorang!”

Hyrena mendengus. Dia betul-betul bosan dengan lelaki itu. Ada sahaja jalan dia hendak menyalahkan Hyrena. “Well, talking in the kitchen was not exactly a stellar idea to begin with, sedangkan awak tahu kami semua busy preparing for the jamuan. You didn’t expect me to turn a deaf ear, did you?” Hyrena mengeluh. Susah rasanya untuk mempamerkan muka selamba lagi. Kalau boleh, hendak disekeh-sekeh lelaki itu. “Sudahlah Shafiq. Saya memang tiada hak untuk curi dengar, tetapi saya ada hak untuk marah. You don’t judge me accordingly. Awak Cuma kenal saya selama dua minggu, awak tiada hak untuk menilai kebolehan atau kelemahan saya.” Kata-kata Hyrena terhenti sebentar. Dia membetulkan beg yang disandang di bahu. “Betul kata awak. Saya tidak sesuai untuk jawatan itu.”

“Hyrena, I’m sorry.”

Hyrena tersenyum. “Well, the damage has been done. Tak kisahlah kan,” ujarnya kembali, acuh tak acuh.

Shafiq pula mengeluh. ‘Keras betul hati perempuan ni. Harap muka je lembut, hatinya belum tentu lagi.’ “Awak masih marah lagi?” soal Shafiq kembali. Hatinya tidak sedap. Dia tidak tahu kenapa pandangan perempuan itu terhadap dirinya terlalu penting.

“Hmm… mungkin juga,” balas Hyrena. “Tapi, apa yang saya rasa tak penting. Awak tak boleh nak jaga hati semua orang.”

Shafiq melepaskan keluhan. Beg yang makin melungsur di bahu dibiarkan terjatuh. “Macam mana saya nak hilangkan rasa marah awak?”

“Insya Allah, given time kot. A little less of seeing your face might help too, I guess,” kata Hyrena sambil tersenyum.

Akhirnya Shafiq tergelak. Dia mengakui Hyrena memang seorang yang berterus-terang. “So kiranya awak dah menyampah tengok muka saya lah ni?” soal Shafiq lagi, kali ini wajahnya lebih ceria. Seronok juga berbicara dengan gadis itu.

Hyrena pun tertawa. “Lebih kurang, gitu-gitu lah.”

“Mama dan abah minta maaf, Tengku. Abah ada conference di Nice,” tutur Nia sambil bersalaman dengan Tengku Suraya. “Mereka kirim salam dengan Tengku.”

Tengku Suraya tersenyum. Diraihnya gadis itu dalam pelukan. “Doktor ni, tak usahlah bertengku-tengku. Panggil aunty cukuplah,” balas Tengku Suraya. Wajah Nia ditatapnya. Sungguh manis wajah itu pada pandangan matanya.

“Baiklah,” ujar Nia, tersenyum. “Aunty pun janganlah berdoktor-doktor dengan saya. Cukuplah dengan panggilan Nia,” tambahnya lagi. “Aunty ingat lagi dengan abang dan adik saya kan? Ini abang Hazrin, yang ni pula Eezwan,” Tengku Suraya mengangguk dan berbual-bual seketika dengan mereka bertiga beradik.

Majlis doa selamat Tengku Eliana semakin penuh sesak. Nia meminta izin dari Tengku Suraya untuk mencari Eliana. Eezwan dan Hazrin pula telah beransur ke meja buffet untuk mengambil hidangan.

“Aduh!”

Pinggan berisi nasi himpit berkuah kacang yang dipegang Eezwan tersenget dek dirinya tersadung kaki seseorang. Eezwan menggelabah. Nasib kuah kacang tidak terpalit pada baju melayunya.

“Kenapa jalan tak tengok orang ni…” rintih suara halus seorang gadis. Eezwan memalingkan muka. Seorang gadis berbaju kurung merah jambu cair tersandar di tiang rumah sambil mengerang kesakitan.

Eezwan menjungkit kening. Eh eh, siapa yang buta ni?, ujarnya dalam hati, sedikit marah dituduh melulu. “Siapa yang tak tengok siapa?” soal Eezwan kembali, sedikit memerli.

Muka Eliana berkerut. Salah dia ke? Kakinya yang tidak sembuh sepenuhnya itu masih berdenyut-denyut kesakitan. Namun dikuatkan juga untuk memulakan langkah. Kalau dilihat, memang tidak ubah seperti orang capang. Namun, Eliana tekun untuk sembuh.

“Ya Allah…”

Terdengar tutur kata lelaki itu di telinga Eliana. Agaknya lelaki itu sudah sedar akan keadaan fizikalnya. Eliana tidak endah. Dia tidak mengharapkan simpati.

“Eliana?”

Eliana berhenti menapak. Dengan perlahan-lahan dia memusingkan badannya. Wajah lelaki itu berkerut sedikit. “Ya, saya. Kenapa? Boleh saya tolong ambil apa-apa?”

Eezwan beristighfar dalam hati. Dengan keadaan fizikalnya sedemikian, gadis itu masih mampu melayan tetamu sebaik mungkin. Dirinya dilanda perasaan serba salah. “Err.. Takde apa-apa. It’s just that…… I’m sorry,” tutur Eezwan perlahan. “Salah saya.”

Eliana tersenyum. “Nevermind. Saya pun jalan pakai rempuh saja tadi. I’m sorry too. Nak saya ambilkan nasi himpit baru?”

Eezwan menggeleng kepala, hampir mati kata. So, inilah Eliana yang selalu diceritakan oleh Kak Nia. “It’s okay. Alah, tumpah kuah kacang je. Erm.. awak okey tak?” soal Eezwan. Perutnya yang berkeroncong dilupakan dahulu.

Eliana tertawa. “Saya okey, no problem. Boleh saya tahu nama awak? Tak best lah awak je yang tahu nama saya,” ujar Eliana. Kacak juga. Kulit cerah, mata pulak hazel.

Eezwan tersengih. Aku ni nak masuk line ke?, soalnya sendiri. Matilah kalau Kak Nia tahu… “Nama saya Khairil Eezwan.”

“Awak adik Doktor Hyrena kan?” teka Eliana, dahinya berkerut. Dia pasti Eezwan lah nama adik Doktor Hyrena yang sering disebut-sebut wanita itu.

Sementara itu di ruang tamu, Nia baru berjaya memboloskan diri dari rakan-rakan Tengku Suraya. Bukannya dia tidak mahu melayan golongan-golongan bangsawan itu, tetapi dia letih juga menjawab soalan-soalan mereka yang bertalu-talu. Ketika dia baru hendak melangkah ke serambi, namanya dipanggil lembut.

“Nia!”

Serentak dengan itu, langkah Nia terhenti. Dia amat mengenali suara itu. Akhirnya, perkara yang paling hendak dielakkannya berlaku juga. Nia memusingkan badan perlahan-lahan menghadap empunya suara.

Tengku Shafiq bersandar di dinding serambi, bibirnya menguntum senyuman kecil. Dia masih seperti dahulu, cuma lebih kacak dan berketrampilan berbanding dulu. Baju melayu Johor berwarna biru metallik dipadankan dengan seluar slack berona beige menyerlahkan ketampannya.

Hati Nia seolah-olah berhenti berdegup. Dia beristighfar berkali-kali dalam hati. Cuba menenteramkan hati yang gundah. Dia tersenyum juga akhirnya walaupun begitu payah.

“Thanks for making it today. It would mean so much to Elia,” ujar Tengku Shafiq perlahan. “I see dia sangat rapat dengan you.”

Nia mengangguk perlahan. “Alhamdulillah.I gembira dia dah semakin sihat sekarang.” Nia memandang sekeliling. Kosong. “Erm, okeylah…”

“Boleh kita berbual-bual sebentar, Nia? Dah lama I tak berborak dengan you,” potong Tengku Shafiq, wajahnya meminta persetujuan Nia. “Please, I insist.”

Angin bertiup lembut petang itu. Nia mendapat view terbaik akan majlis doa selamat itu dari serambi rumah mewah Tengku Khalid itu. Setelah Tengku Shafiq kembali dengan dua buah pinggan berisi makanan, mereka makan bersama-sama di situ.

“Apa cerita you sekarang?” soal Tengku Shafiq membuka bicara.

Nia menjungkit kening. Tisu dicapai untuk mengelap bibir. “Macam tu jugak. Ok je. Sekarang ni I kerja di SJMC di wad surgery,” tutur Nia. Punch buah-buahan diteguknya. “You pula, apa cerita?”

“I medical consultant di ESSO. To compensate my scholarship,” jawab Tengku Shafiq. “So, you memang serius dengan surgery?”

Nia mengangguk. “Emm, lebih kurang. Neuro pun I minat juga, tapi entah. Let time decides. You tak cadang nak buka klinik ke?”

Tengku Shafiq tersenyum. “Tengoklah… Insya Allah…”

Suasana hening sekali lagi. Nia kurang senang dengan renungan mata Tengku Shafiq. Walaupun mereka telah lama berpisah, namun Nia masih dapat merasakan getaran dalam jiwanya.

“Nia, I am sorry…”

Nia menundukkan wajah. Dia segera menarik tangannya dari dicapai oleh Tengku Shafiq. “Shafiq, don’t be,” tegas bunyi suaranya, walaupun nadanya rendah. “Let the bygones be bygones.”

2 comments:

  1. pembaca..apakah nia akan pilih ku syafiq @ is?? kita semua mengharapkan IS adalah pilihannya bukan??? kita tunggu shj kesudahannya..sebb cinta x boleh dipaksa, ikutla kata hati nia... biar die memilih yang terbaik untuknya

    ReplyDelete
  2. tol 2. nana_yong.
    nadz plih IS.
    kite tgk ending die.xsbr

    ReplyDelete