Thursday, December 18, 2008

sesuci cinta-Episod 5

Sweet Hard Hand By Hadiah


Is mengeratkan genggaman terhadap stereng kereta. Telapak tangannya sudah memerah, namun kesakitan tidak dirasa.

Nia menggigit bibir, risau. “Is… Janganlah macam ni…”

Is membrek perlahan. Lebuhraya Damansara penuh sesak. Jam mungkin berterusan sehingga ke simpang masuk ke TTDI. Dia menghela nafas. “Nia, aku risau betullah.”

“Apa yang nak dirisaukan? Is, benda ni perkara kecik je. Itu lah yang aku malas nak story dengan kau. Mesti kau risau tak tentu pasal,” balas Nia perlahan.

Nia langsung tidak bercadang untuk memberitahu Is tentang perkara itu. Namun ketika dia hendak melangkah masuk ke dalam kereta Is di perkarangan SJMC, Guna, atendan wad mengucapkan ‘bravo’ kepadanya. Is yang menunggu di dalam kereta, kehairanan. Nia memang tidak reti untuk menipu Is, akhirnya, dia menceritakan juga segala yang terjadi di wad tengah hari itu.

“Macam mana aku tak risau? Surely, this guy must be of an important figure. Kalau tak, dia mana ada sebarang sebut nak saman SJMC. Kalau diapa-apakan kau, macam mana?” soal Is lagi, masih risau.

Nia menjungkit kening. “Habis tu, kau lebih suka aku terdiam macam batu bila dia sesuka hati nak orang lain dipecat? I thought you would side me here…” balas Nia, jauh bunyi suaranya.

Is menekan minyak sedikit, dan Autobavaria itu menginjak sedikit kehadapan. Jam masih teruk. “Sayang……” ujar Is lembut. Wajah Nia yang sedikit keruh ditatapnya. “Siapa cakap I’m not on your side, hmm? Cuma aku risau kalau-kalau lelaki itu akan bertindak lagi,” tutur Is.

Nia menghela nafas. “Insya Allah takde apa-apa. Janganlah risau, ok? Kau tahu tak, aku cukup tak suka bila kau risau pasal aku. Because, bila kau risau pasal aku, that means, aku dah menyusahkan kau,” luah Nia. “Worrying about me is not in your job description,” tambahnya lagi. Dia terdiam sebentar. “Muka saja handsome, perangai, masya Allah!”

Is tertawa akhirnya. Kesesakan lalu lintas juga semakin reda. “Engkau ni memanglah, Nia. Dalam dok fire mamat tu, sempat lagi puji dia handsome! Gagal betul!”

Nia tersengih. Dia hanya mengucapkan yang benar. “Yalah, dah memang betul dia handsome, aku nak kata apa?”

“Habis tu, kalau betul dia handsome, macam mana kau boleh fire dia kaw-kaw macam tu? Jatuhlah saham kau nanti!” ujar Is lagi. Sengaja mahu mengacau sahabatnya itu.

Nia membundarkan matanya. Dia menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju. “Tak sanggup aku! Mulut dia dah satu hal, lepas tu diktator semacam je, kalah Hitler! Kau ingat aku desperate sangat ke nak lelaki macam tu? Eeeiiii….” Balas Nia.

Tawa Is masih berbaki. “Hmm…. Mana tahu. Agaknya bila lelaki tu dah blah, dia mesti rasa down pasal terlepas peluang nak berkenalan dengan doktor lawa macam kau. Rugilah dia.”

Giliran Nia pula tertawa. “Ooh, so kira aku ni lawa lah ya, Is?” soalnya kembali, matanya bersinar galak.

“Ahh, sudah. Baru puji sikit dah nak kembang semangkuk,” balas Is malas. Sengaja dia memberikan respon negatif. “Jangan kembang sangat. Kalau meletup dalam kereta aku, kau nak bayar ke servis cuci kereta nanti?”

Nia memuncungkan bibir. “Yalah. Siapalah aku ni kan…”

“Alahai…” tutur Is perlahan. Dia ketawa melihat reaksi Nia. Tangan Nia diraihnya lembut. Dia tahu Nia sedikit terkejut, namun Nia membiarkan sahaja. “Kenapa Hadiah Hyrena hari ni? Takkan lah orang main-main sikit dah nak merajuk?” Jari-jemari lembut itu diramas perlahan, tanda memohon maaf. “Main-main je lah, ayang. Siapa tak tahu, Hadiah Hyrena, best friend Khairil Iskandar kan memang cantik orangnya,” tuturnya ikhlas.

Entah mengapa, hati Is berdebar-debar. Tangan Nia yang masih kemas dalam genggamannya dipandang sekilas. Apakah perasaan ini?

“Nia balik mana tadi, Is?” soal ibunya yang ligat membancuh milo di dapur.

Is melonggarkan tali leher sambil mencium pipi ibunya lembut. “Dia balik apartment tadi. Esok ada operation awal pagi katanya,” balas Is. Adik perempuan Is, Khairunnisa Amani muncul dari dapur basah sambil menatang dulang berisi cawan. Is tersengih. Lama benar dia tidak berjumpa dengan adiknya itu. “Ayun! Bila balik?”

Khairunnisa perlahan-lahan meletakkan dulang di atas meja. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan abangnya. “Baru sampai pagi tadi, abang. Ibu pergi jemput dekat Jalan Duta,” balas Khairunnisa mesra. Rindu betul dia untuk meluangkan masa bersama-sama keluarganya. Kali terakhir dia pulang untuk cuti semester dari UUM adalah tiga bulan yang lalu.

“Amboi, lama kau tak message abang ya? Tu mesti asyik dok message pakwe dia tu,” gurau Is. Sedangkan Khairunnisa memang selalu menghantar khabar, cuma dia yang kadang-kadang begitu sibuk untuk membalas SMS adiknya.

Khairunnisa mencebik bibir. Sambil itu dia menuang air milo ke dalam cawan-cawan yang disediakan. “Nak salahkan Ayun pulak. Abang tu yang tak pernah nak balas mesej orang,” bidas dia balik. Dia segera mengambil tempat di sebelah ibunya. Tersengih-sengih dia memandang Is. “Haa bang. Dengar kata, ibu suruh abang kahwin.”

Hampir tersedak Is mendengar kata-kata adiknya. Kuih keria yang dijamahnya tadi rasa tersangkut di tekak. Khairunnisa ketawa geli hati. “Abang ni, umur dah 27 pun, dok tersedak lagi bila orang suruh kahwin. Lawak betullah,” tukas Khairunnisa.

Is menjeling adiknya. Dia menghirup milo sambil mengurut-urut dada. Ibu sekadar menggelengkan kepala. “Pandailah kau. Ni mesti ibu dah cucuk jarum kat Ayun ni,” balas Is.

“Apa pulak cucuk jarum? Memang betul kamu tu dah layak kahwin. Dia bertanya dengan ibu, kamu dah jumpa calon ke? Ibu bercerita je lah,” jawab Cik Mah. Anak lelakinya itu, kalau disuruh kahwin, amat liat!

“Entah, abang ni. Nak tunggu terlajak trang-tang-tang kut. Karang tak laku, sendiri mau ingat la,” ujar Khairunnisa lagi. Simpati terhadap diri abangnya yang seolah-olah putus harapan bercinta.

Is tersengih. “Mana boleh tak laku, Ayun. Abang ni kan ‘hot stuff’,” gurau Is, keningnya dijungkitkan. Khairunnisa membundarkan mata.

“Sikit punya dok ada laa perasan abang ni,” tukas Khairunnisa. “Hot stuff pun, kalau tak kahwin, lama-lama jadi sejuk bedi jugak abang oi.”

Is menggeleng-gelengkan kepala. “Ayun ni. Ingat urusan kahwin ni macam tukar tayar kereta ke? Kalau tukar tayar ok la jugak, bukan payah pun. Pergi kedai je, beres.”

“Ala, macam kahwin susah sangat. Bukan abang pun yang kena tungkus-lumus buat pelamin, bunga telur, masak bagai. Abang cuma akad je,” balas Khairunnisa lagi. Dia mengunjuk kuih keria di tangan ke arah abangnya. “Tengoklah kahwin abang nanti siapa yang setengah mati buat kerja. Ayun jugak tau.”

Is terkekeh-kekeh. “Beriya betul kau suruh abang kahwin.”

“Masakan tak beriya. Adik kamu tu gatal dah nak kahwin. Tak nak langkah bendul katanya. Itu yang dia suruh kamu selamat dulu,” ujar Cik Mah yang dari tadi sekadar menjadi pemerhati.

“Ibu ni!” Muka Khairunnisa memerah. “Siapa kata Ayun gatal nak kahwin ni?”

Cik Mah tertawa. “Ibu kasihan tengok Ayun asyik menyakat abang Is dari tadi. Ala Ayun ni... Haa, Ayun setuju tak dengan cadangan ibu tadi?”

“Cadangan apa pula ni, bu?” soal Is, tidak tahu-menahu.

Muka Ayun yang mencuka terus menjadi riang semula. “Oh, kalau yang cadangan tadi tu, Ayun pun up je. Ibu sound je laa dengan abang Is.”

Is kaget. Risau pun ada melihat ibunya sepakat dengan Ayun. Selalunya apabila kedua-dua wanita itu bersepakat, mesti ada sahaja untuk mengenakannya. “Haa, take team apa pulak ni? Ibu dengan Ayun kalau dah take team mesti abang yang sangkut kat tengah…”

“Ibu nak masuk minang Kak Nia!”

“Apa?!”

“Assalamualaikum!”

Cik Mah bingkas bangun dan terus bersalaman dengan Chik Rahman, suaminya. “Waalaikumsalam.” Cik Mah mencapai briefcase Chik Rahman. “Apahal kecoh sangat? Dari luar saya dengar suara kamu tiga beranak ni,” ujar Chik Rahman.

“Abah, ada ke patut diorang nak masuk minang Nia?” Is tidak membuang masa untuk mengadu kepada abahnya.

Chik Rahman tersenyum sambil mencapai kopi yang dihulurkan isterinya. “Untuk siapa?”

Raut wajah Is berubah. Dia tersengih. “A’ah ibu. Untuk siapa?”

Khairunnisa tertawa. “Sikit punya cover line!

‘Kenapa semua orang dok kenen aku dengan Nia?’ gumam Is. Suasana di TTDI malam itu agak lengang. Jalan hanya diterangi dengan cahaya lampu jalan. Sudah lama Is tidak melepak di balkoni biliknya. Malam itu fikirannya agak kusut. Mungkin udara segar waktu malam dapat menenangkan mindanya.

Selepas Isyak tadi, Is telah menelefon Nissa. Itulah kali pertama mereka berbicara setelah beberapa tahun membawa haluan masing-masing. Is sudah dapat menerima hakikat, mungkin jodohnya dengan Nissa tidak tertulis di suratan takdir.

Kata-kata Nissa masih terngiang-ngiang di telinga. Ibu, Nissa dan Ayun, mereka seolah-olah telah sepakat untuk menyatukan dia dengan Nia.

Nia.

Apakah yang sedang dibuatnya agaknya? Fikiran Is melayang lagi. Baru beberapa jam lepas dia telah menghantar Nia pulang ke apartmen. Tetapi, wajah itu tetap muncul di benak fikirannya saban waktu.

Is teringat kali pertama mereka bertemu. Di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh yang telah diadakan di SEMESTI. Is mewakili pasukan bola keranjang Sekolah Datuk Abdul Razak manakala Nia pula mewakili Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.

Nia melantun-lantun bola di gelanggang. Keadaan sekeliling agak gelap, cuma spotlight yang menerangi gelanggang bola keranjang itu. Nia sendiri tidak faham akan moodnya malam itu. Dia menolak pelawaan rakan-rakan yang lain untuk minum malam. Pelik! Selalunya, mereka sekumpulan tidak pernah miss waktu minum malam. Bagi mereka, makanan percuma yang disediakan jangan dibazir. Muka-muka mereka sahaja yang rajin menapak ke dewan makan. Kadang-kadang, mereka pulang ke asrama dengan berbungkus-bungkus biskut cap Ping Pong. Maklumlah, amat kurang pelajar perempuan yang rajin untuk minum malam.

Nia risau. Esok pusingan terakhir perlawanan bola keranjang perempuan. Sekolahnya akan berhadapan dengan saingan dari Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa. Risau, risau, risau…

“Boleh saya join?”

Hampir gugur jantung Nia. Dipusingkan badan. Seorang pelajar lelaki berbaju Melayu biru berdiri tidak jauh darinya. Dia kenal pelajar itu. Salah seorang favourite dalam kejohanan tersebut. Kecoh juga kalau mereka dilihat warden. Mana tahu mereka disangka ‘berdating’.

Nia sekadar mengangguk. Bola di tangan dilantun rendah. Lelaki itu dengan mudah menangkap bola dan melontar ke jaring. 3 pointer. Hebat juga.

“Nama awak Hyrena kan? Nama saya Iskandar,” tutur Is. Bola yang membolosi jaring dicekup pantas. Timbul rasa geli hati melihat gadis berbaju kurung itu melantun bola keranjang sebentar tadi.

“Awak dari SDAR ke?” soal Nia perlahan. Dia pun agak kekurangan topik. Esok SDAR akan bertarung dengan SEMESTI dalam bahagian lelaki.

Is tersenyum. Maknanya sedikit sebanyak gadis itu tahu tentang perkembangan dirinya. “Ya.”

Nia tersenyum kecil. Siapa yang tak kenal Khairil Iskandar dari SDAR? Selain dari menjadi favourite kejohanan, ramai pelajar perempuan yang menyimpan perasaan terhadap lelaki ini. Maklumlah, kacak juga orangnya. “Saya dari…”

“KUSESS. Saya tahu. Jersey no. 7. Minat Beckham ke?” usik Is, tersengih-sengih.

Nia terkejut. ‘Siap tahu nombor jersey aku ni.’ “Ala, Beckham tu yang minat saya,” ujar Nia kembali. Dia senang hati melihat Is tertawa. Awak pun apa kurangnya. Nombor 2. Minat Shevchenko ke?”

Is tersenyum. “Bolehlah sikit-sikit. Tapi saya minat Nuno Gomes lagi. Emm, awak ni tahu jugak ya pasal bola sepak?”

Giliran Nia pula menjaringkan bola. 2 pointer. Nak buat slam dunk, malu. Dahlah berbaju kurung. “Takdelah. Sikit-sikit je. Kalau awak tanya saya Gomes dalam kelab apa, mungkin saya tak boleh jawab.”

Keesokan harinya mereka bertemu lagi di kejohanan. Sebelum kontinjen sekolah berangkat pulang, Is sempat bertanyakan alamat dan nombor telefon Nia. Dari situ mereka mendapat tahu mereka berasal dari kawasan yang sama: TTDI.

Masa berlalu. Melalui Nia, Is berkenalan dengan Nissa. Pertemuan kali pertama di Suria KLCC membibitkan bunga-bunga cinta. Nia juga galak memadankan mereka. Apabila Is dan Nissa bersatu, Is teringat, Nia lah yang paling gembira.

Persahabatannya dengan Nia juga makin utuh. Nia amat memahami. Dia paling tidak suka mengganggu janji temu antara Is dan Nissa. Is teringat lagi, Nissa telah mengajak Nia menonton wayang, tanpa memberitahunya bahawa Is juga akan ikut serta.

Is teringat motif utamanya menegur Nia di gelanggang malam itu. Dia tersenyum.

Dia memang sudah lama menyimpan niat untuk merapati gadis itu. Menurut rakan-rakan yang lain, Hadiah Hyrena seorang gadis yang hebat. Cantik, bijak, petah berkata-kata. Juga pandai bersukan. Namanya memang tidak lekang meniti dari bibir ke bibir. Dengar kata, bukan setakat Hari Kecemerlangan, Hyrena juga menyertai Piala Perdana dalam pertandingan bahas.

Sekarang, apabila si gadis sudah berada di depan mata, Is tidak mahu melepaskan peluang menegurnya. Hadiah Hyrena, nama secantik orangnya. Baju kurungnya yang berona biru lembut malam itu menambahkan keayuan wajahnya.

Menurut sumber, Hyrena juga sudah berpunya. Lelaki yang memilikinya juga bukan calang-calang, malah Ketua Pengawas KUSESS sendiri, Firdaus Hadi.

Setelah mengenali Nia dengan lebih dekat, Is memang pasti Nia bukan calang-calang gadis. Bagi Is, Nia cukup istimewa. Dia akur bahawa Nia memang menyukai Hadi. Is juga tidak dapat menolak hakikat bahawa hatinya juga tertarik dengan Nissa. Nissa mempunyai keunikan sendiri. Manja dan tidak kurang juga lincahnya.

Semenjak itu, Is dan Nia sekadar berkawan baik. Is amat menghormati persahabatannya dengan Nia. Mereka sering berutus-utus surat. Boleh dikatakan, setiap minggu surat dari SDAR akan pasti mengunjungi pigeon hall aspuri KUSESS dan begitulah sebaliknya.

Ketika mereka di Tingkatan 5, Hadi pula telah tamat menduduki SPM dan melanjutkan pelajaran ke Australia. Hubungan Hadi dan Nia terputus begitu sahaja. Is tahu, Nia amat kecewa dengan tindakan Hadi, namun gadis itu hanya memendam perasaan.

Is melangkah masuk dari balkoni. Pintu kaca ditarik perlahan. Biarlah masa menentukan masa depan hubungan mereka.

“Nia?”

Nia mencapai jam meja dalam kegelapan. 10.32. “Is?” ujarnya kembali. Telefon bimbit dipegang erat sambil tangan kirinya menggosok-gosok mata yang kelat. “This better be good…”

Is tertawa. Dari suara Nia yang sedikit serak, Is pasti Nia sudah tertidur. “Kau dah tidur ke? Esok hari Ahad lah cik kak. Apa kelas tidur awal?”

Nia menggigit bibir. “Aku tertidur lepas Isyak tadi. Lagipun, esok aku ada program dengan Mercy,” balas Nia lambat-lambat. Dia masih terasa sedikit mamai. “Kau ada tujuan ke call aku ni?”

Is tergelak. “Kau dah jaga ke tak ni?”

Nia mendengus perlahan. Kadang-kadang sakit jiwa juga dia melayan kerenah Is. “Kenapa ni? Slack betul orang nak tidur!”

“Macam tu je kau dengan aku ya..” balas Is, jauh bunyi suaranya.

Nia terdiam. Timbul rasa bersalah dalam hati. “Ya lah.. ya lah… Apa kau nak ni? Kalau takda apa-apa, aku nak sambung tidur.”

“Teman aku pergi Bukit Beruntung kejap. Bas Ayun ke USM rosak dekat sana,” ujar Is.

“Haa…?” Nia betul-betul telah terjaga. “Dia ok ke?”

“Dia ok. Eh, kau jadi pergi tak? Kalau jadi, cepat siap. 15 minit lagi aku jemput.”

Khairunnisa dijemput. Sudahnya, mereka menuju ke KLIA dan Khairunnisa pulang ke Pulau Pinang dengan menaiki pesawat. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang.

“Kau nak sambung tidur ke, Nia?” soal Is tatkala melihat Nia mencapai bantal bulat dari tempat duduk belakang Autobavaria. “Tadi waktu Ayun ada, kecoh kemain. Takkan sekarang dah hilang modal kot?”

Nia tersengih kepenatan. Memang sekiranya dia dan Khairunnisa bertemu, ada sahaja agenda-agenda yang dibincangkan. Tambah lagi, mereka berdua sama-sama merupakan bekas pelajar KUSESS. Nia dan Khairunnisa sememangnya rapat dan mereka selalu juga bertukar berita melalui SMS. “Mmm… Penat jugak mulut berceloteh tadi. Mungkin lah juga nak sambung tidur. Kenapa?”

Is terdiam. Takkan nak dihalang Nia tidur? Dia juga kasihan melihat mata wanita itu yang sudah agak sembab. Menurutnya, siang tadi dia telah mengambil bahagian dalam surgeri di OR yang berlangsung lebih kurang 6 jam. “Tak ada apa-apa.” Is cekap mengawal stereng kereta merentasi Lebuhraya Sungai Buloh yang agak lengang. “Tidurlah. Nanti dah sampai aku gerakkan.”

Nia tersenyum. Matanya memang sudah susah untuk dicelikkan, namun tidak sampai hati dia melihat Is memandu keseorangan. Apalah gunanya Is menjemputnya sekadar menjadi teman yang tertidur di sebelah? “Ala… Memandangkan aku tahu kau memang cuak nak lalu kat Highway Sungai Buloh ni, tak apalah. Aku boleh berjaga lagi..” ujar Nia, tersenyum nakal.

Is tergelak. “Banyaklah! Siapa yang cuak sebenarnya?”

Mereka sama-sama tertawa. Sepanjang perjalanan ke TTDI, mereka bersembang untuk menghilangkan rasa mengantuk. Namun, di saat-saat akhir, Nia mengaku kalah. Matanya tidak tertahan lagi. Dia tertidur apabila Is leka bercerita tentang projek terbaru yang mana dia menjadi peneraju.

Is sekadar tersenyum. Dia pulang ke rumah setelah menghantar Nia. Ketika hendak menutup pintu kereta, dia terperasankan bantal yang dipeluk Nia, tersadai di tempat duduk penumpang. Bantal itu dicapainya.

Di bilik, Is rebah di katil. Bantal bulat hiasan kereta itu dicapai. Dibelek-belek. Akhirnya dipeluk erat. Haruman Romance Ralph Lauren pilihan Nia malam tadi menusuk hidungnya.

Telefon bimbit Is berdering. Dia tersenyum melihat nama di skrin telefon. “Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Dah nak tidur ke?” soal Nia, suaranya berbunyi kepenatan.

“A’ah. I’m okay. Dah selamat sampai,” ujar Is. Dia amat maklum dengan check-up call Nia. “Jangan risau. Pergilah tidur.”

Terdengar bunyi suara Nia menguap kecil. “Okay. Jangan tidur lewat sangat tau,” pesan Nia.

“Nia?”

“Yes?”

“Remember the pillow you were hugging in the car?” soal Is.

Nia terdiam. Mungkin sedang cuba mengingat bantal apa yang dimaksudkan. “You mean, yang aku bawak tidur dalam kereta tadi ke?” soal Nia kembali, inginkan kepastian.

“Yep, exactly. That one.”

“Mmm.. ingat. Kenapa?”

“I’m kinda hugging the pillow right now.”

Nia terdiam lagi. Kali ini, bibirnya menguntumkan senyum. “Smells nice?”

“Hmm… yes.”

Akhirnya Nia tertawa. “Hmm… Well, sweet dreams, Khairil Iskandar.” Klik.

Is merenung telefon bimbit. Panggilan telah diputuskan oleh Nia. Tawa wanita itu terngiang-ngiang di telinganya. Dia juga kurang pasti, mengapa bantal itu dipeluknya?

“Well, sweet dreams to you too, Hadiah Hyrena.”

4 comments:

  1. hehe..lampi tol si is nie..tanda nye dh fall in love tanpo disedari la tue..dorang kn mesra n bahagio smp xsdr kata hati..
    suke2 klu is couple ngn nia..

    nk lagiiiiii...:)

    ReplyDelete
  2. SAYA CUMA TAK FHM
    AYUN TU UUM KE USM

    ReplyDelete
  3. Nak is ngan nia..hehe(",)

    ReplyDelete
  4. mad jiwa
    hey ,that was my school

    hehe
    kecoh je

    ReplyDelete