Thursday, December 18, 2008

sesuci cinta-Episod 4

Sweet Hard Hand By Hadiah


“Iye…. I won’t miss it for the world,” ujar Nia perlahan. Dia pasti Nissa sedang kecoh di hujung talian. Menurutnya, dia berada di Gulati’s Silk Store bersama bakal mentuanya. Kalau diikutkan hati, handak sahaja Nia gelakkan Nissa di telefon. Mesti sahabatnya itu sedang cuak.

“Sa, aku kat hospital ni. Mana boleh cakap telefon. I have to check up on a patient, I’ll call you later, okay?” Nia terdiam, dia cuba memahami jawapan Nissa yang agak kelam-kabut. “Wey, bawak bertenang… Mak Farid tu pun orang jugak. Layan je laa macam mana kau layan mama aku.” Diam lagi. “What?? 20 pasang kau dah try??” Sekarang Nia meragui kata-katanya sendiri. “Betul kut… Mungkin mak Farid bukan mak orang….”

Pintu wad terapi dikuaknya perlahan. “Hang on, okay? Lagi sejam aku habis kerja. Ala…. It can’t be that bad. Remember, you’re marrying his son, right?” Nia tergelak perlahan. Beberapa orang doctor telah menoleh memandangnya. “Whoops…” gumamnya perlahan. “I really got to go, dear. Will be there, don’t worry. Bye!” ujar Nia sambil mengklik butang ‘end’ handphonenya. Selepas ini Nissa akan membebel tanpa henti kepadanya kerana mematikan talian, Nia pasti.

Di kamar terapi no. 9, kelihatan Tengku Eliana sedang berpaut terhadap railing di sudut bilik. Nia tersenyum. Setelah Nia memberikan ‘pep talk’ kepadanya tempoh hari, Eliana memberikan respon yang positif. Dia telah mula menerima lawatan dari rakan-rakan dan famili. Tempoh hari, Nia dikejutkan dengan berita dari Yati bahawa Eliana telah menghadiahkan jambangan-jambangan bunga yang diterimanya kepada Jaya sebagai tanda maaf.

“Looking good, huh, doctor?”

Nia berpaling ke arah empunya suara. Doktor Zainal, senior resident di wad terapi memberikan senyuman kepadanya. Nia tersenyum. Doktor Zainal banyak memberi tunjuk ajar kepada Nia dalam bidang terapi. “Alhamdulillah, doctor. What do you think?” soal Nia kembali.

Doktor Zainal memandang sekilas Tengku Eliana. “Frankly, I would say she’s doing not bad at all. A plus point is that, dia ada keyakinan diri. Her muscles and nerves are responding beautifully.”

“Doktor Hyrena?”

Nia memalingkan mukanya. Ternyata Tengku Eliana sudah menyedari kehadirannya. Dia memberikan senyuman, walaupun kurang pasti akan reaksi Eliana. “Assalamualaikum. How are you feeling today?” Nia perasan Eliana telah mula mengikat semula rambutnya yang panjang. Sedikit lip gloss telah disapu ke bibirnya yang sebelum ini kering.

“Waalaikumsalam, doctor. I’m feeling great,” jawab Eliana sambil membalas senyuman. “Doktor datang nak tengok perkembangan saya ke?” soalnya lagi. Eliana melepaskan pegangannya di railing dan mula merebahkan diri ke atas permaidani. “How am I doing?”

Nia senyum lagi. Dalam hatinya, dia cukup gembira dengan perkembangan terbaru Eliana. Paling tidak, Eliana tidak lagi terperap di dalam biliknya dan bermuram sepanjang hari. Nia bertukar pandangan dengan Doktor Zainal. “Why don’t we ask the expert here?”

“As I’ve told you before, insya Allah semuanya dalam keadaan positif.” Doktor Zainal melihat jam di tangan. “Excuse me, ladies. Saya ada appointment in 10 minutes. Sorry Nia,” ujar Doktor Zainal. “As for you Eliana, keep up the good work. Esok jangan lupa date kita okay?” Dengan itu, Doktor Zainal berlalu pergi.

Nia menutup pintu kamar dari belakang. Dia memberikan senyuman terhadap Eliana. “Date? Tak risau ke kalau isteri Doktor Zainal mengamuk nanti?”

Eliana tertawa. “Doktor Zainal main-main je tu. Dia selalu refer to our appointments as ‘dates’,” jawabnya. Eliana menepuk tempat di sebelahnya sebagai ‘cue’ untuk menyuruh Nia duduk. Setelah bersimpuh di sebelahnya, Eliana mengajukan soalan. “Kenapa sudah lama doktor tak melawat saya?”

“Kenapa Eliana tanya? Do you want me to visit you?” soal Nia kembali. Dia tersenyum apabila melihat wajah Eliana tidak keruan.

Eliana menggigit bibir. “I thought that you are my physician. Aren’t you supposed to visit me all the time?”

Nia membetulkan duduknya. “I was your physician. Sekarang ni, Eliana dah dipindahkan ke wad terapi, so, your new physician is Doktor Zainal. He’s a therapeutist. Sekarang Eliana dah tak perlukan saya. Saya cuma bertugas di bahagian surgical neurology,” terang Nia satu-persatu.

Eliana mengangguk perlahan. Dia memandang lantai.

“Eliana…”

“Doktor, saya minta maaf atas tingkah-laku saya selama di wad doktor. I was behaving like a child. Sekiranya doktor masih terasa hati tentang hal itu, saya minta maaf banyak-banyak. I didn’t mean it,” ujar Eliana perlahan. Air matanya bergenang.

Nia tersentak. Serentak itu dia menggelengkan kepalanya. “Eliana, kenapa harus fikir begitu? Saya tak pernah ambil hati dengan apa yang Eliana cakap. Saya faham apa yang Eliana lalui mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku Eliana,” balas Nia. Dia meletakkan tangan ke atas bahu Eliana seraya mengusapnya lembut. “You’ve never done anything to hurt me, dear. Eliana sudah macam adik saya sendiri.”

“Betul?”

Nia mengangguk, menguntum senyuman kecil. “Betul.”

“Jadi kalau doktor anggap saya seperti adik doktor sendiri, doktor kena melawat saya hari-hari,”

“Assalamualaikum.”

“Mama di dapur ni,” laung Puan Hashima kepada anak perempuannya itu. Nia baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah sambil diiringi Is. “Is, minum dulu nak!”

Is tersengih. Memang begitulah rutin Cik Shimah setiap kali dia menjejakkan kaki di rumahnya. Namun jam telah menunjukkan angka 9 malam. Tidak manis sekiranya Is duduk lama-lama di situ. “Takpe la, chik. Baru je lepas minum teh di rumah tadi. Ibu cakap terima kasih kerana kasi pinjam Nia,” jawab Is sambil menyampaikan pesanan ibunya.

Cik Shimah tertawa. Dia muncul dari dapur sambil membawa segelas Milo panas di tangan. “Sama-sama,” balas Cik Shima. Dia menyerahkan gelas itu kepada Is. “Nia tak buat hal ke tadi?” soalnya, sambil memerhatikan anak daranya meletakkan beg tangan di atas meja.

Wajah Nia mencuka setelah mendengar tawa Is. “Mama ni, mana ada orang buat hal kat rumah Is. Is itu je yang bikin malu kat rumah sendiri. Ibu suruh goreng ikan pun fail, sampai hangit ikan tu!”

“Nia tipu, chik! Mana la orang nak tau bila kena alih ikan tu.. Saya harap dia cakap dengan saya, tapi dia buat derk je!” tukas Is, bibirnya dijuihkan terhadap Nia.

Cik Shima tergelak melihatkan gelagat kedua-dua anak muda itu.

Nia mencium pipi mamanya. Sejak pulang tadi dia belum sempat mencium pipi mamanya. “Tengok tu, mama. Ada ke nak alih ikan pun harapkan Nia? Gagal betul… Lagi nak salahkan Nia..”

Cik Shima menggeleng-gelengkan kepala. “Ala… Dia tu kan lelaki, kamu pun patut la tolong dia..”

“Ala.. Sudahla mama.. Lagi nak backing Is. Mama adopt je la dia macam tu..” ujar Nia, berjauh hati.

Is tergelak besar. Hampir tertumpah air Milo di tangan. “Eh, lupa ke labu? Mama memang dah lama jadi mama angkat aku!”

“Abang Is! Lama sampai?”

Mereka bertiga berpaling menghadap Eezwan yang sedang menuruni anak tangga. “Baru je. Ni haa, tengah wrestling tekak dengan kakak kamu. Nak join?” jawab Is sambil tersengih-sengih.

Eezwan menyalam kakaknya. Dia segera mengambil tempat duduk di sofa sebelah ibunya. “Wrestling tekak dengan Kak Nia? Huih… Tak nak la saya… Surrender!” balas Eezwan.

Kening Is dijungkitkan. “Kamu ni.. Tak apa-apa lagi dah surrender. Kenapa?”

“Abang Is, she didn’t become a debater for nothing, okay? Toksah la buang masa bertekak dengan dia.. Itu pun nasib dia dapat sponsor scholarship buat medic lagi awal dari offer buat law, kalau tak, haru-biru rumah ni…” ujar Eezwan, sekali-sekala tersengih terhadap kakaknya.

Nia turut tersengih. “Eewan… Awak ingat.. Tak pun esok naik bas pergi sekolah..”

Eezwan menepuk lembut sofa. “See my point?? Baru cakap sikit dah nak blackmail orang!”

Mereka tertawa. Tidak lama kemudian Hazrin turut sama berceloteh. Apabila jam menunjukkan angka 10, baru lah Is meminta diri. Nia mengiringinya ke kereta. “Awak….”

Is tertawa. “Ni apasal nak manja-manja pulak ni?” ujar Is sambil membuka pintu kereta. Jarang sungguh dia mendengar Nia bersuara manja dengannya. Mesti Nia berkehendakkan sesuatu.

Nia tersengih. “Can you do me a favor?”

“Dah agak dah…”

“Thanks dear! Boleh tak tolong ambil pergi kerja esok? Eezwan nak pinjam kereta lah… Kereta ayah masuk bengkel…”

Is merenung lembut wajah bersih Nia. Wajah itu kelihatan penat, setelah seharian menemaninya ke Port Dickson dan pula menolong ibunya memasak di rumah. Walaupun penat, Nia tidak pernah lokek dengan senyuman. “Of course sayang. Be ready by 7, ok?”

Senyuman Nia melebar. “Thank you, sweetie! By 7, don’t worry!”

“Eh, ingat free?? Sini satu,” ujar Is, sambil menunjukkan ke arah pipinya, meminta ciuman dari Nia.

Mata Nia membundar. Dia mencubit lembut lengan Is. “Sesuka hati je! Cakap dengan mama karang!”

“Ala… mama dah sayang dengan orang, dia gerenti cakap no problem punya la!”

Sebelum Nia dapat mencubit Is sekali lagi, lelaki itu segera menutup pintu kereta Autobavarianya. Nia cuma mampu tersenyum melihat gelagat teman rapatnya. “Thank you for spending your time with me today,” ujar Is, ikhlas.

Nia tersenyum. “No problem. What are friends for, right?”

“That’s why I cakap dengan dia, apa kelas tema warna pink terang! Buta mata orang yang pergi wedding dia nanti!” ujar Nia lagi.

Eliana tertawa. “Nasib baiklah Kak Nissa dengar nasihat doktor. Bright pink is totally out! Kalau light pink tu boleh terima lagi, ye tak?” cadang Eliana. Dia mengurut-ngurut perlahan kakinya.

Nia tersenyum. “Kak Nissa sukakan warna hijau. Tapi bakal mertua dia tak suka..” Minyak gamat disapu lagi ke kaki Eliana. “Nak buat macam mana… Saya pun kasihan dengan dia. So, we tried to make the best out of it. Pink pun, pink lah…”

“Bagus betul Kak Nissa tu. Kenapa mertua dia pula yang nak sibuk? Macam diorang pulak nak kahwin!” tukas Eliana.

“Cakap orang tua tak boleh lawan, Eliana,” ujar Nia lembut. “Lagipun, tak eloklah kalau awal-awal dia dah bertelingkah dengan mertuanya.” Botol minyak gamat ditutupnya. “Ini soal ikatan seumur hidup. Tak baik mulakan hubungan dengan pergaduhan.”

Eliana mengangguk, tersenyum. Dia memerhati wajah Doktor Hyrena. “Doktor pula bila lagi nak kahwin?” soalnya, tersengih. Kadangkala, dia terperasan panggilan yang diterima oleh Doktor Hyrena dari seorang lelaki. Mungkin kah itu teman lelakinya?

Nia tertawa. “Amboi, advanced betul soalan tu!” balas Nia. “Hmm… Saya single lagi. Nak kahwin pun belum tentu bila. Insya Allah, ada jodoh nanti kahwin la saya.”

Eliana menjungkit kening. Mustahillah doktor secantik Doktor Hyrena tidak mempunyai teman istimewa. “Doktor tak pernah ada boyfriend ke?”

Nia mengepam bibir. Kemudian dia tersenyum. “Hmm… Pernah tu memang pernah. Tapi tak sampai jodoh agaknya. Lama la jugak saya couple dengan dia. Lima tahun. Tup tup, tak jadi,” ujar Nia, sambil tertawa kecil. “Jadi, sekarang saya malas la nak bercinta. Bercinta lama-lama pun tak jadi. Sampai seru nanti, kahwin terus!”

Eliana tertawa, lucu melihat keletah Doktor Hyrena. Kasihan juga… “Lima tahun tu… Apa jadi, doktor? Lelaki tu ada perempuan lain ke?” soal Eliana. Lelaki bodoh mana yang sanggup menolak jodoh bersama wanita itu?

“Emm… Wallahua’lam. Saya pun tak tahu menahu apa yang jadi. Satu hari tu, dia muncul, terus dia cakap, kami tak serasi. Hmm… apa nak buat.. Menangis air mata darah pun belum tentu dia nak dengan saya balik,” terang Nia. Berat juga hatinya untuk meluahkan perkara sebenar. Let the bygones be bygones.

Mata Eliana membundar. Ketika itu, cadar katil ditariknya sedikit. Geram dengan perlakuan lelaki terhadap wanita selembut Doktor Hyrena. “Mangkuk ayun betul lelaki tu! Tak serasi konon! Kenapa doktor tak sepak je orang macam tu?”

Nia tertawa. Geli hatinya melihat reaksi Eliana sedemikian. “Ish, janganlah emo pulak Eliana!” ujar Nia, sedikit terbatuk-batuk akibat terlalu banyak ketawa. “Memang saya teringin nak sepak dia masa tu, tapi, apakan daya.. Orangnya tegap. Silap-silap, dia yang sepak saya!”

Eliana tertawa.

“Lagipun, you would never want to hurt the person you love,” ujar Nia perlahan.

Telefon bimbit Nia berdering. Eliana terdiam. Segera Nia mencapai beg tangannya. “Waalaikumsalam,” balas Nia. Matanya segera melirik ke jam tangan. “Emm… Sri Hartamas ek? Akak tak lupa la….” Dia terdiam sebentar. “Awak nak akak belikan apa-apa ke? Okay, Quarter Pounders’ coming up.” Diam lagi. “Dah telefon abang Is? Iye… Just hang on, okay? Of course I’ll come. Kick some ass. Mmm…. Akak sayang awak. Make me proud.” Bibir Nia mengukir senyuman. “Waalaikumsalam.”

“Adik doktor ke?”

Nia tersengih. “Oh… Eavesdropping saya ya?”

Pipi Eliana terasa hangat. Kaku sebentar. “Ala, doktor pun cakap depan mata saya. Mustahillah kalau saya tak dengar,” balasnya. “Adik ke?” soal Eliana lagi.

“Ya, adik saya. Hari ni dia ada football match kat Sri Hartamas. Saya tak pernah miss match dia,” ujar Nia. Jam di tangan dilihat sekilas. “Lagi sejam.”

“Sayang betul doktor dengan adik doktor ya,” tambah Eliana lagi. Bukan sekali dia melihat Nia bercakap telefon dengan adiknya, malah agak selalu juga. Tiba-tiba timbul rasa rindu terhadap abangnya sendiri. Tapi abang Shafiq sibuk. Manalah nak melawat aku hari-hari…

Nia mengangguk. “Kami memang rapat. Hmm… Mungkin Eliana kenal dia. Dia belajar kat VI. Eliana bukan study di CBN ke?”

Eliana mengangguk. “Siapa ya? Muka dia iras-iras doktor ke?”

“Tak. Rasanya dia lebih ikut muka ayah saya. Nama dia Khairil Eezwan. Tingkatan 5. Kenal?” soal Nia.

Eliana tertawa. “Khairil Eezwan VI? Alahai doktor, siapalah tak kenal dengan dia tu,” balas Eliana.

Nia turut tergelak. “Amboi. Glamour ke adik saya tu Eliana?”

“Hmm… Saya tak pernah pun tengok dia. Tapi ramai pelajar sekolah saya ada crush dengan dia. Orang cakap dia handsome,” ujar Eliana, sambil tersengih terhadap Nia. “Ala, apa nak dihairankan. Now that I’ve seen his sister, I believe dia pun mesti cute jugak,” tambahnya lagi.

Nia tertawa lagi sambil menggeleng-gelengkan kepala. “Ye ke handsome? Hmm….”

“And I heard he’s a superb football player. Tu yang ramai lagi jatuh cinta tu, doktor. I think, there are like a hundred or more girls yang setuju je jadi bakal adik ipar you sekarang ni,” tambah Eliana lagi.

Membulat mata Nia mendengar kata-kata Eliana. “Patutlah saya pun tak larat nak angkat telefon untuk dia di rumah.” Serentak dengan itu, beepernya berdering, tanda masa sudah tiba untuk menempuh trafik ke Sri Hartamas. “Oops, Eliana. I have to go. Kalau lambat, membebel pula Prince Charming tu nanti. One of these days , I nak kamu berdua jumpa. Mesti boleh cerita panjang-panjang.” Nia mengambil beg tangan di meja dan menghadiahkan ciuman di ubun-ubun Eliana. “Take care, dear.”

Eliana tersenyum. “Thank you, sis.”

“Awak buta ke? Saya yang besar ni pun awak tak nampak?!”

Nia segera memusingkan badan ke arah kaunter pertanyaan. Seorang lelaki sedang menjerkah Nurse Ling Suk Ngo. Muka lelaki itu merah padam, Suk Ngo pula pucat tidak terkata. Keadaan di wad surgeri hening seketika.

“Maaf encik. Saya terburu-buru tadi…,” tutur Suk Ngo perlahan, suaranya kecil sekali. Dia tidak sengaja melanggar lelaki itu ketika menatang dulang berisi makanan tengah hari pesakit. Habis baju lelaki itu dibasahi dengan air minuman.

Lelaki itu mendengus. Dia menepis air yang bersaki-baki di baju kemejanya. “Lain kali mata jangan letak dekat kepala lutut! Siapa supervisor awak? Macam mana awak boleh graduate nursing school hah??!” tempik lelaki itu.

Nia menghela nafas. Diingatkan, wad surgeri takkan dilanda ribut taufan seperti yang selalu berlaku di wad kecemasan. Dia merapati Suk Ngo yang terkocoh-kocoh mengeringkan baju lelaki itu. “Maaf encik, supervisor Nurse tak available sekarang kerana dia menghadiri mesyuarat,” tutur Nia. Lelaki itu menjelingnya tajam. “Apa-apa hal, encik boleh rujuk dengan saya. Saya Dr. Hyrena, residen di wad ini.”

Lelaki itu menepis tangan Suk Ngo yang ingin menolong. “Hah, doktor, macam mana hospital ni train nurse diorang? Cuba doktor tengok baju saya ni. Habis lencun dengan air. Kalau dah diminum, penyakit apa yang boleh berjangkit dekat saya!”

“Pihak hospital mohon maaf, encik. Kami akan bayar ganti rugi. Kami akan sediakan bilik khas untuk encik membersihkan diri,” balas Nia. Sengaja dia mengawal nada suaranya. Tak retikah lelaki itu bercakap elok-elok? Muka sahaja handsome, perangai mengalahkan tapir!

Lelaki itu mendengus. “Would the hospital pay for the time I’ve lost disebabkan insiden bodoh ini?” soalnya sinis. “Fikir, doktor. Time is money.” Dia memandang wajah Suk Ngo yang menikus di sebelah Nia. “Saya akan bring this matter to the authority. Saya nak Nurse ni dipecat!”

Hati Nia berdetik. Begitu sekali? Itu baru tumpah air. Kalau terpalit bubur di bajunya tadi agaknya, mahu lelaki itu menyuruh SJMC tutup kompeni sahaja. Nia menarik nafas dalam-dalam. “Encik, pihak hospital dan Nurse Suk Ngo sudah memohon maaf. Malah, kami sedia membayar ganti rugi. Lagipun, air tu belum diminum sesiapa. Saya berharap encik akan fikir masak-masak. Nurse Suk Ngo memang tidak sengaja,” jawab Nia setenang yang boleh. Kalau dia sama ikut naik angin, keadaan akan lebih parah.

“Saya apa peduli?! Yang saya tahu, I’m late for my meeting. And my shirt! Doctor, I want her fired. Bodoh betul! Lain kali, kalau dah sangap sangat, duduk je lah dekat rumah!” bebel lelaki itu. Beberapa orang yang berada di kawasan lobi wad surgeri itu terpempan dengan kata-kata lelaki itu.

Air mata Suk Ngo mengalir laju. Apalah malang nasibnya hari itu. Dia tidak pernah cuai dalam tugasnya. Sudah sedekad dia bertugas di SJMC, tidak pernah dia menjalankan tugas sambil lewa. Nia amat maklum tentang Suk Ngo. Baginya, kesilapan Suk Ngo kecil, dan tak perlu dibesar-besarkan.

“Encik, kenapa biadap sangat tu? Nurse dah minta maaf, apa lagi yang encik nak? Benda yang remeh-temeh pun nak dibesarkan. Macamlah baju encik tu, kalau terkena air boleh jadi lubang macam kena asid,” balas Nia, sedikit geram. Namun, nadanya dibiarkan mendatar. Yati yang berdiri di belakang kaunter sudah tersengih. Apa-apa terjadi, dia akan menyokong Dr. Nia.

Muka lelaki itu memerah, hanya Tuhan sahaja yang tahu suhu kepanasannya ketika itu. Doktor muda bertudung ini berkurang ajar dengannya?? Who does she think she is? Sebelum dia mampu membuka mulut, doktor itu membidas lagi.

“Tadi encik kata dah lewat untuk meeting. Apa lagi buat kat sini? Sendiri melambatkan masa, lagi nak menyalahkan orang. Fikir, encik. Time is money,” sindir Nia. Dia memegang bahu Suk Ngo di sebelah. “Dah, nurse. Awak kemaskan tempat ini, ya?” ujarnya lembut. Suk Ngo mengangguk perlahan, mengesat air mata sambil tersenyum sedikit.

Nia berlalu. Namun, suara lelaki itu memecah keheningan wad membuatkan langkah terhenti. “Apa SJMC pun ajar doktornya untuk berkurang ajar ke? You’ll be hearing from me in court, doctor.”

‘That was the last straw,’ detik hati Nia. Memang sengaja lelaki itu dicabar. Sahaja dia ingin menilai kebijaksanaan lelaki itu. Dia melangkah yakin menuju lelaki itu. Kedengaran suara Hussein, pembantu perubatan meminta Nia untuk bertenang. Doktor Zainal pula baru sahaja muncul setelah berlari-lari anak dari OR 5.

“Dengar sini, encik,” Nia memulakan bicara. “You can go ahead and sue us on what? Spilling water on your shirt? Rude treatment?,” ujar Nia, sambil membilang dengan jari. “Encik tergopoh-gapah cuba keluar dari sini, terlanggar Nurse Suk Ngo, and yet you are blaming her on your supposed mistake? We have more than 10 witnesses here ready to testify kalau betul encik nak saman. Suk Ngo has an excellent record in our hospital, and a stupid spill of water won’t jeopardize her career. And I, sir, Doktor Hadiah Hyrena, speaking of which, have a brilliant record here. We’ve apologized, we were ready to compensate for the damage, namun encik berdegil, and start calling her names. Which Suk Ngo didn’t deserve. Daripada encik nak buang duit on a losing case, I reckon, encik sedekahkan kepada wad kanak-kanak hospital ini.” Nia berhenti berkata-kata apabila gelak tawa memecah suasana tegang. Dia tersenyum, gembira kerana saranan dermanya dapat membawa suasana humor. “Sudahlah encik, kami dah minta maaf, sudah cukup bagus.”

Wajah lelaki itu hampir bertukar kepada warna biru. Ingin sahaja Nia tergelak. Lelaki itu memang ego. Dia mencapai kasar briefcasenya sebelum melangkah pergi. Malah, dia sempat menghempas kasar pintu wad itu.

Kesemua saksi yang berada di lobi itu bersorak riang tatkala lelaki itu hilang dari pandangan. Siulan dan ucapan membina semangat memenuhi ruang. Mereka bangga doktor semuda Dr. Nia mampu membela diri di hadapan lelaki itu. Doktor Zainal segera merapati Nia.

“That was good, Dr. You handled the situation nicely. I dah nak contact admin, tapi bila tengok you smash dia tadi, I rasa elok tak payah. Membesar-besarkan perkara,” ujar Doktor Zainal. Dia menepuk bahu Suk Ngo lembut, tanda memberi sokongan.

Nia tersenyum. Dia cuba memperlahankan degupan jantungnya. “Orang macam tu memang tak boleh layan, Dr. Sekolah tinggi-tinggi, bodohnya bertingkat-tingkat,” balas Nia. Beberapa pekerja yang mendengari perbualan itu turut tertawa dengan kata-kata Nia. Sedikit sebanyak hilang perasaan marah yang memenuhi kepalanya.

“Doktor, saya sangat-sangat sorry. Saya memang tidak sengaja….” Tutur wanita Cina itu lembut. Dia amat-amat berterima kasih kepada doktor muda itu yang telah mempertahankan air mukanya.

Nia mengukir senyuman. “Takpe lah, Suk Ngo. Macam saya tak tahu awak memang tak sengaja. Lelaki tu sahaja yang tertanggal skru agaknya,” ujar Nia. Suk Ngo cuba ketawa namun tawanya masih bersendu lagi. Nia menghela nafas. “Perkara ni memang kena report kepada admin. Just in case. Tapi buat masa sekarang, jangan risau, okay?”

4 comments:

  1. mak aii...admirer giler ngan Dr nia tgk die handle unxpectable situation tuh...

    Dr Hadiah mmg ade miracle touch dlm berkarya la..penuh gaya n begitu dramatikal

    ReplyDelete
  2. ni betul ke karya seorang doktor. mmg excellent la

    ReplyDelete
  3. yup..DR HADIAH..tujuan sebenar sy publish novel ni semula sebb nak tgk ape komen pengemar novel...nak sgt DR HADIAH active menulis semula..
    manataw dengan sokongan kita semua lahirla novel garapan beliau yang baru..

    Im so falling in love with her novel..ayat2 power beliau...smp termimpi2 n sebut ayat2 tuh..heheheh

    ReplyDelete
  4. hawhaw..klakanya nia smash that guy..
    pdn muko die..sebarang hentam jer nk fired org..
    besh2...

    ReplyDelete