Thursday, December 18, 2008

sesuci cinta-Episod 2

sweety Hard Hand By Hadiah@Balqis


“Hahha… busuk giler laa abang Is ni! Baru 25-30, takkan dah penat kot?” soal Eezwan sambil melantun-lantunkan bola keranjang di simen. Is yang kepenatan, kelihatan termengah-mengah.

“Orang baru lepas makan laa… Penat lagi,” jawab Is tersengih-sengih, memberikan alasan.

Nia yang memerhati dari kerusi taman apartmen KV Heights tergelak. “Yo yon laa Is….”

Is tersengih lagi. Terbukti, staminanya semakin berkurangan. Kali terakhir dia berjogging pun kira-kira dua bulan lalu. Tiba-tiba mindanya mendapat idea. “Nia, kau pun dah lama tak main basketball kan? Jom!”

Mata Nia membulat. Sudah agak lama dia meninggalkan sukan itu. Kali terakhir dia melantun bola itu adalah ketika zaman universitinya. “Ish, tak nak lah! Aku mana pakai kasut sukan pun,” jawab Nia. Dia tahu, Is sengaja hendak mencari pasal dengannya.

“Kak, jom laa,” desa Eezwan. Dia tahu, kakaknya merupakan pemain bola keranjang yang agak hebat ketika zaman persekolahannya. Nia pernah mewakili sekolah hingga ke peringkat negeri.

Is juga wakil pemain bola keranjang untuk sekolahnya. Nia dan Is bertemu ketika kejohanan bola keranjang antara Sekolah Berasrama Penuh.

Nia menggaru kepala. “Buat apa? Abang Is kan ada…. Malas laa akak…”

Eezwan melantun bola sambil mendekati kakaknya di kerusi taman. Bola yang terlantun diletakkan dalam genggaman Nia. “Nah. Alaa… shoot aja…” pujuk Eezwan.

Nia menelan liur. Sudah begitu lama dia tidak bermain bola keranjang. Kadang kala rindu datang membuak ketika melihat anak-anak jiran bermain di gelanggang apartmennya. Bola di tangan ditenung, kemudian dia mengalihkan pandangan ke jaring yang tergantung.

“Is, kau ni memanglaa…” ujar Nia perlahan. Is sekadar tersenyum.

Nia mengambil posisi di tengah gelanggang. Bola dilantun beberapa kali untuk meningkatkan semangatnya. Lengan kanan diangkat melebihi paras kepala, pergelangan tangannya dilembutkan, dan dia melempar bola dengan penuh tenaga, tapi penuh konsentrasi. Bola itu melepasi ke dalam jaring.

“Woo hoo!! Three pointer!” laung Eezwan sambil terlompat-lompat. Dia meluru ke arah kakaknya dan terus memeluk Nia.

Nia tertawa. Hatinya gembira. Is tersenyum.

“Oh my God, woman! You are loud!” ucap Nia sambil tergelak-gelak memeluk sahabat karibnya, Nissa.

Nissa terkekeh-kekeh sambil memeluk erat sahabat karibnya. Sebelum itu, dia telah terjerit nama Nia ketika ternampak kelibatnya berdiri di hadapan Haagan Dazz. Hiruk-pikuk jugalah Bintang Walk itu dengan suara mereka berdua.

“Kau ni… Tak boleh ke kalau tak malukan aku? Ingat Bintang Walk balak kau punya? Jatuh saham aku!” tukas Nia, sambil berganding tangan dengan Nissa. Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju BB Plaza.

Nissa tergelak. “Takpe, nanti aku suruh Farid belikan Bintang Walk untuk hantaran perkahwinan,” balasnya, seraya menjeling Nia dengan senyuman.

Mata Nia membundar. Mulutnya juga ternganga. Dia dapat menangkap maksud Nissa. “Oh my God, he proposed!” jerit Nia, sambil terus memeluk Nissa. Mereka sekali lagi mengejutkan orang ramai yang berpusu-pusu di pintu hadapan BB Plaza.

Nia tergelak lagi, mukanya kemerah-merahan. “I am so happy for you! Oh my God!”

Nissa mengangguk kegembiraan. Mereka meneruskan perjalanan dan tiba di restoran Deefa, restoran kegemaran mereka berdua. Setelah mereka diiringi ke meja yang ditempah, sesi gossip mereka diteruskan.

“So, ini laa hot news yang kau nak cakap dengan aku ya?” soal Nia, sambil mengenyitkan mata terhadap sabahat karibnya. Nissa tersenyum malu yang membuatkan Nia ketawa lagi. “Eleh, nak malu dengan aku konon!” Nada suaranya direndahkan. Kepala kedua-dua sahabat karib itu dirapatkan. “So, tell me everything that happened!” ujar Nia perlahan, teruja.

Nissa tersengih. “Ingat tak dia ajak aku pergi dinner dekat Palace of the Golden Horses?”

Nia mengangguk berulang-ulang kali. “Mestilah. I helped you picked out the outfit, remember?”

Nissa mengangguk. Pakaian gaun malam bersejarah itu telah dibeli di MNG dengan bantuan Nia. Mereka telah menghabiskan masa selama lima jam membeli-belah untuk gaun yang satu itu. “Well, dekat situ lah. You know, kau buat lah conclusion sendiri,” jawab Nissa, tersenyum penuh rahsia.

“Oh my God! You’re so shitting me! Nissa, that was like so one week ago! Apasal kau tak cerita dengan aku Isnin lepas?” tukas Nia lagi, sambil memukul lembut lengan sahabatnya.

Nissa tersengih lagi. “Ala… aku tunggu special occasion lah. Tengok, aku siap buat set up dekat Deefa lagi. Kalau cerita dalam telefon tak masyuk lah,” jawabnya. Dia segera memaut tangan Nia, menggenggamnya erat. “I’m so happy, Nia. Seriously, I am.”

Nia tersenyum. Matanya merenung dalam mata Nissa. Kadangkala, komunikasi mata mereka lebih berkesan daripada komunikasi lisan. “I know, Nissa. Two people in love deserve to be happy,” jawabnya perlahan dan ikhlas.

“You are so my bridesmaid. You are going to help me with this whole wedding,” sambung Nissa, semangatnya juga semakin teruja. “You know how uncoordinated I am with colour!” Nia tertawa. “But, first, I have to settle one thing first,” ujar Nissa sambil tersenyum.

“Oh, and what is that?” soal Nia. Senyuman Nissa juga telah berjangkit kepadanya.

“I have to find you someone first.”

“Mende entah wei. Orang suruh kahwin, lagi nak bukak agensi cari jodoh,” ujar Nia sambil menjamu Char Kuew Tiaw yang dipesannya.

Nissa tergelak. “Jangan kau tak tahu. Aku kan dah ada Master dalam bab ni,” dia membalas sebelum menghirup Latte. “Seriously. Let’s start with our potential candidates,” sarannya, sambil mengeluarkan buku memo kecil dari tas tangannya.

Sebaik sahaja Nia terlihat kelibat buku memo itu, dia terus tertawa. “Oh my God, Nissa! Kau ni memang kritikal!” Dia berhenti untuk menghirup moccachino. “Takde, takde. Takde benda lain ke kau nak discuss dengan aku? Kau tahu tak apa persamaan kau dengan mak aku?” soal Nia, sambil jari manisnya menunjuk ke arah Nissa.

“Hmm…” Nissa mengurut dagu. “Probably that we are clever, and you are not?” jawabnya, tersengih.

Nia menjulingkan matanya. “You’re hopeless.”

Tiba-tiba, seorang pelayan lelaki menghampiri meja mereka berdua seraya menunduk hormat. “Miss Nia and Nissa? You have a note,” ujarnya sambil menyerahkan nota yang berlipat kepada Nia.

Nia menjungkitkan kening. Dahi Akmar berkerut. “Thank you. But may I ask who delivered this?” soal Nia terhadap pelayan itu.

Pelayan itu mengunjukkan mereka terhadap sekumpulan lelaki yang duduk di sekeliling meja di sudut restoran. “From the man in blue shirt, Miss,” jawabnya.

Nia tersenyum kepada pelayan dan dia berlalu. Nia mengalihkan pandangan kepada Nissa pula. Bibirnya menguntum senyum. “Let’s read.” Nota yang berlipat itu dibukanya. “Hmm… Hi Mafia KUSESS. Long time no see. Good to see you again. Farooq.”

Nissa lantas tergelak. “La ilaha illahlah… Farooq kan?” dia melihat semula ke arah kumpulan lelaki itu. Lelaki berbaju biru itu tersenyum kepada mereka sambil melambai.

Nia turut tersenyum. Farooq merupakan senior mereka di sekolah menengah ketika mereka menuntut di Sekolah Berasrama Penuh. Mereka telah bertemu dengan jejaka itu ketika menyertai Persatuan Pengakap dan Farooq pertama kali menegur mereka.

Setelah kedua-dua gadis itu melanjutkan pelajaran ke luar negara, mereka terputus hubungan. Namun dengan bantuan teknologi, mereka bertemu semula di alam internet. Namun, semenjak di Tingkatan 5 hingga sekarang, mereka tidak pernah bertemu semula dengan Farooq.

“Dia ingat lagi dengan kita, Nissa,” jawab Nia, tersengih-sengih.

“Takkan lah saya nak lupa dengan awak, Cik Nia.”

Nia terkejut. Dia terus memusingkan badannya ke belakang. Matanya membundar melihat Farooq berdiri tegak di belakangnya. “Bukan awak dekat meja tu tadi ke?” soal Nia, masih terkejut.

Farooq tersenyum. “Tadi. Sekarang saya dekat meja ni,” balas Farooq.

Nissa tertawa. “Hai, Encik Farooq. Ingat nama Cik Nia je ke?” soalnya, sambil mengenyitkan mata kepada Nia.

Farooq tertawa. “Eh, nama awak siapa ya? Shizuka ya?”

Mereka bertiga serentak ketawa.

“Saya ingat nama awak. Nissa kan?”

Nissa tersenyum. Farooq memang tampan orangnya. Sewaktu di sekolah dahulu, dia terkenal kerana begitu aktif terlibat dalam kegiatan pengakap. Namun, Farooq tidak pernah mempunyai kekasih. “Duduk lah, Farooq. Dah lama kita tak jumpakan?”

Farooq mengambil tempat antara Nia dan Nissa. Mereka berbual-bual, mengingati zaman sekolah dan bertanya hal rakan-rakan yang lain.

“Hmm…. Lama betul tak jumpa awak. Sekarang ni awak buat apa, Farooq?” soal Nissa.

“Saya bekerja di Binariang sekarang. Hmm… Korang berdua ni buat apa pulak? Tak pun dah kahwin?” soal Farooq kembali, tersengih. Namun dia yakin, kedua-dua wanita di hadapannya mesti telah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

Nia tergelak. “Ha’ah. Betul lah tu. Dah kahwin dah pun. Saya ada anak enam. Si Nissa ni pulak dah anak sepuluh,” jawab Nia. Dia tersengih memandang Nissa.

Farooq memuncungkan bibir. “Itu tipu sangat laa tu. Kita baru 7 tahun tak jumpa. Takkan laa si Nissa ni dah beranak sepuluh. Kalah tikus beranak kalau gitu,” balasnya.

Nissa tersengih. “Si Nia ni memang tak betul sikit. Dia ni doctor gagal sikit,” jawabnya.

“Wah…. Doctor cik adik kita ni. Caya lah! Boleh dapat MC free!” balas Farooq, sengihnya melebar.

“Laa… dah pergi belajar medic takkan jadi arkitek pulak,” tukas Nia. Semeja tergelak dengan jawapannya. “Hmm… MC free? What’s in there for me?” soal Nia, sambil menjungkit-jungkitkan bulu keningnya.

Nissa memonyokkan muka. “Eleh, hampeh je si Nia ni. Dengan kawan dunia akhirat dia ni pun tak nak bagi. Tak beretikalah, apa lah.... Doktor poyo dia nih,” perli Nissa. Namun seketika kemudian, dia tersengih lagi. “Betul tak, Nia?”

Nia tergelak. “Oo…. Gitu ye kau dengan aku, Sa? Nak MC pasal tak nak miss cerita ‘Juana’s Miracle’. Tak larat laa…”

Farooq tergelak lagi. “Laa… Melampau laa. Dah laa cerita tu berapa ratus episodnya. Nak bagi MC hari-hari bankrap laa company Cik Nissa oi.” Dia memandang sekilas ke arah jam tangan yang menunjukkan pukul 2 petang. “Okaylah, Nia dan Nissa. Saya pun kena pergi dulu. Nak pergi memancing dengan member.”

“Hmm…. Pergi mancing apa tu ya?” soal Nissa, tersengih. Nia pula tumpang tertawa.

“Mancing ikan laa. Takkan mancing basikal pulak,” jawab Farooq, juga tersengih. “Anyway, nice meeting you guys. Here’s my card,” jawabnya sambil menghulurkan kad perniagaan berlabel Maxis kepada Nia dan Nissa. “Kontek-konteklah selalu.”

“Insya Allah….”

Nia menolak pintu wad terapi perlahan-lahan. Hari minggu telah berakhir dan dia memulakan tugas seperti biasa. Nia tersenyum mengingatkan ‘girls outing’nya bersama Nissa. Shopping sakan mereka berdua. Setelah makan tengah hari di Deefa, Nissa memandu ke MidValley pula. Di sana, mereka meluangkan masa berjam-jam mencari sut kerja baru, aksesori dan mencuba wangian. Nia paling suka meluangkan masa di MNG, manakala Nissa pula lebih menggemari Topshop.

“Asal keluar dengan kau je, mesti kopak,” ujar Nissa sambil tersengih. Hari itu sahaja, dia telah membeli sepasang sut kerja berwarna violet dan sehelai blaus berwarna sedondon. Atas desakan Nia juga, mereka telah mencuba pelbagai haruman wangian, dan akhirnya, dia tidak dapat mengatakan tidak untuk membeli wangian Dior Addict.

Nia tergelak. Memang sejak dahulu rakan-rakannya sering memanggilnya ‘setan’ ketika membeli-belah. Dia akan berusaha menghasut mereka membeli barangan yang mereka sukai, walaupun harganya agak mahal. “Ala… Kalau kau tak nak Dior Addict tu, haa, bak sini,” balas Nia, tangannya sudah mula menyeluk ke dalam beg hasil beli-belah Nissa.

Nissa menepis tangan Nia yang merayap, sambil sebelah tangan lagi cekap memegang stereng kereta. “Malam sikit. Berpeluh-peluh aku tenyeh Mastercard aku tadi, selamba je kau nak tibai ye?” soal Nissa. “Kau tu laa yang patut bagi aku hadiah. My first wedding present,” sambungnya sambil tersengih.

Nia menjulingkan matanya. “Kepala hangguk laa… First wedding present? Berapa banyak wedding present kau nak?” soal Nia, menunjukkan wajah bosannya terhadap Nissa.

“Ye laa… Setiap bulan musti ada satu laa. Sampai bulan aku diijab kabulkan. Tapi, kalau lepas tu kau nak bagi lagi, niat murni anda tak akan dihalang sama sekali,” balas Nissa, sambil tangannya menggawang-gawang di udara, menunjukkan tanda ‘all clear’.

Nia menjungkitkan kening. “And exactly who are you? The latest Princess of Wales? Huh? Huh?”

Nia tersenyum lagi mengenangkan gelagat Nissa. Setibanya dia di kaunter pertanyaan, Nia menghadiahkan sekumtum lagi senyuman kepada jururawat yang bertugas. “Assalamualaikum Yati. Macam mana keadaan Tengku Eliana hari ini?” soalnya.

“Waalaikumsalam doctor. Tengku baru sedar semalam. Semua stabil doctor,” lapor Yati sambil menyerahkan laporan pesakit kepada Nia. “Sayang betul doctor dengan Tengku ya?” tambah Yati lagi. Dia amat maklum, Nia memang selalu mengambil berat tentang pesakit kanak-kanak atau remaja. Sudah lama wad pembedahan itu tidak menerima pesakit seusia Tengku Eliana. Oleh yang demikian, Nia amat memberi perhatian kepadanya.

“Mana ada, Yati,” balas Nia, matanya tidak lepas dari membaca laporan kesihatan Tengku Eliana. “Hmm… Bagus. Bilik dia masih yang lama tu ke?” soalnya lagi.

Yati mengangguk. “Ya. Doktor nak pergi melawat ke?” soal Yati, kehairanan. Semua maklum dengan perangai Tengku Eliana. Pesakit keturunan kerabat diraja itu memang semacam sedikit kerenahnya. Maklumlah anak orang-orang besar. Dia telah menjalani pembedahan mengeluarkan besi yang tertusuk ke dalam pahanya ketika kemalangan jalan raya. Tengku Eliana mengalami kecederaan teruk. Setelah tamat sesi pembedahan, dia ditukarkan ke wad terapi. Kecederaan pahanya membuatkan dia lumpuh.

Nia tersenyum. “Hmm…. Kalau saya tak melawat dia, siapa lagi nak melawat dia, Yati?” ujar Nia. Baginya, Tengku Eliana memang sedikit bermasalah. Namun, sebagai doctor yang ditugaskan dalam kes remaja itu, Nia tetap menjalankan tugas. “Dia ada buat hal lagi tak?”

Yati membulatkan matanya, tanda bermula sesi gossip antara mereka. Nia tersengih. “Doktor tahu, semalam, sewaktu Jaya nak bagi dia makan, apa dia buat?” ujar Yati bersungguh-sungguh.

Nia memuncungkan bibir. “Manalah saya nak tahu. Kan saya off semalam.”

“Dia tepis tray makanan tu, dan tolak Jaya. Sampai jatuh minachi tu dibuatnya!” sambung Yati lagi. Spontan mata Nia terbeliak. Mak oi! Ganas betul untuk seseorang yang tempang!

“Habis uniform Jaya, doctor. Kitorang yang lain pun hairan. Apa dah naik sewel apa perempuan tu?”

Nia mengulum bibir. Kadang-kadang, tak larat juga kepala otaknya memikirkan pasal mentee yang satu ini. “Yati kena faham. Mungkin apa yang dilakukan oleh Eliana tu agak….well,” kata Nia mati, otaknya ligat mencari perkataan yang lebih sesuai. “Macam orang sewel, tapi, dia dah tak boleh jalan,” jelas Nia. “Bayangkan, malam ini awak tidur, esok pagi awak tak boleh nak jalan. Tak cuak ke awak?”

“Tapi doktor, takdelaa sampai nak menyusahkan orang lain, ya tak?”soal Yati lagi. Perasaan meluat terhadap gadis berumur 16 tahun itu ditolak jauh-jauh, memikirkan etika kerja yang perlu dipatuhi. “Lemak laa kan, doctor.”

Nia tertawa. “Lemak ke, protein ke, nanti saya sambung sembang dengan awak. Lagipun, saya kena cepat ni. Okay Yati, take care.”

Pintu bilik 506 dikuaknya perlahan. Kelihatan seorang gadis berambut panjang sedang baring di atas katil, membelakangi Nia. Tengku Eliana melemparkan pandangan ke tingkap, langsung tidak berminat untuk mengetahui siapa pelawatnya. Semenjak tiga minggu lalu, pelawat datang dan pergi. Tinggal sejambak bunga, kemudian terus pulang. Kadang-kadang Eliana rasa seperti dirinya telah meninggal dunia di kelilingi jambangan-jambangan bunga itu.

“Mak ai, banyaknya bunga….”

Telinga Eliana menangkap bisikan suara Doktor Hyrena. Eliana buat tidak endah. Baginya Doktor Hyrena kelihatan amat muda untuk menjadi seorang doktor yang layak mengubatinya. Entah, mungkin dia akan berasa lebih yakin sekiranya seorang doktor yang beruban dan layak digelar datuk merawatnya. Baginya, Doktor Hyrena kelihatan naïf, apatah lagi dengan dressingnya yang bergaya, walaupun bertudung. She just knows how to look pretty. Capacity ‘up there’ may be nil, zero, zilch, tukas hatinya.

“Assalamualaikum Eliana. How are you feeling today?” soal Nia, sambil matanya memandang sekilas lalu terhadap tubuh Eliana.

Eliana tidak berpaling. “Peachy, doctor. The feeling you have bila kaki you lumpuh,” balas Eliana. Dia tidak berminat untuk bersembang dengan sesiapa.

Nia tersenyum. Mungkin harapannya untuk melihat Eliana berbicara secara sivil dengannya terlalu tinggi. “Hmm… I feel the love. Anyway, you dah breakfast?” soal Nia lagi. Dia tahu dia mencari pasal, namun, dia akui dia suka mencari pasal dengan gadis sunti itu. Dia mengenali sifat Eliana. Nia juga cukup sinis terhadap sesiapa ketika di zaman remajanya. Pertemuannya dengan Eliana, pendek kata, bak buku bertemu ruas.

Akhirnya Eliana memalingkan muka untuk menghadap Nia. Keningnya yang dicukur kemas dijungkitkan. “If you call the undercooked rice breakfast, then, it’s a yes.”

Nia mencapai carta di hujung katil Eliana. “That undercooked rice has a name, Eliana. Try ‘bubur’,” balas Nia, langsung tidak melihat ekspresi wajah Eliana. “Anyway, esok, Insya Allah you akan start therapy. It may cause you a lot of pain, tapi….”

Eliana terkejut. Tidak cukupkah beban yang melanda apabila dia tersadai di atas katil itu seorangan? Eliana tidak bersedia untuk terapi. Baginya, kakinya kelihatan seolah-olah langsung tidak berfungsi. “Siapa yang buat keputusan ini, doctor? You can’t make decision on your own! You have to discuss with my physician! Kaki I masih tak sembuh sepenuhnya!” jerit Eliana.

Nia menarik nafas dalam. Mood Eliana seperti itu bukanlah satu berita baik. “Eliana, bukan I seorang yang buat keputusan ini. Doktor-doktor surgeri Eliana semua telah berbincang dengan pakar terapi dan keputusan telah dibuat. And, I happen to be your physician, Eliana,” ujar Nia.

Wajah Eliana semakin berapi. Doktor gullible ini telah dijadikan doctor peribadinya? “Who died and left you in charge?” soal Eliana lagi, kasar.

Nia menjungkit bahu. “Oh, probably someone who couldn’t stand you?” balas Nia. Dia sendiri hampir tergelak bertikam lidah dengan seorang budak. “Listen, Eliana. Kaki you sudah physically sembuh. Alhamdulillah. Secara physiologically, ada respon yang baik. Ibu jari kaki you dapat bergerak-gerak. Lutut you juga bertindak balas terhadap refleks. Contrary to common beliefs, you tak lumpuh.”

Muka Eliana masih mencuka. Namun dia tidak membalas apa-apa kali ini. Pertama kali Doktor Eliana bercakap secara professional dengannya. Semenjak dia terlantar di SJMC, tiada sesiapa pun yang pernah menjelaskan keadaan kesihatannya secara terperinci. Eliana bosan. Dia sudah besar. Dia berhak mengetahui segalanya.

Nia menapak menghampiri katil Eliana. Wajah Eliana dipandang dalam. “Biarpun tragedi yang menimpa itu pahit, hidup kena diteruskan. Kaki you cedera, namun syukur you masih boleh sembuh,” jelas Nia. “You are sixteen. I bet you have lots of friends. You tak nak ke sambung sekolah? You are very bright, Eliana. Jangan hancurkan masa depan you because of this negative vibe you have.”

Eliana membisu. Dengan itu, perlahan-lahan Nia keluar dari bilik itu.

2 comments: