Monday, December 22, 2008

Sesuci Cinta episod 14 (finale)

Sweet Hard Hand By Hadiah


Stockholm?

Nia memohon maaf seraya dia terlanggar bahu seorang wanita. Dia menghela nafas. Balai berlepas penerbangan antarabangsa KLIA berpusu-pusu dengan manusia. Sudah, getus hati Nia. Ke mana yang harus dituju? Penerbangan apa? Kaunter apa? Ke Is sudah melepasi kastam?

Fikirannya berbaur. Gembira, kerana akhirnya dia dapat menerima hakikat cintanya terhadap Is. Resah, kerana Is tiada di hadapan mata. Takut, sekiranya Is berubah fikiran dan menolak cintanya.

Pagi ini lain dari pagi-pagi biasanya. Malam tadi dia bermalam di bilik residensi bersama Fara, rakan seresidensi. Dalam mimpinya sekali lagi muncul wajah Is, penuh berseri-seri di sebalik cahaya yang menerangi. Nia yakin dengan petunjuk yang Allah berikan. Usai solat Subuh, telefon bimbit Is didail.

Namun hanya suara gadis Maxis yang menyahut.

Nia tidak berputus asa. Tepat jam 8 pagi, dia meneruskan usaha menjejak Is di pejabat. Sekali lagi hampa. Latifah yang menjawab panggilannya.

“Encik Iskandar outstation for the next two weeks, Cik Hadiah,” jawab Latifah lembut.

Nia terkejut. Padanlah telefon bimbitnya dimatikan. ‘Takkan merajuk begitu sekali?’. Dia menarik nafas panjang. “Er, Tifa. I’m sorry, but if you don’t mind me asking, Encik Is outstation ke mana?”

“Stockholm untuk uruskan tender Roche Limited,” balas Latifah tanpa ragu-ragu.

Jantung Nia gugur ke lantai seramik SJMC. “Stockholm, Sweden?” ulangnya lemah.

“Ya. Em, kalau tak salah, flightnya around pukul 11 pagi ni.”

Baju scrub yang dipakainya dibuka tergesa-gesa. Pedal minyak Honda Jazz ditekan sambil dia mengawal stereng membelah lebuhraya ke Sepang. Pukul 8.30 pagi. Kebanyakan warga kota sudah selamat berada di pejabat masing-masing dan jalan agak lengang. Nia memanjatkan rasa syukur.

Namun, sekarang seraya dia berdiri di KLIA, fikirannya buntu. ‘Think, Nia. Tengoklah information board tu,’ marah Nia kepada diri sendiri. Segera matanya diarahkan ke papan kenyataan elektronik, mencari maklumat pesawat ke Stockholm. ‘Takde! Connected flights ke?

9.47 pagi.

‘LH2889 KUL – STO 1055 29’

Nia mengalihkan pandangan dari papan elektronik itu. Telefon dicapai. Butang redial ditekan. Hatinya tidak putus-putus memanjatkan doa.

“Hello. And I’ve been waiting forever for you to spot me.”

Hati Nia melonjak gembira. “Is!”

Is ketawa di hujung talian. “Hai sayang. Nice to hear from you too.”

Nia tersenyum. Dia dapat merasakan degupan jantungnya melebihi dari normal. Tachycardia around Is? “Kau kat mana ni?”

“If you love me enough, your heart will lead you to me,” gurau Is bersahaja.

Nia menggigit bibir. Dia berjengket, cuba mendapat view terbaik. Muka manusia yang memenuhi balai berlepas itu diperhatinya satu persatu. “Is… I’m about to have a cardiac arrest here…”

Is ketawa lagi. “It’s okay. One of us obviously can make up to the losses, so I’ll let my heart lead me to you,” bisik Is.

Ahh, Is dan kata-kata manisnya. Nia termalu. Namun dia tidak berputus asa mencari kelibat Is.

“Dah puas berjengket?”

Mata Nia membundar. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya ke arah empunya suara. “Is…” tutur Nia perlahan, telefon bimbitnya masih ditekapkan di telinga.

Is tersenyum. Hatinya bahagia melihat wanita yang dicintai berada di hadapannya. “You look beautiful,” sambung Is lagi melalui telefon.

Nia ketawa akhirnya. Telefon dilipat kembali. “Kenapa nak pergi Stockholm tak cakap dengan orang?” soal Nia.

Is menjungkitkan kening. “Macam mana nak cakap. Orang tu sibuk nak larikan diri, nak buat macam mana.”

Nia tersengih. “Ni kira kes merajuk bawak diri ke Sweden lah ni?” soal Nia lagi, hilang rasa segan yang menyelubungi diri.

“Bukan merajuk. Nak pergi cari lagi satu. Nak cukupkan kuota,” balas Is selamba.

“Ya?” soal Nia, tersenyum.

“On second thought, yang satu ni pun tak larat nak terkejar-kejar. I think, I’ll stick to her for awhile,” tutur Is lagi, turut tersenyum.

Nia pula menjungkit kening. “Siapa ya? Kenapa tak introduce pun?’

“Eh, she’s kinda hard to miss, actually,” balas Is, briefcasenya ditukar ke tangan satu lagi. “She’s beautiful, the type that takes your breath away. Sederhana tinggi, kulit cerah. Suka tersenyum dan ketawa. A very nice woman with a kind heart. She’s a doctor, actually. And she’s always around this handsome guy. Hmm… wonder if he’s her fiancée,” tutur Is, meraup dagu. “And yes, currently she’s wearing a blue diamond ring, and her hand,” kata-kata Is berhenti. Dia mencapai tangan kanan Nia dan menggenggamnya lembut. “Is wrapped in mine,” sambung Is, tersenyum.

Giliran Nia pula tersenyum bahagia.

****************************************************************

Hadiah ~ At last! Tamatlah sudah part 1 of Sesuci Cinta. Penat jugak nak berjiwang karat ni ya? Terima kasih atas sokongan, kata-kata perangsang yang diberikan... It always makes my day to read the comments given. Buat masa skrg, Hadiah nak kasi Nia dan Is berehat. Insya Allah, within a week or so, Hadiah akan present a new storyline. Tak tahu lah apa pandangan pembaca for this new material. Don't quit on Nia and Is, ok? This is only the beginning....


Glossary

*Asimptomatik - keadaan di mana sekiranya seseorang pesakit menjadi carrier sesuatu virus atau bakteria atau apa-apa pathology yang lain tanpa kehadiran sebarang simptom.

*Tachycardia - accelerated heart beat, slalunya due to asthma ke, apa-apa cardiac pathology, then kalau penat lari naik tangga pun boleh tachycardia (tak fit lah tu. Hehhe...)

13 comments:

  1. wahhh.canm tue jerr...hmmmm..waiting for 2nd episod ...gud job

    ReplyDelete
  2. aik..de part 2 ker nana..?

    besh2....

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  3. nie part1 ke??
    mean de yg ke2?agaga.sweetnye
    xsbr.
    besh2.na`dz

    ReplyDelete
  4. best lah cite ni! nak bc part 2 plak!

    ReplyDelete
  5. Sweet betul Nia dan Is tu. x sabar nak bc yg part 2 pulak. ^_^

    ReplyDelete
  6. ada next part ker???
    cepat2 la sambung yer......

    ReplyDelete
  7. nice story... well nak sangat kenal siapa 'hadiah' nie... 'hadiah' ni memang tangan yang memberilah..

    ReplyDelete
  8. suke cite nie...g00d job of you writer...
    buat lagih citer y best2 cmnie..
    hehe..
    luv IS...hehe

    ReplyDelete
  9. fuh!!.. abiss part 1.. layannn.. baru jumpa blog nih. :P.. layan cite balqisku lak :)

    ReplyDelete
  10. wah bst giler citer ni
    tak sbr nk bc the next second part
    waiting for it

    ReplyDelete
  11. impress..cite yg sgt baik..congrats to you..tp bile dh smbg, konflik jgn trk2 sgt ye.nnt xbest.huhu.

    ReplyDelete