Monday, December 22, 2008

Sesuci Cinta Episod 13i

Sweet Hard Hand by Hadiah

Tengku Shafiq mengurut dada. Batuknya tidak juga surut. Terkokol-kokol sejak kembali dari Bukit Merah.

Stereng kereta dikawal dengan cekap. Jalan raya di sekitar Ampang menuju KLCC sesak seperti biasa. Minyak ditekan cuma pada kadar 50km/j. Tiba lampu merah, dia menekan pedal brek.

Tengku Shafiq memerhati tapak tangannya yang cekap memegang stereng. Ada bintik-bintik kemerahan di situ. Sudah beberapa hari tidak juga hilang-hilang. Krim dermatologi dari Boots juga telah dipakai, tidak menunjukkan perubahan.

Kadang-kadang Tengku Shafiq diselubungi rasa takut. Tujuh tahun berlalu. Asimptomatik. Namun, sebagai seseorang yang berkecimpung dalam bidang perubatan, dia tahu prognosis dan manifestasi yang sepatutnya diambil kira. Mungkin dia tidak mahu menerima hakikat, atau pun mahu lari dari takdir. Apa-apapun, semuanya sudah tiada makna.

Tujuh tahun. Selama tujuh tahun jugalah dia dihantui kemungkinan dan kemusykilan. Seingatnya, dia pernah mengambil jalan mudah. Dia terima apa balasan Tuhan kepadanya. Dia tidak pernah terfikir untuk bertemu dan jatuh cinta sekali lagi dengan Hadiah Hyrena. Dublin dan Kuala Lumpur dua dunia berbeza.

Tengku Shafiq bersoal-jawab dengan diri sendiri। Mampukah dia menghadapi segalanya seorang? Salahkah dia?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Komitmen?

Benarkan Nia takut pada komitmen? Pada firasatnya, dia pernah meletakkan komitmen ke atas beberapa perkara penting dalam hidupnya. Komitmen terhadap keluarga. Terhadap universiti sehingga lahirnya seorang lagi doktor wanita di bumi Malaysia. Komitmen terhadap wangian kesukaannya ‘Allure’. Komitmen terhadap Gilmore Girls dan Futurama. Kenapa tiba-tiba Nissa mempersoalkan komitmen Nia?

“Sampai bila kau nak takutkan komitmen Nia? Sampai satu tahap, kau kena berserah kepada takdir dan menerima apa yang Allah aturkan untuk kau,” bebel Nissa. Inai di jari masih memerah.

Nia melemparkan pandangan ke arah Selat Melaka. Rasanya, setiap kali mereka ke pantai Morib, soal hati dan perasaan pasti tidak jauh dari agenda utama. Pening rasanya. “Siapa cakap aku takutkan komitmen? I’m very committed to my work, thank you very much. Do you see me quitting anytime soon?” soal Nia kembali, tidak puas hati dengan tuduhan melulu sahabatnya.

“Apa kau akan kahwin dengan kerjaya kau tu? I’m not questioning your loyalty towards your career. Itu siapa pun tak ragui. Doktor Nia, siapa tak kenal di SJMC. Residen muda. But how about your personal relationship huh, Nia? Bila kali terakhir kau betul-betul sayangkan seseorang?”

Nia terdiam.

“Just what I thought,” tutur Nissa, puas hati.

Nia menjungkitkan kening. “Nissa, I can be committed to somebody. Buktinya, our friendship survived although aku di Dublin dan kau di Tokyo. You ought to give me some credits here,” tukas Nia.

“Komited? So diam tanpa kata-kata dan terus berlalu tu salah satu tanda kau komited ke?” perli Nissa lagi. Pedas.

Nia tunduk. Agak sukar untuknya membalas kata-kata Nissa kali ini.

“I’ve never done that to you, I swear,” balas Nia lembut.

“Tapi kau buat begitu kepada Is!” tukas Nissa lagi. “Bukankah Is sahabat dunia akhirat kau juga? Sahabat yang kau sayang seperti mana kau sayangkan aku? Sahabat yang kau tak pernah guris hati dan perasaannya?” ujar Nissa bertalu-talu. “Congratulations, Nia. I think you have just managed to place the first scratch in your friendship with Is.”

Nia mengangkat muka. Dia merenung wajah Nissa yang memerah. “Please don’t say that,” ujar Nia, suaranya mendatar.

“The damage has been done, dear,” balas Nissa, sedikit berlembut. “Kau sahaja yang ada kuncinya.”

“I do?” soal Nia, agak samar dengan maksud tutur kata Nissa.

Nissa menghela nafas panjang. Nampaknya sahabatnya masih ragu-ragu tentang impak dirinya ke atas jejaka bernama Is itu. “Nia, do you know by walking away, you had put a knife into Is’ heart?”

Nia menggigit bibir. “Aku jadi kaget, Nissa. Aku tengah senang hati ketawa dengan dia, I didn’t even see the ring coming,” terang Nia perlahan. “I was just… too taken aback for words.”

Nissa menjungkit kening. “After the years and a Tiffany’s later, you honestly didn’t see it coming? You have got to be kidding me, Nia,” ujar Nissa, tersenyum kecil. “Naif jugak kau ya?”

“Hey, that’s not nice,” tutur Nia, pura-pura merajuk.

“Nia… Niat Is ikhlas terhadap kau. Especially sejak kau balik dari Dublin dan dia dari buat masters di UCLA. Do you know how he deals seeing you everyday, tapi dia tak boleh luahkan perasaan dia terhadap kau? Dia pun rasa apa yang kau rasa. Dia takut kehilangan apa yang kau berdua telah established selama sepuluh tahun ni. Bayangkan perasaan dia setelah kau beredar tanpa kata-kata? If I were him, I would freak out,” jelas Nissa satu persatu.

“Those ten years have been wonderful, Nissa. Kenapa tiba-tiba dia mahu jeopardize hubungan kami? It was perfect, Nissa. You knew it yourself,” tukas Nia. Dia tidak mahu mengalah.

Nissa menepuk dahi. Ternyata dia penat berdebat dengan Nia. “Kalau dah wonderful, apa salahnya hubungan korang naik to the next level? Make in more beautiful, Nia. Kau tak harus takut dengan komitmen sekiranya the guy offering himself to you is perfect for you in every way. Kau rasa apa yang dia rasa. Is tak salah untuk cuba mendekati kau,” pujuk Nissa lagi.

Nia terdiam semula.

“Sampai masanya kau buang kenangan buruk kau bercinta dengan Shafiq. He was a past tense, dear. Tak adil bagi kau melukakan perasaan Is dan hati kau sendiri kerana perkara yang telah lima tahun berlalu.”

“How do I do that, Nissa?”

“Call him.”

1 comment:

  1. fkr yg sebaiknye la nia..
    jgn plak smp tlepas is nnt...:)

    *swit hanna*

    ReplyDelete