Monday, December 22, 2008

Sesuci Cinta Episod 12(ii)

Sweet Hard Hand By Hadiah


Nia melemparkan senyuman terhadap Is yang masih jauh. Lelaki itu tampak semakin kacak dan berkarisma berbaju melayu warna hijau tua. Is menghampiri Nia yang sibuk menyusun bunga telur.

“Assalamualaikum warahmatullah. Eh, tadi baru nampak pengantin perempuan di luar. Kenapa ada lagi seorang di dalam?” soal Is, tersengih.

Nia menggeleng-gelengkan kepala. “Waalaikumsalam. Nak perli lah tu. Abah dengan ayah mana?”

“Diorang pergi tengok khemah masak. Meriah ya buat majlis begini? Kalau masak sendiri, instead of catering, makin erat ukhwah antara jiran tetangga,” ujar Is. “And you look beautiful, macam pengantin,” tambahnya lagi, nada suara sengaja dilembutkan.

Nia tersenyum. Dia memandang wajah Is yang tenang. “Are you trying to get into my good book?”

“I have no doubt my name is already engraved there,” balas Is lagi, matanya tidak berkelip.

“Konfidennya. Kau memang takde masalah ya bab-bab self-esteem ni?” soal Nia lagi.

“Babe, I am the self-esteem.”

Nia tertawa. “You are too much.”

Is tersenyum. Dia memerhatikan sahaja Nia menarik bunga telur satu persatu dari spannya dan dimasukkan ke dalam bakul. “Thank you for being a good sport. I really appreciate it, you know,” tambah Nia lagi.

Is mengangguk. “Tak guna memanjangkan sengketa. I’ve grown out of it. I admit I was being rather immature earlier.”

Nia tersengih. “Tau, takpe.”

Is menyeringai. “Oh, pandai ya?”

“Eh, mestilah. Belajar jauh-jauh kalau tak pandai jugak, tak ke sia-sia?”

Is pula ketawa. Rindunya terubat untuk menatap wajah Nia yang telah tiga hari meninggalkan Kuala Lumpur untuk menemani Nissa. Mereka terdiam seketika, melayan perasaan masing-masing.

“Kalau kita nikah nanti, kita buat gotong-royong juga, setuju tak?” soal Is, selamba.

Nia menjeling Is. “Siapa nak nikah dengan kau ni?”

“Kau lah, Hadiah Hyrena Hamzah. Siapa lagi?”

“Eh? Bila pulak kita buat janji ni?” soal Nia lagi. Terasa tusukan pandangan mata Is terhadapnya. Sengaja memfokuskan konsentrasinya terhadap bunga telur di tangan.

“Mm… Rasanya dalam sepuluh tahun lalu,” ujar Is lagi, lembut.

Nia terdiam. Ingatannya kembali kepada kenangan sekolah menengah. Seolah-olah semalam dia berkenalan dengan Is di gelanggang bola keranjang SEMESTI. Tidak sangka, pertemuan singkat itu berjaya membuahkan persahabatan yang berlanjutan sepuluh tahun lamanya.

“We were meant to be together then, and we are meant to be together now too,” ujar Is lagi.

Jantung Nia berhenti berdegup.

“Is! Lama tak nampak!”

Is menarik nafas panjang. Dia melemparkan senyuman dan berjabat tangan dengan rakannya. Nia tersenyum dan mendiamkan diri. Pura-pura khusyuk mencabut bunga telur sambil mendengar Is dan rakannya bersembang.

Apabila bakul rotan yang dihias riben penuh dengan bunga telur, Nia meminta izin untuk berlalu.

Is hanya mampu memerhati dengan ekor mata.

“So, how does it feel, champ? Kasi lah can team lain menang pulak,” komen Is terhadap Eezwan.

Eezwan tersengih-sengih memandang Is dan kakaknya. Dia menyeka peluh yang mengalir di dahi. “Eewan dah pernah try nak kasi can, susahlah. Kaki asyik nak score je,” balas Eezwan. Botol air Spritzer yang diserahkan oleh kakaknya disambut.

Nia ketawa, senang hati melihat kejayaan pasukan bola sepak adiknya. “Mulalah nak riak tu. Macam mana lah team Malaysia nak menang Tiger Cup. Baru peringkat daerah, dah riak tak hingat.”

Eezwan turut ketawa. “Apalah akak ni. Tiger Cup ada Khalid Jamlus je. Defender Eezwan Hamzah takde nak support.”

Is menggeleng-gelengkan kepala, lucu melihat kedua-dua beradik di hadapannya. “So, Khalid Jamlus, nak pergi lunch mana? My treat,” tutur Is. Memang menjadi kebiasaan, setiap kali tamat perlawanan bola sepak Eezwan, mereka bertiga pasti akan makan tengah hari bersama-sama.

“Eewan! Congrats, man! Dahsyat aa corner kau tadi!”

“Hey Aidid!” sahut Eezwan. Rakannya Aidid meletakkan sebelah tangan di bahu Eezwan. “Thanks, dude. Kau pun not bad passing tadi. Cun.”

Aidid tersengih. Dia mengalihkan pandangan kepada Nia. “Kak Nia, my sweetheart! Abang Is pun ada. Lama betul Kak Nia menyombong dengan Aidid. Ada patient cun-cun macam Eliana lagi tak?”

Nia ketawa lagi. “Aidid darling, siapa yang menyombong ni? Awak tu yang lama tak datang rumah.” Is di sisi turut ketawa melihat telatah Aidid. “Sekarang ni banyak makcik-makcik umur 50 tahun gitu. Lawa-lawa tau. Aidid nak berkenalan?”

Aidid mengerutkan hidung dan bibirnya. “Down lah Kak Nia ni. Mana aci introduce awek lawa-lawa dengan Eewan je. Dia ni tak payah introduction pun dah cukup havoc. Muka jambu lah katakan.”

Eezwan menyiku sahabatnya. “Hangguklah kau.Drop my water face betul,” komen Eezwan ringkas.

“Eezwan, stop crawling and start walking, man! The Burger King ain’t gonna crawl back to you!” laung Ivan, pemain midfielder dari tepi padang. Beberapa pemain VI yang lain turut ketawa. “Kak Nia, come join us!”

“Jomlah star player. Yang lain penat dah tunggu kau. Kak Nia dan Abang Is nak join sama?” ujar Aidid.

“Kalau macam tu, Eewan pergi je lah. Go have fun. Nanti akak cakap dengan mama Eewan balik lambat, okay?” balas Nia, tidak mahu kebebasan anak-anak muda itu tersekat dengan kehadiran dia dan Is. Dia melambai ke arah Ivan, anak muda Eurasian berdarah Cina-British. “Have fun, Ivan. I’ll see you around, okay?”

Setengah jam kemudian, kereta yang dinaiki Is dan Nia meluncur di atas lebuhraya menuju ke Bukit Jalil. Cadangnya mereka ingin meninjau rumah berkembar dua tingkat milik Is yang baru beberapa bulan tamat pembinaan. Rumah yang dibeli dua tahun lalu merupakan pelaburan aset pertama Is sejak bekerja dan mendapat gaji sendiri.

“Isk, seronoknya aku tengok rumah kau,” tutur Nia sebaik sahaja dia membuka pintu pagar rumah baru Is. “Tak boleh jadi, lepas ni aku pun nak beli rumah jugak,” sambung Nia lagi, menanam azam.

Is tersenyum. “Dulu aku ajak tak nak beli. Sekarang apa macam? Jealous?”

Nia tersengih. Dia menolak daun pintu kayu yang baru dibuka kunci oleh Is. “Agak jealous jugak lah. Aku lebih interested beli tanah. Nanti boleh buat dusun,” tambah Nia lagi. Dia meninjau keadaan ruang tamu rumah Is. “Look! Kau ada patio!”

“So, aku berjaya menjealouskan kau lagi, or what?” soal Is. Dia merapati Nia yang berdiri menghadap sliding door kaca di patio.

Nia memusingkan badan untuk menghadap Is. “I’m officially jealous. Boleh tak aku tolong decorate this room?” tutur Nia. Matanya mengharap.

Is menjungkit kening. “Are you sure you won’t mind the responsibility?”

Nia menjuling mata. “Hello? I was the one applying for it,” balas Nia. “So, do I get the the job?”

Is terdiam. Dia menyeluk tangan ke dalam saku seluarnya. “On one condition though.”

Nia tersengih. “Okay. As long as aku boleh decorate this room,” balas Nia gembira.

Is tersenyum. Dia menarik nafas dalam. “Kalau macam tu,” tuturnya perlahan. Sebuah kotak baldu dikeluarkan dari saku. Tangan Nia diraih. Kotak itu kini beralih tangan.

Nia tergamam.

“I would like you to give us a thought. Aku rasa cukuplah sampai di sini charade kita. We’ve been pretending for way too long,” tutur Is, suaranya mendatar. Kedua-dua tangannya diselukkan ke saku seluar. Gementar. “Setiap kali aku ucap kata sayang kepada kau, it is as if Allah regards it as a do’a. There’s no pretense behind the word anymore, Nia. I truly love you.”

“Aku nak bina hidup bersama dengan kau. A Baitul Muslim with you. Selama sepuluh tahun mencari, I’ve always come back to the start: you.”

Is merenung mata Nia. Gadis itu tidak keruan. Pandangan dilarikan ke taman di luar. “I want to go home everyday to you. I want to share your every laughter, your every tears. I want to be more than a friend, Nia.”

Nia masih lagi terdiam. Wajahnya yang memerah kini ditundukkan. Is akur.

“Take your time, sayang. I don’t want to place any pressure on you. The house is yours to decorate. Apa-apa pun keputusan kau selepas ini, aku akan terima dengan redha."

11 comments:

  1. waaaa...
    giler sweet..
    ntah npe ntah..
    aku trsee touching plak ngn ayt si is nieh..
    haih...
    ske2...

    ReplyDelete
  2. “I would like you to give us a thought. Aku rasa cukuplah sampai di sini charade kita. We’ve been pretending for way too long,”
    gentle nyer is propose..so swttttt....

    “Setiap kali aku ucap kata sayang kepada kau, it is as if Allah regards it as a do’a. There’s no pretense behind the word anymore, Nia. I truly love you.”
    wah tserlah k'charming'n is...suke sgt2...in luv wif is...


    “Aku nak bina hidup bersama dengan kau. A Baitul Muslim with you. Selama sepuluh tahun mencari, I’ve always come back to the start: you.”

    a'ah klu dh jdh..jauh mana pun akan bjumpa gak jdh tue..even 10 thn mcari yg lain...besh2...

    “I want to go home everyday to you. I want to share your every laughter, your every tears. I want to be more than a friend, Nia.”
    dat sound so gud n lovingly...:)

    hrp2 nia pertimbgkn seadanyer...
    sukenyer klu dia accept lamaran is...asyikkkk....
    layannnnnnnnnnnnnn.....

    xsabo tunggu esk...

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  3. part nie plg besh2...

    at last..is admit n propose si pujaan hati...
    go go is...
    so charmingly laa....

    hope la nia say 'yes,i do'..

    can't wait 4 2moro...:)

    ReplyDelete
  4. nk tambah agie...hehe...

    “We were meant to be together then, and we are meant to be together now too,”
    besh nyer ayat is nie..cair hati den..hehe...
    btuahnye nia...:) :)

    hope dorang akan bsatu nyer...

    ReplyDelete
  5. walaupun lea dh baca citer ni.. but lea still nak baca sekali lagi ending dia.. hehe.. mmg sweet habis ending citer ni.. huhu..

    ReplyDelete
  6. yeh akhirnyer Is lamar nia...
    waduh makin seronok tol citer nie
    xsabar teman nk tau next citer antara IS n Nia..
    hope diorg kawin yer

    ReplyDelete
  7. yahoooo!!!
    sy owg first comment this chapter...
    hehe...
    yeyeye!!..
    is and nia :)
    ......................

    ReplyDelete
  8. bestnyerrr...romantiknye Is.....

    ReplyDelete
  9. so sweet...., tharu bila is bt cm2 kat nia

    Take your time, sayang. I don’t want to place any pressure on you. The house is yours to decorate. Apa-apa pun keputusan kau selepas ini, aku akan terima dengan redha."

    ReplyDelete
  10. sweet giler beb... I wish Is will be mine... Nia just terima..

    ReplyDelete