Monday, December 22, 2008

Sesuci Cinta episod 12(i)

Sweet Hard Hand By Hadish



“Perfect,” bisik Nia ke telinga Nissa. Dia melihat pantulan wajah mereka di cermin meja solek Nissa. “You look so beautiful, babe.”

Nissa tersenyum kegirangan. Senyuman bagaikan aksesori yang melengkapkan busananya malam itu. Kain sutera berwarna krim bertatahkan mutiara kecil menjadi pilihan. “Terima kasih. Itu pun kau yang teman aku pergi shopping material nak buat baju ni kan?”

Nia mengangguk, senyuman melebar. Hatinya kagum melihat keayuan Nissa di malam akad nikahnya. “Ala, setakat pilihkan kain, apalah sangat. Aku ikhlas ni puji kau. So, take it or leave it,” usik Nia lagi.

Nissa terkekeh. “Hampeh. Okay, I take it,” balas Nissa, menyambung gurau Nia. Tangan sahabatnya dicapai. Nia memahami.

“Kau cuak ya?” soal Nia, tersenyum.

Nissa mengangguk perlahan. “Agak cuak.”

“Zikirlah, Nissa. Tenangkan hati kau. For your information, aku pun agak cuak sekarang,” balas Nia sambil tersengih.

Nissa menjeling. “Well, that’s really helpful.”

“Kau dah siap ke achik?”

Nia dan Nissa serentak berpaling ke arah empunya suara. “Dah, along. Orang dah nak sampai ke?” soal Nissa kepada kakak sulungnya.

Nur Khalida mengangguk. “Abang Halim call. Diorang baru habis solat jemaah di masjid. Tak lama lagi sampai lah tu.” balasnya. Dia tersenyum melihat adik bongsunya. “Nasib baik tu baju kahwin kau, achik. Kalau tak dah lama aku mintak buat baju raya aku je,” gurau Khalida.

Nia ketawa. “Apa ni, Kak Ida? Kat Chow Kit 2 pasang baru RM50. I thought you have better taste than that,” sampuk Nia lagi.

Khalida turut ketawa. Nissa pula sibuk mencubit sahabatnya. “Kurang asam betul,” ulas Nissa.

Khalida mengambil tempat di atas katil pengantin yang dihias indah. Matanya dilirikkan ke arah jambangan bunga ros kuning yang menghiasi kepala katil. “Bunga tu jangan siapa-siapa pulak kebas. Along dah cop,” ujarnya lagi sambil tersengih. “Kau bila pula, Nia? Takkan takde doktor yang boleh pakai kat SJMC tu?”

Nia menggaru kepala, tersengih. “Alamak Kak Ida ni…”

Khalida tersenyum melihat reaksi Nia. Dia maklum situasi gadis itu. Memang agak ralat ketika mendengar cerita dari Nissa. Khalida kenal dengan Is ketika adiknya masih bercinta dengan lelaki itu. Namun dia juga akur, jodoh adiknya dengan orang lain.

“Anak daranya dah siap ke? Aku dah penat dah pusing kampung ambil gambar, tapi gambar pengantinnya satu pun takde lagi.”

“Tikah!” Nia terjerit kecil melihat sahabat lamanya muncul di birai pintu. Atiqah Ismail yang dikenali sejak zaman sekolah berasrama turut ketawa melihat Nia. Mereka berpelukan.

Terpegun. Nia memandang Atigah sambil menggeleng-gelengkan kepala. “Masya Allah, lama sangat aku tak nampak kau, Tikah,” ujar Nia. “Ada kemajuan dalam ketinggian kau,” gurau Nia.

Mereka tergelak. Atiqah memang selalu diusik kerana saiz badannya yang agak kecil. Dia turut terkekeh mendengar komen Nia. “Tak boleh pakai betui la hang ni, Nia. Nama je doktor. Aku dah 27 tahun ni mana boleh meninggi lagi dah.”

Nia memeluk sahabatnya sekali lagi. “Subhanallah, jumpa juga kita ya, Tikah. Rindu betul aku dengan kau.”

Atiqah tersengih, terharu dengan komen sahabatnya. “Aku pun rindu dengan hang, Nia oi. KL tu bukannya besaq mana, hang tu ja yang dok menyombong dengan aku,” tukas Atiqah.

“Bukan Nia menyombong dengan kau, Tikah. Kau tu laa, rendang sangat, mana orang nak cam kau di KL,” sampuk Nissa. Khalida tumpang ketawa mendengar komen adiknya.

Nia turut ketawa. “Apa cerita kau sekarang Tikah? Glamour ya, jurukamera TV3 lah katakan,” ujar Nia, kagum dengan pencapaian sahabatnya. “Eh, aku nak tanya, takkan lah dengan artis-artis pun kau cakap bahasa utara? Paham ke diorang?”

“Eh, hang ingat koman ka bahasa tok aku? Bahasa universal tau, jangan buat main-main,” balas Atiqah selamba. Serentak mereka ketawa.

“Aku nak ucapkan terima kasih sekali lagi sebab kau sudi menjadi camerawoman tak rasmi untuk majlis aku ni. Jimat jugak bil aku nanti, ya,” tutur Nissa tersengih. “Bukan apa aku tak minta tolong kau awal-awal, aku takut kau busy dengan assignment di pejabat. Sebab tu aku upah jurukamera lain sebelum ni.”

Atiqah tersenyum. Dia meletakkan sebelah tangan di bahu Nia. “15 tahun kita kawan, takkan lah sehari masa aku pun aku nak berkira,” balas Atiqah, lembut. Dia memalingkan muka menghadap Nia. “Hang nikah nanti tak sound aku, siap hang Nia,” ugut Atiqah.

Nia tersengih.

“Boleh harap nyer kawan! Orang suruh pergi usha anak dara dah ready ke belum, dia boleh dok melepak kat dalam ni!”

Atiqah terkekeh sementara Nia dan Nissa sekali lagi terjerit kecil melihat sahabat-sahabat yang lain. Riuh-rendah suasana di bilik. Rakan-rakan Nissa di Jepun dan pejabat juga tidak ketinggalan meramaikan suasana.

Sanak saudara juga turut memenuhi kamar tidur si anak dara. Gambar kenang-kenangan diambil. Bunga telur bertukar tangan. Keriangan tertera di wajah mereka. Anak-anak buah yang kecil juga tidak mahu mengalah. Masing-masing ingin bersalaman dan mengucup pipi Mak Achik kesayangan.

Tak lama kemudian, kedengaran bunyi hon di luar rumah. Suasana gamat menyambut ketibaan si anak teruna. Tiga buah kereta mengiringi sebuah Volvo berwarna biru gelap. Seorang lelaki tampan berbaju melayu berwarna krim dan bersongkok hitam melangkah keluar dari kenderaan itu. Dia melemparkan senyuman, memberi salam dan membuka pintu belakang, sambil menjemput Tuan Kadi keluar.

Nia yang mengintai dari dalam bilik, tersengih memandang rakan-rakannya yang lain. “Handsome tau, Nissa,” ujar Nia. Rakan-rakan yang lain turut tumpang mengintai sama.

“Aku nak tengok boleh?”

“Hai, lepas malam ni, kau nak tengok lama mana pun siapa takkan halang Nissa oi,” ujar Farah, yang mengundang tawa antara mereka.

Di ruang tamu rumah Tuan Nazmi yang mulanya riuh-rendah dengan suara sanak-saudara, menjadi tenang apabila Tuan Kadi mula memberi salam. Tidak lama kemudian, acara akad nikah dimulakan. Setelah mendapat persetujuan dan tanda tangan dari pihak pengantin perempuan, Tuan Kadi mula membacakan doa.

Selesai akad nikah, Farid menunaikan solat sunat dua rakaat di penjuru bilik. Kemudian, acara membatalkan air sembahyang dimulakan. Nia memanjatkan rasa syukur usai Farid mencium dahi Nissa. Alhamdulillah, Farid menjalani akad nikah dengan sekali lafaz, dan segala-galanya berjalan dengan lancar.

2 comments:

  1. bestnyer...
    makin menarik citer nie...xsabar nk tau citer seterusnyer...

    ReplyDelete
  2. turn nissa dah blalu..
    nk tengok turn nia lak..
    huhu..xsabo nk taw sape jdh die..
    hrp2 la is..hihi...

    *swit hanna*

    ReplyDelete