Monday, December 22, 2008

sesuci Cinta Episod 11(ii)


Sweet Hard Hand By Hadiah


“Go long, go long!”

Is berlari ke belakang untuk menyambut bola ragbi yang dibaling oleh Saiful. Fokus. Dia mendepa tangan, namun dengan tiba-tiba dia terasa dirinya terlanggar benda keras. Is mengaduh.

Serentak rakan-rakannya yang turut bermain American football ketawa terbahak-bahak. Azim yang bermain posisi wide receiver jatuh terduduk, akibat ketawa tidak berhenti-henti.

“Aku cakap ‘go long’, bukan suruh kau pergi langgar pokok,” laung Saiful dari posisinya. Ketawanya tidak berhenti.

Is masih mengaduh. Mukanya berkerut. Dia mengurut-ngurut pinggangnya. “Datang mana pulak pokok ni? Tadi takde pun,” ngomel Is. Bola ditangan dibiarkan terjatuh ke tanah.

Jimi, nama glamour untuk Mohd. Jazlan Haniff, datang menghampiri Is. Dia meletakkan lengan ke atas bahu Is. “Pokok ni sikit punya dok ada besaqnya, lagu mana buleh tak kelih? Hang letak mata kat kepala lutut apa?” soal Jimi.

Is mendengus kecil. “Woi, tulang belakang aku ni rasa macam dah patah dua, korang pulak lepak lagi dok gelakkan aku,” ujar Is, jauh bunyi suaranya.

Saiful juga turut menapak ke arah Is sambil membawa sebotol Yoko-yoko. “Haa, apa lagi. Konteklah doktor sayang,” gurau Saiful. Dia mengambil tempat duduk sebelah Jimi. “Ala, sajalah tu cari alasan nak manja-manja dengan doktor sayang,” bebel Saiful lagi.

Azim, Ketong, Sham dan Gambit turut membuat bulatan di sekitar Is. “Doktor sayang? Aik? Nia ke? Sejak bila sayang-sayang ni?” soal Azim pula. Dia mengelap peluh di muka dengan tuala yang disangkut di bahu. “Dah sayang-sayang, bahaya ni. Langsung tak sound kitorang doh.”

“Kau dengar sangatlah Saiful tu merepek,” tukas Is, menahan sakit. Dia mengangkat jersey Nikenya untuk memudahkan Saiful menyapu Yoko-yoko. “Ket, mai sikit air kau tu. Macam sedap je,” tambah Is lagi sambil tersengih-sengih.

Ketong mencebik. Dia menyerahkan botol air mineralnya kepada Is. “Mintak air dengan aku, pandai. Nak story pasal awek sikit punya liat,” komen Ketong pula.

Gambit, atau nama sebenar Nik Akmar tersengih. “Dahlah kantoi belikan Tiffany’s untuk Nia hari tu,” tokok Gambit, seolah-olah menambah minyak ke atas api yang membara.

Bulat mata rakan-rakan Is mendengarnya. “Tiffany’s siyal! Belum propose lagi tu! Pergh. Kalau macam ni, aku pun nak jadi awek kau, Is,” gurau Sham.

Saiful menggeleng-gelengkan kepala. “Menghampakan. Tiffany’s tapi langsung tak sound aku. Kecewa btol!”

Is menahan sakit apabila Saiful sengaja menekan-nekan tulang belakangnya. “Sudah. Sejak bila pulak kau bukak kolum ‘Gosip Mangga’ ni?” bidas Is lagi. Mukanya semakin lama semakin merah, menahan sakit dan juga menahan malu.

Mereka ketawa. “Ala, sekali-sekala apa salahnya. Hari ni gossip panas, mana boleh miss, beb,” ujar Azim. “Aku dah agak dah. Dari LA lagi aku bajet Is dengan Nia ni tak lama.”

“Kepala hangguk kau lah, Azim. Tak lama? Bunyi macam lain je,” komen Ketong.

Azim menjulingkan mata. “Maksud aku, tak lama lagi jadi an item lah. Ish, susah betul cakap dengan orang 166Mhz ni,” bebel Azim lagi.

“Sokong, sokong. Dari dulu lagi gambar Nia je yang tak pernah pindah dari study dia. Lepas tu, tiap-tiap minggu up Dublin,” tambah Sham yang merupakan teman sedorm Is sepanjang di UCLA.

“Bukan setakat kat LA je, kat opis sekarang pun gambar dia dan Nia orang lain tak boleh tempuh sikit pun,” sampuk Saiful pula, memberi informasi tambahan. Saiful tidak menuntut seuniversiti dengan Is, Ketong, Azim dan Sham. Is, Gambit, Jimi dan Saiful berkenalan setelah mereka bekerja di syarikat yang sama.

“Eh, tolong sikit. ‘Dia’ tu masih dok ada kat sini, rilek-rilek je korang kutuk ya?” perli Is. “Macam korang tak tau, Nia tu member aku je lah,” tambah Is lagi.

“Kalau member kau je, apsal kau tak kasi aku masuk line dia hari tu?” ungkit Saiful, saja untuk melihat reaksi rakannya. Yang lain mula bertepuk bertampar sesame sendiri, geli hati dengan reaksi Is.

Is menarik muka masam. “Macamlah aku nak kasi Nia kat golongan macam kau ni. Nama je ex-SMAP, tapi perangai, masya Allah, jin pun takut,” ujar Is. “Dah aku kawan baik dia, tanggungjawab aku jugak nak jaga kebajikan dia.”

“Pergh. Siyot je gitu. Tapi kalau kau elok sangat lah tu. Sekufu. Mak bapak pun dah kenal. Apa lagi Is? Kau nak simpan untuk sapa rumah dekat Bukit Jalil tu? Kahwin je lah,” komen Gambit.

“Apsal korang dok gaduh suruh aku kahwin ni? Sepul tu, macam lah dah kahwin. Bagi nasihat kat aku berdegar-degar, tapi sendiri habuk pun tarak,” tukas Is lagi. Makin rimas dengan soalan-soalan yang diajukan oleh sahabatnya.

“At least mangkuk ni dah ada jugaklah calonnya,” ujar Jimi. “Yang hang tu dok bujang trang-tang-tang lagi. Anak dara mai ngorat, buat derk ja. Gambit yang muka macam manila kad ni pun dah ada calon. Hang tunggu sapa? Jennifer Lopez ka?”

Gambit menolak bahu Jimi, pura-pura marah dengan komen yang diberikan. Jimi buat bodoh. “Cuba hang sound mai kat aku. Hang mau ka dak dengan si Nia tu? Kalau hang tak mau, aku ada tiga tempat kosong lagi,” sambung Jimi.

“Cheh, ingat Nia nak sangat lah kat muka kau tu. Muka samseng Kampung Dusun, ada hati nak tekel doktor cun tu,” komen Gambit, memulangkan paku buah keras.

Mereka yang lain ketawa. Is yang awalnya memasamkan muka, kini turut tersenyum.

“Is, man to man, I think you need to work this out,” Saiful bersuara tiba-tiba. “Aku yang dok jadi pemerhati pun tension tengok korang dua ekor. Dari dulu takde perubahan. Masih di takuk lama.”

“Ish, macam Liverpool,” sampuk Ketong.

“Aku take team dengan Ketong. Kau ni dah ibarat Liverpool. Konfem EPL ni kau kalah. Kau kena tukar strategi Is. Be more like Chelsea,” sambung Saiful. “Toksah lah nak cover-cover line lagi dah. Apa, kau ingat ni Mujhse Dosti Karoge ke nak simpan-simpan perasaan? Hal-hal gitu biar Hrithik Roshan je buat.”

Is mengeluh. Semakin sengal badannya mendengar Saiful membebel begitu. “Siapa cakap aku nak jadi Hrithik Roshan? Ish, Saiful. You know I can’t take the chance,” keluh Is.

Rakan-rakan Is tersenyum. Akhirnya, sedikit pengakuan dari Is. “Take the chance? Meaning, kau suka lah ni?” tanya Azim, meminta kepastian.

“Trouble betullah cakap dengan korang ni,” rungut Is lagi. “Ibu aku pun tak tanya skema macam tu tau.”

Mereka tergelak.

Tiba-tiba telefon bimbit Is berdering. Masing-masing terdiam, agak terkejut dengan nada dering yang agak kuat. Is mencapai telefon di dalam poket seluarnya. Dia tersenyum melihat nama pemanggil yang tertera di skrin.

“Hello, assalamualaikum. Dekat padang dengan budak-budak. Hmm? Tengok Eewan main bola? Kat mana? Okay…. Ya… Okay…. Of course. Kirim salam dengan mama and abah, okay? Bye, sayang.”

“Bye, sayang,” ajuk Sham, diselangi dengan gelak tawa mereka yang lain. Is turut ketawa melihat telatah Sham.

“Kalau sampai masanya, Insya Allah aku khabarkan dekat korang,” janji Is, serius.

Rakan-rakannya tersenyum.

“Tengku Suraya bertanya pasal Nia,” ujar mama sambil tangannya cekap membancuh lepat pisang.

“Tanya apa, mama?”

“Tanya pasal Nialah,” ujar mama lagi.

Nia mengerut dahi. Dia berhenti mengelap daun pisang untuk dijadikan alas lepat. “Ya lah, mama. Tapi pasal apa?”

Mama ketawa. “Nia ni, lambat betul lah. Takkan nak kena mama cakap direct jugak?”

“Cakap direct?” ulang Nia semula, keningnya dijungkitkan. Dia berfikir sebentar tentang soalan mamanya. “Maksud mama? Tengku Suraya…. Ish, Astaghfirullah hal azim!”

Mama ketawa lagi. “Jadi, apa pendapat Nia?”

Nia memfokuskan pandangan pada daun pisang. Termalu sebentar bersoal jawab hal jodoh dengan mamanya. “Pendapat apa pulak, mama? Dia tanya apa, mama jawab lah apa yang patut,” ujar Nia, ringkas.

Mama memeriksa periuk kukus yang diletak di atas api. Airnya hampir mendidih. “Mama sendiri tak tau nak jawab apa, yang oi. Soalan-soalan Tengku Suraya tu kalah soalan thesis mama kat universiti dulu,” gurau mama.

Nia tergelak. “Amboi. Habis tu mama cakap apa?”

“Mama cakaplah, tunggu mama buat reference dulu,” sambung mama lagi. “Dia tanya Nia dah ada yang punya ke belum.”

“Alamak,” ngomel Nia. “Habis tu apa yang mama jawab?”

“Nia nak mama jawab apa?” soal mama kembali. Dia mula menghamparkan daun pisang dan perlahan-lahan menceduk bancuhan lepat ke atas daun itu. Setelah dilipat kemas, tugas Nia pula untuk menyusun di dalam periuk kukus.

“Jawab je lah apa yang patut, ma. Goreng je. Seganlah pulak discuss bab-bab ni,” balas Nia, tersengih.

Mama ketawa lagi. “Apa yang kamu segan? Dah berapa kali orang bertanyakan hal kamu, mama pun dah kering idea nak jawab apa kali ni.” Mama terdiam sebentar. “Chik Mah pun ada bertanya hal kamu, Nia.”

Mata Nia membundar. Hampir tertumpah bancuhan lepat dari bekas daun pisangnya. “Mama…..”

“Itu back-up plan mama dengan Chik Mah. Kalau kamu dan Is lambat sangat bertindak, biar kami mak bapak je yang settle kan,” ujar mama lagi.

“Mamaaaaa,” ngomel Nia lagi.

“Nia ni dah 27 tahun, tahu. Dah besar panjang. Orang lain semua dah beranak-pinak. Nia tunggu siapa lagi, sayang?”

Ala mama… Nia tak puas laa bermanja dengan mama. Dulu lima tahun duduk asrama, lepas tu terus pergi Dublin. Bagi lah can, mama,” rengek Nia lagi. Selesa begitu dengan mamanya.

Mama mencebik. “Nak manja dengan mama konon. Siapa jugak yang pindah dulu?” ungkit mama pula.

“Aiseh. Kantoi….”

Mama berhenti menceduk dan memandang ke arah Nia, lembut. Matanya bersinar penuh kasih sayang terhadap anak perempuan tunggalnya. Rambut Nia yang terjurai menutup mata disisipkan ke belakang telinga Nia. “Nia sayang, mama serahkan segala keputusan ke tangan Nia. Fikirkan sedalam-dalamnya. Mama hanya mampu menasihati. Dirikan solat istikharah. Minta petunjuk dari Allah swt,” tutur mama lembut.

Nia terharu. Dia mengangguk lembut.

“Mana tak mahu anak mama menderita. Buatlah keputusan yang terbaik. Mama tahu, Nia boleh belajar dari pengalaman. Sebolehnya, kita elakkan perkara yang sama dari berulang,” tambah mama lagi. Walaupun tutur kata mama tidak menyebut butiran lengkap, Nia tahu mama merujuk kepada hubungannya dengan Tengku Shafiq di Dublin.

Je vois aime, mon cherie,” tutur mama dalam bahasa Perancis. Terasa lebih mendalam maksud sayang yang disampaikan dalam bahasa nenek moyangnya.

Nia mengangguk. Matanya sendiri berkaca. “I love you too, mama.”

4 comments:

  1. so swttttttttttttttttttttttttttttttt.......
    imagine klu wujud di dunia nyata...

    nk lagiiii..................

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  2. la sejak ble nia ni keturunan perancis ni, x thu pun

    ReplyDelete