Sunday, December 21, 2008

Sesuci Cinta Episod 11(i)


Sweet Hard Hand By Hadiah


“Awak, bukan saya tak nak teman awak.. Saya tengah exam. Awak lain lah dah habis ujian…”

Shafiq berhenti dan memusingkan badan untuk memandang Nia. “Sekejap je, sayang. Bukan jauh pun,” pujuk Shafiq lagi.

Nia turut berhenti berlari-lari anak mengejar Shafiq. Hairan juga. Pagi-pagi lagi Shafiq telah bertandang ke rumahnya. Selalunya Shafiq amat liat untuk bangun pagi, terutamanya pagi Ahad. Hari ini, tanpa ribut, tanpa petir, Shafiq telah mengajak Nia ke Iveagh Gardens yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

Nia tersenyum. Dia memandang Shafiq yang tersengih-sengih. “Kenapa awak excited semacam je hari ni? Bangun pun awal. Kalau tidak, saya telefon pukul 1 nanti pun belum tentu awak dah bangun,” ujar Nia. Dia menapak perlahan-lahan ke arah Shafiq.

“Awak nak tahu awak kenalah ikut saya. Tak jauh lagi, dekat tu je,” pujuk Shafiq lagi. Mereke berjalan beriringan ke dalam taman. Kelihatan kanak-kanak berbasikal dan beberapa orang warga emas berjalan-jalan mengambil udara di situ. “Bila kali terakhir awak datang sini?”

Nia menjungkit kening. “Hmm… Saya pun tak ingat. Sepanjang winter, rasanya langsung tak jejak kaki ke sini,” balas Nia. “Kenapa?”

Shafiq mengangguk-anggukkan kepala. “Saja je tanya. Patutlah awak pun dah makin berisi ya? Asal winter je malas nak bersenam,” gurau Shafiq.

Nia tertawa. Dia memukul lembut bahi Shafiq. “Eh, lemak pulak Fiq ni. Mana ada Nia gemuk, ok? Orang tak membuta siang malam macam dia tu,” tukas Nia kembali.

“Ok, ok,” balas Shafiq, ketawa. “Kita dah sampai pun. Tengok belakang awak.”

Nia mengerut dahi. Hairan lagi. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya. Dia tercengang. Diam tanpa kata.

“Cantik tak?” bisik Shafiq perlahan ke telinga Nia.

Nia mengangguk perlahan. Terpegun. Tiada kata dapat melafazkan perasaannya ketika itu. Melihatkan bunga-bunga mawar merah jambu yang sedang berkembang mekar di hadapannya. Seperti bunga yang memenuhi singgahsana lagaknya. Sungguh indah. “Subhanallah…” tutur Nia perlahan.

“Shafiq ingat nak gali sepohon-pohon bunga ros tu dan hantar to your doorstep, tapi takut pulak kalau City Council sumbat Fiq dalam jail, macam mana Fiq nak jumpa Nia hari-hari?”

“Fiq..”


“So, instead of bringing the flowers to you, I brought you to the flowers,” terang Shafiq lagi. “Here you are, honey. Your own bed of roses,” tutur Shafiq lagi, ikhlas.

Nia tersenyum. Matanya berkaca. “Thank you,” tutur Nia perlahan. “I love it.”

Shafiq membalas senyuman Nia. Mereka berdiri menghadap masing-masing, mentari Februari menjadi latar belakang saksi cinta mereka. “And I love you.”

“What do you mean the police don’t have a lead?” ulang Nissa, kali ini lebih kuat.

Nia menepuk dahi. Dia menarik tangan Nissa yang menggawang-gawang di udara. “Janganlah cakap kuat sangat,” bisik Nia. “Kau nak satu KLCC dengar ke?”

Nissa menjulingkan matanya. “Sorry I overreacted.” Dia menarik kerusi yang diunjukkan oleh pelayan Chilli’s kepada mereka. “We paid our taxes and all they could tell you was, ‘they don’t have a lead’?”

Nia menghela nafas. “It’s not like they didn’t try, ok? Inspektor Julia yang in-charge kes aku ni sangat macho. I’m sure she does her job efficiently,” balas Nia lagi.

“Macho? Hello?” Nissa membuka menu di hadapannya, walaupun dia sudah amat maklum apa yang bakal dipesannya. “Fox Mulder pun macho, tapi pernah ke dia selesaikan kes sebelum ni?” soal Nissa kembali.

“Tapi Scully pernah,” tukas Nia kembali. Dia ketawa. “Kau ni, buat penat je cakap dengan kau. Aku pasti Inspektor Julia tengah berusaha. Mamat Saiful tu bukan je didakwa atas tuduhan kes aku, malah tiga tuduhan merogol yang lain,” terang Nia, naik bulu romanya setiap kali menyebut perkataan ‘rogol’ itu.

Nissa terkedu. Dia juga terdiam. Kasihan melihat wajah Nia yang mendung tiba-tiba. Tangan sahabat baiknya itu dicapai.

“Kes aku ni di bawah kes jenayah keganasan. Aku pun blur jugak waktu Inspektor Julia briefed aku hari tu. Dia cakap, walaupun Saiful bekerjasama, klu yang mereka dapat agak samar. Katanya Saiful menerima upah melalui telefon. Dia langsung tak pernah tengok muka pengupahnya tu,” ujar Nia lagi, suaranya mendatar.

Pelayan Chilli’s menghampiri meja dan mereka membuat pesanan. Selepas pelayan itu berlalu, mereka terdiam seketika.

“Insya Allah, dengan izin-Nya, sesiapa yang berbuat naya terhadap kau tu akan tertangkap,” ulas Nissa perlahan. Nia mengangguk bersetuju.

Setelah menikmati hidangan tengah hari, mereka bergerak keluar dari Chilli’s. Mereka telah membeli tiket wayang untuk filem ‘The Aviator’ siaran pukul 2 petang. Sebelum tayangan, mereka menapak ke surau perempuan.

Di hadapan pintu surau, telefon bimbit Nia berbunyi. Nia menarik tangan Nissa yang sedang membuka sandal untuk menemannya bercakap telefon di luar. “Assalamualaikum. Laporan pukul 1.30 petang: Saya, Hadiah Hyrena Hamzah selamat di samping Nur Hanissa Nazmi di KLCC, roger. Ada apa-apa perkembangan, tuan?” ucap Nia, tersenyum.

Nissa yang hanya mendengar menjungkitkan kening, hairan. “Kau cakap telefon dengan siapa tu? Polis mana?”

Is di hujung talian, tertawa. “Waalaikumsalam. Alhamdulillah kalau kau selamat. Ingatkan kurang selamat lepas dengar Nissa membebel. Dah makan?”

Nia ketawa. Dia memandang Nissa sambil tersengih. “Is cakap kau membebel.”

Nissa mencebik. “Banyaklah. Dia tu lagi kuat membebel. Kalah perempuan.”

Nia ketawa lagi. “Alhamdulillah, dah kenyang pun. Sekarang nak pergi tengok ‘The Aviator’.”

“Okay, that’s good, honey. Tapi sebelum tu pergi solat Zohor dulu, tau?”

“Dah depan surau dah pun ni.”

“Good girl. Kirim salam dengan Nissa, okay? Have fun, sayang.”

Talian dimatikan. Nissa tersengih-sengih memandang Nia. “Kenapa muka kau macam tu?” soal Nia, mengerut dahi.

“Macam mana?” soal Nissa lagi, hairan pula.

“Macam tu la,” unjuk Nia ke arah Nissa. “Sengih-sengih macam kera sumbang.”

Nissa tertawa. “Kera sumbang pun tetap lawa apa. Aku sengih pasal tengok kau lah. Happy nampak?”

Nia menjulingkan mata. Dia menarik tangan Nissa ke surau semula. “I was not exactly crying pun tadi.”

“Memanglah. Tapi lepas dapat phonecall dari Is, senyuman kau terus jadi full-wattage,” usik Nissa lagi.

Nia menggeleng-gelengkan kepala. “Whatever makes you happy, Nissa. Jom solat. Aku nak doakan agar kau less irritating lepas ni.”

Nissa tersengih. “Aku pulak nak doakan agar jodoh kau dan Is berpanjangan. Amin.”

Nia sekadar mampu menjeling Nissa. Nissa terkekeh lagi.

3 comments:

  1. huhuhu..adui skt mulut senyum spm tinge..cewahh...

    see..nia pun de hati sbnrbye tp xsedar pun..
    is pun caring betoi kat nia..

    pe pun hope they'll happy ever after..:)

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  2. x thu nk cakap apa cte ni mmg best

    ReplyDelete