Sunday, December 21, 2008

Sesuci Cinta Episod 10(ii)

Sweet hard hand By Hadiah


“Tak sangka pakcik solo malam ni,” ujar Is tersengih-sengih. Dia bersalaman dengan Pakcik Hamzah, ayah Nia. Pakcik Hamzah baru sahaja mendarat di KLIA setelah beberapa jam berada di dalam perut pesawat.

Pakcik Hamzah tergelak. “Nak buat macam mana. Isteri diplomat di Venice tu kawan baik seuniversiti dengan Makcik Shima. Pakcik tengok they had so much fun together, so pakcik izinkan dia tinggal seminggu lagi di sana. Lone ranger lah nampaknya. Eh, Nia dengan Eezwan mana?” soalnya pula.

Is mengambil alih tugas menolak troli dari Pakcik Hamzah. “Dia ada emergency surgery, pakcik. Ada patient’s graft was rejected, or something like that,” terang Is. “Kelam kabut juga dia tadi. Eezwan yang teman kakaknya.”

Pakcik Hamzah mengerut dahi. “Sejak bila pulak Nia tu perlu berteman waktu kerja malam?”

Is terdiam. Mereka menghampiri Autobavaria Is. Setelah kereta meluncur laju membelah kepekatan malam di Sepang, Is membuka cerita tentang insiden yang menimpa Nia. Pakcik Hamzah tergamam. Dia mengucap istighfar berkali-kali.

“Ya Allah… Alhamdulillah hillazi ‘aafani mimmab talaaka bihi,” bisik Pakcik Hamzah perlahan. “Jadi Nia dah pindah balik ke?” soalnya lagi.

Is mengangguk. “Ya. Keesokan harinya kami terus pindahkan barang Nia ke TTDI. Alhamdulillah, semangat dia kuat, pakcik.”

Pakcik Hamzah terdiam. Hatinya gundah mengenangkan nasib anak daranya yang satu itu. “Pakcik tahu. Nia suka sangat sembunyi perasaan dia. Semangat dia kuat. Cuma kita yang tua ni lah asyik risau pasal dia 24 jam sehari,” balas Pakcik Hamzah.

Is tersenyum kecil. “Insya Allah, pakcik. Laporan polis dah dibuat. Sekarang ni pun Nia lebih berhati-hati. Kalau kerja malam sama ada saya atau Eezwan yang hantar dan jemput pulang.”

Pakcik Hamzah mengucap syukur. “Pakcik tak tahu macam mana nak balas jasa kamu, Is. Sejak dulu lagi kamu selalu ambil berat dan jaga kepentingan Nia. Bila yang kamu nak masuk meminang?”

Is ketawa. “Pakcik ni, ada-ada je lah. Pakcik dan Cik Shima kan tahu, saya dengan Nia kawan baik dari sekolah lagi.”

Pakcik Hamzah pula tersenyum. “Alah, Is. Pakcik dengan Cik Shima dulu pun begitu. Waktu dekat sekolah dulu berdegar-degar cakap ‘kau’, ‘aku’. Bila dah masuk universiti, fikiran masing-masing dah matang, baru pakcik sedar rindu yang bertandang. Takkan kamu dengan Nia ni nak maintain kawan sampai ke tua?”

“Alahai, pakcik… Zaman pakcik memanglah… Zaman bell-bottom,” gurau Is. Serentak dengan itu tawa Pakcik Hamzah juga turut meletus.

“Gitulah kamu dengan Nia. Asal cakap soal jodoh sikit, ada je alasannya. Patutlah abah kamu pun dah fed-up suruh kamu kahwin,” ujar Pakcik Hamzah.

Is tersengih-sengih, mati kata-kata. Parah juga sekiranya Pakcik Hamzah juga sudah berbicara perihal jodoh dengannya. Fikiran Is melayang memikirkan Nia di SJMC. Dia cuba memikirkan situasi sekiranya dia dan Nia diijabkabulkan. Agak kelakar untuk beromantika dengan kawan karib sendiri! Is tersenyum sendiri.

Tengku Shafiq melepaskan keluhan kecil. Minggu depan genaplah 28 tahun dia dilahirkan. Sudah hampir tiga dekad. Kawan-kawan kolej di United Kingdom awal-awal lagi telah mengingatkannya tentang rancangan reunion mereka di Bukit Merah Laketown resort.

Tengku Shafiq terharu dengan tumpuan yang diberikan oleh rakan-rakannya. Walaupun zaman mereka sebagai pelajar sudah lama berakhir, rakan-rakannya masih menganggap Tengku Shafiq sebagai ‘ketua’ atau penggerak mereka. Sambutan hari jadinya diberi tumpuan, malah selalu diselitkan dengan sesi reunion mereka.

Seperti tahun-tahun lepas, ramai di antara mereka yang hadir membawa teman masing-masing. Iqbal, kawan baik Tengku Shafiq sendiri sudah dua tahun mendirikan rumah tangga. Isterinya, Munirah, juga merupakan bekas penuntut di kolej yang sama.

Fikiran Tengku Shafiq terganggu.

Adakah sudah tiba masanya untuk dia berumah tangga?

Wajah Nia menerpa di benak fikirannya. Gadis perwatakan lembut itu agak keras hatinya. Setelah lima tahun mencintai gadis itu, Tengku Shafiq agak maklum tentang kekerasan hati Nia. Dia tersenyum mengingatkan insiden yang berlaku lebih kurang 8 tahun lalu…

“Assalamualaikum.”

Nia terkejut. Dia melemparkan senyuman kecil kepada empunya suara. “Waalaikumsalam,” balas Nia pendek.

Shafiq senyum. “You like the flower?”

“Yes, thank you very much. Tapi, tak payah susah-susahlah, Shafiq,” balas Nia. Agak kurang senang dengan tumpuan yang diberikan.

Shafiq menjungkit bahu. “Not at all. I nampak bunga tu, terus teringat kat you.”

Bibit-bibit pengenalan antara Nia dan Shafiq memang agak melucukan. Shafiq malu dengan diri sendiri dan sahabatnya. Setelah memperlekehkan kemampuan Nia sewaktu awal kedatangannya ke bumi Dublin, Shafiq telah jatuh hati dengan perwatakan dan karisma gadis itu.

Shafiq berusaha sedaya-upaya mengambil hati Nia. Dia akur, Nia tidak berapa senang berada di sampingnya sejak pergaduhan mereka di perjumpaan Kelab Umno Dublin. Bunga dihantar, surat diutus, namun tiada respon.

Shafiq tidak berputus asa.

Dia tidak pernah jatuh cinta sebegini hebatnya. Memang dia agak popular sebagai playboy Melayu Dublin. Baru dua tahun di bumi itu, sudah berapa kali dia bertukar pasangan. Namun hubungannya dengan gadis-gadis sebelum Nia tidak pernah serius.

Setahun Tengku Shafiq memburu Nia, akhirnya hati mereka bersatu jua. Dia jujur mencintai Nia. Tulus. Tiada rahsia. Sepanjang bercinta Shafiq belajar menjadi lebih sensitif, sensitif tentang pendapat dan keperluan Nia. Dia tidak lagi memandang rendah terhadap kaum perempuan.

Tengku Shafiq sendiri tidak tahu di mana silapnya. Mengapa dia meninggalkan Nia, gadis pujaannya selama lima tahun. Komitmen memang menakutkan. Apatah lagi, pada ketika itu, Tengku Shafiq sudah bersedia untuk membuka lembaran baru. Meninggalkan lembaran lama. Meninggalkan alam universiti. Meninggalkan Nia.

Masih adakah ruang di hati Nia untuknya?

5 comments:

  1. want more n more.....:)

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  2. hehhehehe...nampaknye ku syafiq nak jadi saingan Is ni..hehehe best man will win

    ReplyDelete
  3. nk lgi..nk lgi..
    heheehee..
    but really hope that is would b nia's partner lor...
    sweet jer dorang uh...
    kalo ngn syafiq,npk nia tuh terlalu beretika n xbebas jer..
    hihi....
    best2...

    ReplyDelete
  4. aku sokong ko zaty.
    nia and is will be a sweet couple.
    i like it.

    ReplyDelete
  5. best
    tapi plik skt bkn nm ayh nia kamal ke
    tapi knp jadi hamzah plak
    kt ep 6 ad bgth nm png nia

    ReplyDelete