Thursday, December 18, 2008

sesuci cinta-Episod 1




Sesuci Cinta Episod 1
(sweety Hard Hand By Hadiah@Balqis)

Hadiah Hyrena melangkah laju ke bilik kecemasan 7. Belum sempat dia melepaskan lelah setelah bertugas selama 7 jam di wad pembedahan, dia terpaksa membuat ‘follow up' ke atas pesakit kecemasan yang baru mendaftar 10 minit yang lalu. Pintu bilik kecemasan dikuak sedikit. Seorang lelaki berkemeja sedang duduk, dia kelihatan dalam sekitar umur 25 tahun. Nia menguntum senyum kepada pesakitnya. Laporan pendaftaran pesakit tersebut dibeleknya.

“Saya Dr. Hyrena. Nama encik Mohd. Saiful?” Tanya Nia sekilas.

Mohd. Saiful tersenyum, hatinya sedikit lega. “Ya, saya.” Dalam hatinya sudah berkira-kira. Jari yang sakit sudah hampir dilupakan dengan kehadiran doctor muda yang cantik di hadapannya. Dia menjeling sekilas kepada teman sekerja yang sedang menjengah-jengah ke luar tingkap. ‘Apala Is ni. Doktor cun bukan nak usha,’ ngomel Saiful.

Nia tersenyum lagi. “Boleh saya tengok luka jari encik?” ujar Nia. Jari tengah Saiful yang terluka dalam dibeleknya. “Dalam jugak luka encik ni. Apa jadi tadi?”

Saiful tersengih. Jumpa doctor cun memang best, tapi kalau dia terpaksa mendedahkan kebodohan dia, mungkin rendezvous ni akan jadi kurang best. “Saya tengah periksa mesin tadi, doctor. Entah macam mana entah, jari saya tersangkut, kena dekat blade tu. Nasib tak putus.”

“Kena blade? Blade bersih ke?” soal Nia lagi, kening terjungkit.

“Blade jentera. Nak kata bersih, tak jugak kot,” jawab Saiful pendek sambil menggigit bibir.

Nia mencapai pembalut dan iodine di rak. “Encik Saiful, luka ni dalam. So, expect about 5 to 7 stitches, okay? And one tetanic injection, to avoid contamination, just in case. Untuk jahitan tu, encik nak saya bagi bius or, are you okay with it?”

Mata Saiful membulat. 7 jahitan? Injection? Ya Allah… Dia memang cukup tak suka hospital. Tapi, untuk Doktor Hyrena, mungkin semua itu berbaloi. Dia tersenyum sendiri, sambil berkira-kira untuk mengambil bius atau tidak. “Ala.. tak payah susah-susah bius lah doctor…”

Tiba-tiba seorang lelaki tertawa. “Ya laa Saiful. Konon nak tunjuk macho laa tu..”

Saiful mendengus. Ada-ada saja Is untuk merosakkan plannya.

Nia menjungkit keningnya, hairan. Dia tidak perasan kehadiran seorang lagi lelaki di bilik itu. Suaranya juga agak familiar… Mata Nia membulat sambil dia memusingkan badan perlahan-lahan untuk menghadap empunya suara. “Is??”

Khairil Iskandar tergelak. “Ya, Nia. How gullible could you get?? Aku besar gajah ni pun kau tak nampak?”

Nia tergelak sama. “Tak guna betul laa kau ni. Siapa suruh berdiri kat belakang tu, mana aku nak nampak.” Dia memaling terhadap Saiful yang agak kehairanan. “Apa yang kau dah buat kat dia, Is?”

“Aku tak buat apa-apa pun. Dia yang gatal nak masukkan jari dalam mesin, siapa suruh,” jawab Is, masih tersengih. Geli hatinya melihat wajah Saiful yang penuh tanda tanya.

Nia mendengus perlahan sambil dia berhati-hati membersihkan luka Saiful. “Do you expect me to believe that? Heh….”

Saiful menggigit bibir. Pedih terasa apabila iodin dicecah kepada lukanya yang terdedah. “Doktor kenal dengan dia ke?” Tanya Saiful yang jelas sedang menahan sakit.

Nia menjeling sekilas terhadap Is sambil tersenyum. Is menyambut senyumnya. “Doktor Hyrena ni kawan baik aku laa, Saiful…”

************************************************************************

“Sudah siap. Encik Saiful sila datang selepas dua minggu untuk buka balik jahitan ni. Jangan risau, your finger will be okay. For now, jangan buat benda berat menggunakan jari yang injured ni. Ada apa-apa soalan?” terang Nia sambil menyerahkan preskripsi Saiful kepada jururawat.

Saiful tersenyum. “Takde apa-apa soalan, doktor.” Is yang memerhati dari sudut bilik turut tersenyum.

Nia bangun dari kerusinya. “Kalau begitu, I think we are done now. Encik Saiful kena beringat-ingat tentang keselamatan di tempat kerja,” pesannya. Saiful juga perlahan-lahan bangun dari katil pesakit. Dia tersengih mendengar pesanan Nia. “Terima kasih, doktor.”

Setelah Saiful berlalu untuk mendapatkan ubat di kaunter farmasi, Is perlahan-lahan mendapatkan Nia. “Terkejut jugak aku jumpa kau kat sini,” soal Is perlahan.

Nia tersenyum. “I’m on my break, actually. Saja je melawat kawan-kawan aku kat wad ni. Kau apa khabar?”

“Alhamdulillah…” jawab Is ringkas. Wad kecemasan nampak lengang ketika itu. Mungkin kerana masa makan tengah hari telah bermula. Dia memerhati Nia yang sedang menyimpan fail di sebalik kaunter. “Kau macam mana? Lama betul aku tak jumpa kau.”

“Aku ok je. Lama tak jumpa aku? Hmm… mungkin pasal kau busy kut…” jawab Nia pendek. Dia maklum, sejak beberapa minggu itu, Is pernah bercerita untuk mendekati seorang gadis di tempat kerjanya. Nia tidak berkecil hati. Dia faham, bila tiba masanya, mereka akan berkahwin, membawa haluan masing-masing dan hubungan persahabatan mereka mungkin tidak seerat dahulu.

Is tersenyum. Dia maklum perasaan Nia. Dia juga mengakui sejak beberapa minggu yang lalu, amat jarang dia menghubungi Nia. “Sorry lah sayang… Aku memang sibuk pun….”

Nia tersenyum tawar. Is memang begitu. Walaupun mereka hanya berkawan baik, bibir Is tak pernah lekang dari memanggilnya dengan panggilan-panggilan manja. Sekilas dipandang oleh sesiapa yang tidak mengenali mereka, mereka pasti akan dirujuk sebagai pasangan kekasih. “Aku tak kisahlah Is… Macam mana…….”

“Nia, akak balik pukul 3 hari ni. Nak tumpang, tunggu akak depan café, ok?” laung Dr. Norisa dari bilik penyelia, memotong kata-kata Nia terhadap Is. Nia mengangguk sambil memberikan signal ‘ok’ kepada Dr. Norisa.

Is menjungkit kening, sedikit hairan. “Kenapa kau nak tumpang kereta Kak Risa?”

“Anyway, back to our conversation…..” ucap Nia, pura-pura mengabaikan kata-kata Is.

Is menyekat pergerakan Nia di sudut bilik. Mata Nia direnungnya. “Nia, answer my question,” ucap Is, tegas.

Nia mengeluh. “Pasal… kereta aku rosak, sebab tu aku tumpang kereta dia,” ujar dia perlahan, pandangan matanya dilarikan daripada mata Is.

“Dah berapa lama?”

“Umm… seminggu…”

Is merenung bulat Nia. “And you didn’t even bother telling me?”

Keluh lagi. “Aku tak nak susahkan kau. Lagipun, I have my ride already…”

“Nia, kau tak pernah susahkan aku. You are my best friend, dear. How could you ever be a trouble for me?” soal Is perlahan. “Look at me, Nia.” Dagu Nia diraih lembut dalam usaha untuk mendapatkan perhatian Nia.

“Is….”

“I’ll pick you up at three, okay?”

************************************************************************

“Macam mana kau boleh lupa nak cerita kau ada kawan baik yang cun?” soal Saiful untuk kesekian kali.

Is tergelak. “Aku tak lupa laa. Kau je tak pernah tanya,” jawabnya tenang. Matanya memfokus ke atas jalan raya. “Kau terkejut ke?”

Saiful memasamkan muka. “Logik laa kau tak bagitahu aku, kan? Kawan cun macam tu kena simpan, beb,” tukas Saiful lagi, tersengih.

“Buat apa aku nak simpan dia. Kitorang kawan baik je laa…”

“Macam mana kau kenal dia? Korang langsung tak telly laa. Dia doktor, kau jurutera. Macam mana boleh jumpa?” soal Saiful bertalu-talu.

“Aku kenal dia sejak sekolah lagi. Dia best friend ex aku waktu zaman sekolah dulu,” jawab Is, tersenyum.

“Tapi kau dah break dengan kawan dia. Macam mana boleh rapat lagi?” soal Saiful lagi.

“Aku kawan dengan dia bukan pasal ex aku. Aku kawan dengan dia just because of who she is. Tak kan laa aku dah broke up dengan member dia, aku kena stop berkawan dengan dia? I can’t do that,” terang Is.

Saiful tersenyum. Ada sesuatu dalam nada suara Is yang menerangkan segala-galanya tentang situasinya dan Nia. “She’s special to you, Is?”

Is terdiam sejenak. Kemudian, bibirnya menguntum senyum. “Yes, she is.”

************************************************************************

“Boleh tak, kalau aku cakap, I don’t understand why you want to pick me up, instead of letting me crashing in with Kak Risa,” ngomel Nia perlahan sebaik sahaja dia memasang tali pinggang keselamatan di dalam Audi Bavaria Is.

Is membetulkan cermin mata hitam di batang hidungnya. “Because aku sayang kau. Now, shut up.”

Nia memasamkan muka dan membuangkan pandangan ke luar tingkap. Lebuhraya di Subang kurang sesak kerana belum tamat waktu pejabat. Tepat pukul tiga petang tadi, Is telah mengotakan janji dan menjemputnya dari SJMC. Puas dia menghantar SMS kepada Is untuk membatalkan janji mereka, namun Is tetap berkeras. “You know, this is exactly the reason kenapa aku tak cakap dengan kau yang kereta aku masuk bengkel,” ujar Nia enteng.

Mata Is melirik ke arah Nia di sebalik bingkai cermin mata hitamnya. Wajah Nia yang jernih sudah agak berkerut. Is cukup maklum itu adalah tanda-tanda awal yang Nia marah dengannya. Dia tersenyum geli hati. “Exactly why, sayang?”

“Kalau aku cakap dengan kau kereta aku rosak, you would behave exactly like this! Ditch your work just to pick me up. Is, I’m not a handicap. Aku tak puas hati betulla! Sesuka hati je keluar office pukul 3. Is, I don’t want to be the reason your work performance to deteriorate! Aku dah agak….”

Is tergelak. Tanda kedua Nia memang betul-betul marah: dia akan berleter tanpa berhenti, tanpa menarik nafas. Is pantas memotong leteran Nia. “Nia, first of all, aku tak sesuka hati keluar office. I’m given half the day off. Second of all, of course you’re not a handicap. Third of all, aku saja je nak ambil kau. The truth is…” tutur Is. Ayat terakhirnya dibiarkan tergantung begitu sahaja.

“The truth is what?” soal Nia lagi dalam nada yang perlahan.

“The truth is, I missed you,” sambung Is ringkas.

************************************************************************

Kunci apartmen digantung di bingkai kunci, beg tangan pula dibaling ke atas sofa. Nia penat. Tudung di kepala dengan hati-hati ditanggalkan.

Sudah semalaman dia bertugas di wad pembedahan. Mereka baru sahaja tamat melakukan transplant hati dari seorang penderma kepada kanak-kanak berusia 3 tahun. Pembedahan tersebut berlangsung selama lebih kurang 9 jam. Nia bersyukur kerana tempoh masa untuk kanak-kanak itu mendapatkan sumbangan hati dari penderma adalah singkat, oleh yang demikian, peratusan peluang untuk kanak-kanak itu untuk hidup adalah lebih tinggi.

Setelah shiftnya dia wad pembedahan berakhir, Nia melawat rakan-rakan seuniversiti di wad kecemasan pula. Dahulu, Nia pernah ditugaskan di wad kecemasan. Namun, setelah senior residents mengamati kecenderungannya dalam bidang surgeri, maka mereka bersetuju memindahkannya ke wad tersebut.

Setelah Is menjemputnya pulang dari hospital tadi, mereka terus menuju ke restoran makanan laut di tebing Sungai Buloh. Sesungguhnya, hari itu memang memenatkan baginya.

Setelah mandi dan bersolat Isyak, Nia melangkah ke meja telefon dan menekan butang mesin pesanan. Lampu digital merah di mesin itu menandakan dua pesanan yang telah dia perolehi.

“Nia, mende tah wei. Aku telefon asyik takde rumah je. Aku call handset, asyik tak on je. Rajin-rajinlaa charge handset kau tu,” kedengaran suara Nissa, kawan baiknya mengomel. Nia tergelak. Dia baru teringat tentang bateri handsetnya yang telah mati. “Asyik-asyik aku kena layan dengan mesin ni je. Anyway, make yourself available this Sunday, aku nak ajak buat ladies outing.” Nissa tergelak sebentar. “Banyak giler benda aku nak story dengan kau. Mmm… anyway, missing you so much!” Tut.

Mesej kedua. “Assalamualaikum. Bertuah betul anak sorang ni.” Kedengaran suara emaknya. Nia tergelak sekali lagi. “Dua-dua telefon asyik dapat mesin je. Mama dah cakap, malas sangat charge handset, beli bateri spare letak dalam handbag tu,” komen ibunya lagi. Nia mengerut wajah sambil mencatatkan sesuatu di atas memonya. Beli bateri spare. “Mama dan ayah nak balik kampung hari minggu ni, jadi hari minggu ni mungkin Eewan akan bermalam di rumah Nia. Nak pesan apa-apa, call je mama, okay? Jaga diri elok-elok.”

Nia tersenyum senang hati sambil memasang televisyen. Sudah agak lama adik bongsunya Eezwan tidak datang melawatnya. Rancangan kegemarannya Gilmore Girls tengah ke udara. Nia menghempaskan dirinya ke sofa perlahan-lahan. Malam itu, sesiapa pun tidak boleh mengacau ketenteramannya.

“You have to choose, Rory. I cannot make the decision for you, although I’m seriously rooting for Yale,” tutur ibu Rory, watak dalam siri Gilmore Girls.

Telefon berbunyi.

Mata Nia tidak lekang dari memandang skrin televisyen. Walaupun telinganya menangkap bunyi telefon yang berdering, dia tetap tidak berganjak dari sofa. Sesiapa yang menelefon boleh tunggu untuk berbicara dengannya sehingga Gilmore Girls tamat.

Sudah deringan yang kesepuluh, namun orang yang memanggil tetap tidak membatalkan panggilan. Nia musykil. Siapa sahaja yang menelefonnya di lewat malam begitu? Selepas deringan kedua belas, mesin pesanannya berbunyi. “Assalamualaikum. You’ve reached Nia’s residence. I’m obviously occupied right now. After the tone, do your thing. Nice day, everyone.”

“Nia, pick up the phone.” Nia mengeluh. Bukan ke aku baru je jumpa dia less than two hours ago? “I know you’re watching the Gilmore Girls, kau saja je tak nak jawab call aku.”

Nia melangut bosan. “Kalau dah tahu, saja je gatal nak kacau aku,” ngomel dia sendirian.

“Nia, pick up the damn phone. Aku bosanlaa…. Macam ni je laa kau. Aku punya skip kerja nak ambik kau, kau pulak boleh tak layan aku pasal nak tengok Gilmore Girls punya pasal…” Jauh bunyinya suara Is.

Nia mengeluh. “Mengada betul,” rungutnya lagi. Gagang telefon dicapai. “Kalau bosan, pergi laa tidur. Lagi nak kacau aku…” balas Nia.

Is tergelak. Dia memang sudah agak Nia pasti akan kecundang apabila dia berlagak berkecil hati. “Ala… itu tandanya aku ingat dengan kau.”

Nia turut tergelak. “Pergila pengsan oi! Ingat dengan aku konon… Takde siapa nak layan kau, sebab tu laa kau call aku, ye tak?”

Is tersengih walaupun dia tahu, Nia tidak dapat melihat reaksi wajahnya.

“Kau nak apa ni? Aku nak tengok Gilmore Girls laa…” ngomel Nia. Seperti biasa, dia pasti Is menelefonnya saja untuk mengada-ngada.

“Hmm… let’s plan our weekend,” cadang Is.

Nia menggelengkan kepala. “Na uh. Eewan nak datang. Mama aku balik kampung. Takkan aku nak tinggal dia seorang di rumah,” jawab Nia.

Is mengerut kening. “Kalau macam tu, boleh laa aku pergi lepak kat rumah kau hari Sabtu ni. Aku pun dah lama tak jumpa Ee.”

“Mm… datanglah. Boleh join kitorang lunch sekali. Ee mesti nak ajak kau pergi swimming dengan main tennis seround dua,” balas Nia. Dagunya diurut perlahan-lahan. “Bagus jugak tu. Korang boleh tolong aku kemas rumah. Cayalah!” ujar Nia gembira. Dia melarikan jari ke atas meja telefon di sisi. Eei, habuk.

Is menjelirkan lidah mengejek. Kemudian, dia tergelak sebentar. Macamlah Nia dapat tengok aku jelir lidah kat dia. “So that you know, I’m sticking my tongue out at you.”

Nia tergelak. “Well, siapa suruh kacau aku tengok Gilmore Girls? That’s the price you have to pay, dear.”

“How about Sunday then? Aku rasa macam nak pergi kayak laa…”

Nia menggelengkan kepala. “Sunday pun tak boleh. I have a date.”

“Ada date siyot…. Langsung tak story apa-apa dengan aku….” Sekali lagi, suara Is berbunyi amat jauh.

“Is, aku ada date dengan Nissa laa….”

Talian terdiam sebentar. Nia faham perasaan Is. Dia tidak bertanya lanjut. Dibiarkan sahaja Is melayan perasaan.

Nissa merupakan sahabat karib Nia dari bangku persekolah, juga merangkap bekas kekasih Is. Nissa seorang gadis yang pintar dan lincah, selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan, dia ditawarkan peluang menuntut pengajian di Jepun. Hubungan Is dan Nissa tetap mekar. Setelah setahun berlalu, ketiga-tiga sahabat berpecah menuju ke destinasi masing-masing: Nissa di Jepun, Nia ditawarkan peluang menuntut perubatan di United Kingdom manakala Is ditawarkan menuntut kejuruteraan di Amerika Syarikat.

Sepanjang pengajian mereka, Nia, Nissa dan Is masih tetap berkomunikasi antara satu sama lain. Hubungan cinta Nissa dan Is juga berkembang subur selama tiga tahun. Namun pada tahun akhir, Nissa akur dengan cinta rakan seuniversiti, yang telah banyak membantunya. Perpisahan Nissa dan Is amat memedihkan hati kedua-dua belah pihak. Is amat kecewa dengan keputusan Nissa. Nia pula tersepit di tengah-tengah.

“Of all the couples that I would want to see to last forever, it was you and Nissa,” ujar Nia perlahan. Gagang telefon digenggam erat. Bodohnya dia berkata begitu. Bukankah Is tengah bersedih?

Is tertawa dalam sendu. Orang yang pertama difikirkannya untuk menyampaikan berita perpisahannya dengan Nissa berada selang lautan dan benua darinya. “Nia, kau ni bukan bagi aku makin okay, makin sedih ada laa.”

Nia tersenyum hambar. Dia betul-betul serba salah. Satu jam sebelum itu, Nissa telah menelefonnya dari bumi Tokyo untuk memaklumkan perkara yang sama. Dia agak terkejut, namun dia tahu berita itu bukan berita yang mendadak. Sebelum itu, Nissa banyak bercerita tentang masalah hubungan mereka berdua. Tiba-tiba, air mata jernih mengalir di pipinya. “Sorry, Is. I really wish I could say something positive…. Is, be strong, okay?”

“Insya Allah, Nia. Aku sayang dia, tapi kalau takde jodoh….”

Air mata Nia mengalir deras. Dia maklum, retaknya hubungan Is dan Nissa bukan sahaja menandakan mereka kehilangan kekasih masing-masing, namun ia juga menandakan retaknya rantai persahabatan mereka bertiga.

“Mm… Apa aktiviti kau dengan Nissa Ahad ni?” soal Is setelah beberapa ketika menyepi.

Nia mengulum bibir. “Entahlaa.. The normal stuff, I guess. Shopping… gossip… Aku dah lama tak jumpa dia. Rindu rasanya,” jawab Nia.

“Mmm…”

“Jangan macam ni….”

Is tersenyum. “Nia, I don’t mind. Seriously.”

Diam sebenar. “Ok,” jawab Nia riang.

“Ok laa sayang. Sorry kacau kau. Hehhe… Gilmore Girls pun dah habiskan?” Nia memalingkan muka ke kaca televisyen. Memang sahlah rancangan itu sudah tamat. Namun, sebelum sempat dia berkata apa-apa, Is sudah mencelah. “Don’t be mad, sweetie. I’ll see you tomorrow, okay?”

Tersenyum lagi. “Ok. Good nite.”

“Aiseh, apa Ee buat dengan Astro akak ni? Bukan makin elok, makin horror adalaa,” komen Nia sambil menjengah adiknya yang membaiki sambungan-sambungan wayar di belakang set mini home theatre Nia.

Khairil Eezwan menggelengkan kepalanya dan mencucuk salah satu dari plag yang terdapat di belakang camcorder Astro kakaknya. Skrin TV yang sebelum ini berwarna biru, terpancar hidup dengan siaran Astro. “Akak tu yang sesuka hati pomen, kata orang pulak.”

Nia tersengih. “Mana laa akak tau. Itu hari akak lupa lubang mana nak cucuk lepas akak bukak wayar DVD player tu…” balasnya balik sambil menjuihkan bibir ke arah pemain DVDnya. “Jangan laa marah dik…”

Di saat itu, loceng pintu hadapan berbunyi. “Ee, pergi check sekejap siapa datang,” arah Nia.

Eezwan berlalu untuk membuka pintu seraya Nia menyusun beberapa majalah di meja kopi. “Akak, abang Is sampai!” laung Eezwan.

Nia bingkas bangun dan masuk ke bilik untuk mengenakan tudungnya. Ketika dia melangkah masuk ke ruang tamu kembali, kelihatan Is dan Eezwan sudah khusyuk bermain PlayStation.

“Aku dah agak dua ekor ni… Ey, Ee kata nak tolong akak kemas rumah,” ngomel Nia.

Eezwan mengangguk, matanya langsung tidak meninggalkan skrin TV. “Ya laa, orang tolong. Mana adil kalau abang Is tak tolong,” tukasnya, sambil menyiku Is yang duduk di sebelahnya.

Is tertawa. “Ek en naa… Nak jealous pulak! Kakak Ee jemput Ee khas untuk kemas rumah dia. Dia jemput abang suruh datang makan je,” jawab Is sambil tersengih-sengih. Oleh sebab komen yang diberikan kepada Ee, dia cuai dalam permainan Mario Bros nya dan Mario nya terjatuh ke dalam lubang.

Nia menjengah ke ruang tamu dari dapur. “Eh, siapa cakap abang Is tak kena tolong akak?” soal Nia. “Is, kau kena tolong aku masak kat dapur,” tambahnya sambil menggawang-gawang spatulanya di udara.

Eezwan ketawa terkekek-kekek. “Dah, shooh shooh. Pergi tolong akak kat dapur nun.”

Is turut sama tergelak. “Eleh! Awak tu pun, cepat pergi bawa keluar vacuum!”

Setengah jam berlalu, apartmen Nia penuh dengan aktiviti. Eezwan sedang mengelap koleksi-koleksi bingkai gambar Nia di atas meja di ruang tamu. Is pula telah ditugaskan oleh Nia untuk menyiang kangkung.

“Apa kau buat tu, Is?” tanya Nia kehairanan. “Kau nak cincang halus kangkung tu ke?”

Is membelek ‘mangsanya’ yang lesu di atas papan pemotong. “Bukan macam ni ke potong kangkung?” soalnya lagi.

Nia menepuk dahi. “Ya Allah….. Kalau kangkung tu dah mati, dia akan mati lagi sekali tau tak? Cara kau potong tu kejam sangat laa…” Pisau di tangan Is diraihnya. “Tengok ni aku demonstate.” Satu batang kangkung diambilnya. “Papan pemotong pun tak payah guna.” Sehelai demi sehelai daun kangkung dipetiknya.

Is tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru. “Gitu ke…”

“Itu laa… Malas sangat tolong Cik Mah kat rumah…,” balas Nia, tersenyum. Nia cukup maklum, Is sangat malas untuk menolong emaknya, Puan Rahmah di dapur. Anak sulung pasangan pensyarah ini cukup berat tangannya untuk memasak.

Minyak di kuali telah pun panas. Nia masukkan pes yang telah ditumbuk untuk ditumis. Serta-merta bau belacan memenuhi ruang dapur.

“Akak goreng kangkung belacan ek?!” laung Eezwan dari ruang tamu.

Nia tersenyum. Sengaja tidak mahu menjawab soalan adiknya. Dia sengaja memilih menu hari ini bersesuaian dengan lauk kesukaan Eezwan dan Is.

“Kau dah habis potong kangkung?” soal Nia tanpa memaling untuk wajahnya terhadap Is.

“Sudah boss!”

Sambil Nia menumis, Is pula berdiri tegak di belakangnya untuk memasukkan kangkung ke dalam kuali.

“Hey, look here!”

Serentak Nia dan Is memalingkan wajah ke arah Eezwan yang memegang kamera. Gambar kandid mereka berdua ditangkap. Eezwan tersengih. Kakaknya nampak begitu serasi dengan Is.


7 comments:

  1. permulaan yg menarik..
    dh tjatuh chenta kat is ngn nia..:)

    ReplyDelete
  2. erm.. lea rasa lea dh pernah baca full version citer ni.. but lea really xingat smada di laman yang lain atau buku..

    but citer ni mmg best..

    ReplyDelete
  3. yes lea..your ar right..tp masih rmi pembace out there yg x bace lagi..tu yg publish balik kat cni..

    ReplyDelete
  4. baru nak start bace..
    tp macam sedap..
    hahahaha...

    ReplyDelete
  5. injection tetanus kot...bukan titanic

    ReplyDelete