Monday, December 22, 2008

Balqisku prolog

Sweet Hard Hand By Hadiah



Dagu Danial Zachary jatuh, hampir mencecah lantai lagaknya. ‘What the?’ Dia mengerling ke arah papanya di sisi. Dato. Salleh mengerling kembali, relax sahaja. Danial tidak puas hati. Stereng digenggam erat. “Papa, betul ke alamat ni.?”

“Apa tak betulnya. Toksah pakai alamat. Dalam dua belas tahun tu hari-hari papa menapak ke sini. Masakan papa nak lupa,” balas Dato. Salleh lagi. Matanya masih terarah ke rumah kayu dua tingkat yang jaraknya tak sampai 25 meter dari BMW Danial. Rindu pada kenangan di rumah kayu itu. Tanpa disedari, dia tersenyum sendiri.

Danial menelan liur. ‘For real? Rumah kayu? Papa ni mata sphero apa?’. Perlahan-lahan kereta diparkirkan di bawah pohon getah tunggal. Dia melangkah keluar. Matanya tertancap ke arah seorang gadis berbaju kurung kedah, berkain batik dan bertudung silang. Balqis Amani?

Argh। Tensionnya naik ke kepala.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Balqis menyeka peluh di dahi. Panas di padang umpama panas di Sahara. Itu pun baru serelung sawah yang dikerjakan bersama opah dan jirannya. Dia berdiri tegak, cuba melegakan rasa lenguh akibat lama tertunduk-tunduk di bendang. Berkrak-krak bunyinya.

Matanya mencerun ke bawah pokok getah di tepi kok. BMW. Siapa? Balqis berdiri dari kerusi malas, sambil terjenguk-jenguk dari bawah rumah. “Opah! Ada orang mai ni haa!”

Langkah dihayun ke dapur.

“Haa, nak pi mana? Pi la tengok sapa mai,” tutur opah.

‘Aik, macam dah siap bajet orang nak datang,’ gumam Balqis melihatkan opahnya yang sudah siap berselendang. Dia tersengih sambil menghilangkan diri ke dapur. “Opah punya member, malas la Qis nak kacau port. Qis pegi buat ayaq na?”

Dato. Salleh bersila di atas para. Dia memandang sekitar rumah yang dipenuhi pepohon-pepohon bunga yang ditanam opah. “Nyaman na dok petang-petang depan rumah lagu ni?” ujarnya membuka bicara.

Opah tersenyum. ‘Dah besaq dah anak hang, Sulaiman oi,’ getus opah dalam hati. “Lagu ni laa rumah kampong. Kat Kuala Lumpur nun mana ada dah para depan rumah lagu ni,” balas opah, suaranya lembut keibuan.

Dato. Salleh tergelak. “Nak buat ceruk mana para kat KL umi oi. Sekali bukan udara bersih yang kita sedut, lebih asap kereta lagi gamaknya.”

Opah turut tersenyum. Pandangan dilarikan ke anak muda di sebelah Dato. Salleh. Kacak orangnya. Macam Salleh muda-muda dulu. “Awat yang anak hang sengap ja dari tadi? Dia segan ka dengan umi?”

Dato. Salleh mengerling Danial yang termangu-mangu di sisi. “Seganla agak nya tu, umi. Salah Salleh juga lama tak bawak dia balik Chuping ni. Umi pun lama tak mai rumah. Awat yang umi tak mau pi dok rumah Yol kat KL nu?”

“Ish, Yol pun sibuk nak balek dok kat kampong, takkan umi pulak nak pi dok kat Kuala Lumpur nun?” tukas opah. Dia melihat pandangan mata Dato. Salleh terarah ke pintu. Opah menoleh. Rupa-rupanya Balqis muncul dengan dulang berisi seteko kopi dan sepinggan kuih lompang.

“Assalamualaikum,” ujar Balqis sambil tersenyum. Salamnya disambut lembut oleh tetamunya. Agak familiar muka lelaki yang bersembang bersama opah, tapi di mana ya? Dia meletakkan dulang perlahan-lahan ke atas para. Kopi dituang. “Jemput minum,” selanya lembut, kemudian meminta diri untuk beredar.

“Balqis, mai la sembang dengan Pak Cik Salleh hang sat,” panggil opah lembut. Dia menepuk-nepuk tempat di sisinya.

Dato. Salleh tersenyum. Kagum melihat kecantikan wajah anak gadis di hadapannya. Persis wajah ibunya di kala zaman dahulu. “Balqis apa khabaq?”

Balqis tersenyum. Agak konfius. Ralat juga dirinya tidak mengenali tetamu sendiri. “Alhamdulillah, pakcik. Mai dua orang ja ka?” soal Balqis, cuba untuk berbahasa. Lelaki di sebelah pakcik bernama Salleh itu nampak kerek semacam, maka Balqis turut tidak mengendahkannya.

“Dua orang ja, Balqis. Makcik Sarina kirim salam kat Balqis dengan umi. Dia tak boleh nak tinggai kedai dia sekarang pasai stok luaq negara baru sampai,” terang Dato. Salleh panjang lebar.

Balqis sekadar mengangguk, buat-buat tahu. Makcik Sarina mana? Stok luar negara? Stok apa?

“Bila yang Balqis sampai dari London?” soal Dato. Salleh lagi.

Balqis terkejut. Tapi pura-pura tidak terkejut. Namun Danial nampak sangat terkejut. Dia berpaling memandang papanya. ‘Eh, bergerak jugak manusia ni. Ingat stok patung je,’ tukas hati Balqis. Dia senyum lagi memandang wajah Dato. Salleh. “Dah dekat dua minggu,” balas Balqis tenang. Dia perasan riak wajah Danial berubah.

“Baru dua minggu dah turun bendang? Tak takut lintah ka anak oi?” tukas Dato. Salleh, ketawa kagum. Jarang untuk melihat graduan United Kingdom turun bendang dua minggu setelah pulang ke tanah air.

“Lintah yang takut Balqis, pakcik,” jawab Balqis, tersengih. “Nak jogging kat Chuping ni, kelakar la pulak. Jadi, Balqis turun bendang ja la,” gurau Balqis lagi.

Dato. Salleh ketawa lagi. “Hai, pi jauh-jauh pun reti pegang kuku kambing lagi na?”

Opah turut tersenyum. “Setengah relung budak ni buat sorang. Umi tak larat dah laa, Salleh oi…”

Balqis meletakkan tangan di atas paha opahnya. Segan juga mendengar opah bercerita tentangnya kepada tetamu. “Pak Cik, takkan sembang saja. Jemputlah makan kuih tu,” ujarnya sopan. Dia mengalihkan pandangan ke arah Danial. “Jemput makan.” Kemudian kembali memandang opah. “Qis masuk dulu na. Asar pun belum lagi ni.”

Dato. Salleh mengiringi Balqis dengan pandangan matanya. Dia memandang opah yang tersenyum. “Balqis dah tak ingat dengan pak cik ka?”

6 comments:

  1. ha....
    abroad mari la si balqis nieh...
    hehehehee...
    cm best jer..
    smbung2...
    hihi...

    ReplyDelete
  2. kak hadiah xde maslh nak tulis..die pun abroad gak

    ReplyDelete
  3. hemm..
    nice beginning..
    comei jek..

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  4. shima dah baca crite nie dulu laa..tp igt2 lupa huhuhu

    ReplyDelete
  5. wow sekali graduan uk tu
    tak caya btl
    ha br padan ngn muka si danial tu
    ingt org pki kain batik n baju kurung kedah tak pandai ke
    hahahahaah

    ReplyDelete