Tuesday, December 23, 2008

BalQisku Episod ३(iii)

Sweet Hard Hand By Hadiah




“Assalamualaikum!”

Jeffri menjenguk dari dalam rumah. Opah dan Balqis telah pergi ke kebun untuk mengait mempelam. Keseorangan di rumah, Jeffri tidak mengagak akan menerima tetamu. “Waalaikumsalam.” Namun riak wajahnya terus berubah apabila melihat wajah tetamu yang bertandang.

“Jeffri?”

Jeffri mengangguk. “Ya, ya. Jemputlah masuk. Opah dan Balqis di kebun.”

Setengah jam kemudian, Jeffri dan Danial jalan beriringan di atas jalan tanah merah ke kebun opah. Mata Danial meliar memandang persekitaran. Sawah padi yang terbentang, saujana mata memandang. Danial tersenyum melihat beberapa pesawah sedang mengerjakan mesin menuai padi.

“Siang tadi Balqis turun bendang jugak. Menuai. Tapi tak betah pakai mesin katanya. Pelik minah tu. Makin moden sepatutnya makin senang. Nak buat cara susah jugak,” ujar Jeffri.

Danial tersengih mengenangkan kali pertama dia bertemu Balqis di Chuping. Baru lepas pulang dari sawah. “Mana dia belajar tanam padi ya, Jeff? Aku macam tak percaya je dia pandai tanam padi. Ada ke sawah dekat UK nun?”

Jeffri ketawa. “Kami memang belajar tanam sawah sejak kecik. Dulu aku dengan Balqis la yang selalu teman opah turun bendang. Lepas aku dan Balqis fly, opah buat bendang dengan member-member dia. Kalau ada masa, aku turun jugak.”

“Kau pun doktor ke, Jeff?”

“Ish, tak sanggup aku main-main darah macam Balqis tu. Aku ambik engine dulu.”

Burung-burung berkicau. Mereka meneruskan perjalanan sambil masing-masing melayan perasaan. Jeffri mengakui, dia agak kagum dengan Danial. Fenomena orang bandar yang sanggup turun ke ceruk kampung seperti Chuping jarang berlaku.

Namun, Jeffri tertanya-tanya. Masakan baru tiga bulan usia perkahwinan mereka telah timbul masalah? Balqis juga tidak bercerita. Selepas pulang dari Pekan Rabu, dia mengungkit isu pipi biru lagi, tetapi Balqis buat dono. Marah dengan tindakan Danial yang keterlaluan ‘menangan’ isteri. Lagipun, dia tidak percaya Balqis gagal menjadi isteri yang baik.

“Aku ada satu soalan. But just take it like from a bro to another. Okay?” Jeffri mula berbicara.

Wajah Danial berkerut.

“Have you seen the blue patch on Balqis’ cheek?”

Danial mengangguk. Dia membuang pandangan ke bendang. “I was the one who put it there,” Danial mengaku. Tiada guna berlakon seperti seorang pengecut.

Jeffri turut terdiam. Tidak sangka Danial akan mudah mengaku sebegitu.

“I guess my emotions went out of control. Bukan salah Balqis. Aku je yang selalu hot tak bertempat. Tertempias kat Balqis,” sambung Danial. Dia memerhati ikan puyu yang berenang di tali air. “The moment I laid my hand on her face, I instantly regretted it.”

Jeffri memerhati riak wajah Danial. Ada bayang kekesalan di situ. Jeffri menghela nafas. “I thought so too. I don’t mean to interfere, tapi aku dah kenal Balqis seumur hidup aku. She is like my own baby sister. When I saw that work or yours on her face, agak menyirap darah aku. But I wanted to wait for your explanation.”

Danial menatap wajah Jeffri. “Aku faham kau protective terhadap Balqis. Aku menyesal cepat sangat naik tangan. Aku mohon maaf dari kau dan opah,” balas Danial perlahan.

Jeffri mengangguk. “I could tell Balqis is deeply hurt. Selama ni tak pernah sesiapa naik tangan kat dia. Bawak-bawaklah beristighfar kalau kau marah. Jangan jadikan isteri sebagai mangsa,” ujar Jeffri.

Mereka berjalan beriringan masuk ke kawasan kebun. Kelihatan Balqis terjengket-jengket cuba mengait mempelam menggunakan galah. Danial tersenyum. Agak kelakar melihat isterinya, seorang wanita berkerjaya, wanita bandar, terjengket-jengket mengait buah, berkain batik, berbaju kurung kedah dan bertudung bawal. Unik.

“Tengok Jep bawak sapa?”

“Haa, Jep! Mai sat! Buah ni dok tinggi sa…”

Kata-kata Balqis terhenti. Terkejut melihat tetamu yang tidak disangka itu. Opah tersenyum sambil menerima salam yang dihulur oleh cucu menantunya itu. “Awat nak mai tak habaq? Danial baru balik dari Bangkok la ni?”

Danial menjungkit kening. Bangkok? Pandangannya menyapa wajah Balqis. Balqis pura-pura menguntum senyum. Dia meraih tangan suaminya, dan tangan lelaki itu disalam. “Abang apa khabar? Bila sampai dari Bangkok?” tutur Balqis lembut. Perasaan ditahan. Hendak ketawa pun ada dengan lakonan first-class nya.

Danial tersengih. Lucu. Namun biarlah mereka berdua sahaja yang tahu. “Alhamdulillah. Baru sampai tadi. Balqis sihat?”

Opah terkekeh. “Sihat lagu dia la, Danial. Dah jadi bini orang pun, turun tangga tak reti lagi. Tu pipi dah jadi biru,” sampuk opah.

Balqis menempek sengih di muka. Danial pula buat muka concerned. Jeffri tersenyum. Danial menyentuh pipi Balqis, tiba-tiba dia terasa seperti sebiji bola ping pong berada di halkumnya. Masih tidak percaya dengan hasil ‘kerja tangan’nya. “Lebam ni. Dalam SMS Qis cakap sikit je. Qis dah gi klinik ke?”

“Apa la ko ni, Danial. Buleh pakainyer advice. Nama je bini ko tuh doktor, takkan nak suruh ke klinik lagi?” ujar Jeffri, lucu.

Danial senyum. “Habis tu? Ingat doktor tak boleh sakit ke?”

“Sikit je. Dah sapu Boots cream dah pun,” balas Balqis perlahan. Agak malu dengan tindakan Danial yang sedang mengusap pipinya. Bajet baik aa tuh eksyen depan opah?

6 comments:

  1. When I saw that work or yours on her face, agak menyirap darah aku. But I wanted to wait for your explanation.”


    mak aiiihh..suwitnyer

    ReplyDelete
  2. uiik..
    pandeinye blakon ehh...
    leh jd artis nie..cewahhh..
    best2....

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  3. waaahhh...
    plakon bleh dpat award nieh...
    isk2....
    ske2...

    ReplyDelete