Wednesday, December 24, 2008

BalQisku Episod 7(i)

Sweet Hard Hand By Hadiah

“Agak-agak isteri kau takde member-member yang dia nak introduce ke?” soal Zariff, teman seuniversiti Danial di US. “Macam mana awek-awek yang best semua melepas kat ko nih?” tambah Zariff lagi, sambil memerhati Balqis yang sedang melayan tetamu di sudut taman।

Danial menarik senyum. “Eh, puji, puji jugak. Pandang sikit-sikit cukupla,” gurau Danial.

Mereka ketawa। “Dulu liat sangat nak nikah. Sekarang kau pun dah pandai cemburu, Zack? Biar btol!”


Danial senyum lagi। Tak tahu respon bagaimana yang harus diberikan. Danial mengalihkan pandangan ke arah Balqis. Seronok nampaknya dia bergelak ketawa dengan seorang lelaki yang baru sampai. Sesuatu berdetik di hati Danial. Mereka mesra. Kenapa dia dan Balqis tidak bergelak ketawa begitu? Tiba-tiba mata mereka bertemu. Danial menghadiahkan senyuman. Balqis turut tersenyum.


“Kejap. Kesian pulak aku tengok dia layan tetamu sorang-sorang.”

Danial berlari-lari anak ke arah Balqis। Wanita itu terkejut dengan kehadirannya di sisi. “Hey sweetie,” tutur Danial lembut.


Balqis tersenyum. Dibiarkan sahaja tangan Danial melingkari pinggangnya. Tak terasa nak membuat scene dengan membackhand Danial di public। “Hey. Meet Dr. Hamzah. My colleague. Hamzah, my husband, Danial.”


Danial dan Hamzah berjabat tangan। “Nice meeting you, Danial. I’m officially a jealous man. Great wife you have here,” tutur Hamzah, tersengih.


Senyuman Danial bertambah mekar. “Sorry, Dr. Hamzah. She’s off the market,” balas Danial ringkas. Pegangannya pada pinggang Balqis dikemaskan.

“Well, I envy you, nonetheless,” balas Hamzah, sengih lagi।

Balqis membuntangkan mata*। “Okay, you guys are being too much,” tutur Balqis tersenyum. Malu ada, nak termuntah pun ada. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat Nia di celah-celah jiran-jiran yang bertandang. “Kak Nia!”


Nia berpaling apabila mendengar namanya dipanggil। Tersenyum melihat hos yang melambai-lambai ke arahnya. “Hey, darling, Danial. Hamzah pun ada?” ujar Nia. Dia tersengih memandang Hamzah di sisi Balqis.


Hamzah turut tersengih. “Yes, Hamzah’s in the house.”

Mereka berbual-bual seketika sebelum Balqis meminta diri untuk menyambut tetamu lain।


“Balqis?”

Balqis memusingkan diri ke arah empunya suara. Dia tersenyum, confused. Jiran ceruk mana pulak ni?

“I’m Fisha, teman Danial,” tutur wanita itu. Dia menarik senyum lopsided। “Fancy finally meeting you.”

Darah Balqis berderau. Namun dia pantas mengawal emosi. “Fisha. The pleasure is mine,” balasnya, senyuman tetap maintain. “Thank you for making it here. I ingat you tinggal kat JB?”

Fisha ketawa. Seksi semacam.

Takkan aku pun dia nak goda?

“Tiap-tiap minggu I turun KL। Career woman, you know?”


Balqis senyum lagi, menahan sedaya-upaya dari menjulingkan biji mata. Padanla asal weekend je mamat tu menunggang. Lepas tu menyusahkan aku. “Oh, I guess I could relate,” balasnya sopan.

Fisha ketawa lagi. Dia memflipkan rambut iklan Pantene ke belakang. “Sure.” Dia tersenyum, perli.

“You dah makan? I could grab a plate for you।”


Fisha menggawang-gawangkan tangan। “Eh, tak payahlah. Grilled food, greasy semacam. I’m on Atkins diet. You know, which costs me like 30 bucks per month?”


“Oh,” angguk Balqis. Buat-buat bodoh. Keding gitu lagi nak Atkins ke? “Minum?”

“Oh, would you? Thanks, sweetie. I’m parched.”

Balqis berlalu ke meja refreshment. Koktel jus oren campur Sprite dicedok ke dalam gelas kristal.

“Oh, would you? I’m parched!”


Balqis mengalihkan pandangan ke sebelah. Humaira dan Fatin sedang ketawa melihak aksi Jasmin. Lengkap dengan hair flipping ala-ala Maya Karin dalam iklan Pantene.

Balqis turut ketawa। “Eavesdropping! Too much laa korang ni,” komen Balqis.


“Hello? Macam mana ko boleh jemput perempuan tu? Traitor!” tuduh Jasmin. “I thought we are the anti-groupie club members! Apa membership cards tu dah tak membawa makna ke pada kau?”


Balqis ketawa lagi. “Apa ko merepek ni? Bukan aku jemput. Agaknya suami terchenta aku jemput kot.”

Humaira dan Fatin menarik senyum segaris. Kagum dengan ketabahan Balqis. Kalau perempuan lain agaknya tentu sudah berlaku adegan Chyna versus Lil’ Kim tadi। “Yang kau baik semacam siap ambik-ambik air lagi kenapa?” soal Humaira pula.


“Laa, dah nama tetamu aku. Takkan aku nak curah je air ke muka dia?” balas Balqis lagi.

“Hmm, tempting idea,” sampuk Fatin.

“Sudah. Korang ni mana boleh percaya. Especially si Jas ni. Ko jangan pulak letak katak dalam purse dia. LV ni। Jangan buat onar pelik-pelik.”


Jasmin tersengih nakal. “Asal aku jumpa katak dalam pond ko tuh, aku up je.”

Balqis berlalu meninggalkan sahabat-sahabatnya sambil menggeleng kepala। Ternampak kelibat Fisha berlingkaran tangan bersama Danial di buaian. Kepala ditekur ke tanah. Sakitkah hati?


“Here, Fisha. Orange juice with Sprite. I hope it won’t clash with your Atkins diet,” tutur Balqis seraya dia memberikan cawan berisi koktel kepada Fisha. “I’m not interrupting anything, am I?

“You’ve met Balqis?” soal Danial, terkejut।


“Oh, we’ve made friends, alright. What a cool housewife you have, Danial.”

Darah Balqis membuak-buak lagi. Housewife? Dia berkira-kira apa agaknya hukuman manslaughter di Malaysia.

4 comments:

  1. bez2..............................

    alahai nape lak invite si fisha tue..nsb rr Qis tue cool....

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  2. kejamnye.
    sian Qis.
    sbr je qis ye syg.
    u r a strong woman.
    agaga.
    suke2.danial tau plak cembru n xpkir lak cmbru qis.backhand kang.agaga
    -na`dz

    ReplyDelete
  3. eeii..
    geramnye ngn si fisha nieh....
    xtaw ker yg balqis tuh wife danial??
    lgi nk gedik2 cm sotong..
    eii....

    ReplyDelete
  4. giler kejam..
    geram2..mengong danial nie..
    hish! danial ngn hamzah tau lak nak jeles
    die kepit2 ngn fisha blh plak
    huh!!

    ReplyDelete