Tuesday, December 23, 2008

BalQisku Episod 5(i)

Sweet hard Hand By Hadiah

“Assalamualaikum। Apa khabar Amira hari ni?” soal Balqis tersenyum। Dia membaca laporan pesakit yang diambil dari hujung katil। Transverse fracture of fibula। Temperature graft sekata। Date of admittance; semalam। Drug: Ativan।

Amira mengangkat kepala untuk bersandar di kepala katil। Dia turut tersenyum melihat doktor yang mengunjungi katilnya. “Khabar baik, doktor.” Semalam seorang doktor perempuan Cina yang telah merawatnya. Kaki dibalut dengan cast yang agak besar. Setelah disuntik dengan ubat penahan sakit, dia tidur semalaman.

“Okay, Alhamdulillah।” Balqis meletakkan eartips stetoskop di telinga. Dia mendengar rentak degupan jantung Amira. Kemudian tekanan darah diambil. Bimbang akan menyebabkan tekanan darah rendah akibat kontraindikasi dadah yang digunakan.

“Mira sekarang Form Five, kan? Sekolah dekat mana?” soal Balqis, berbual-bual kecil sambil tangannya cekap mengepam sphygmomanometer। 90/60. Rendah.

Amira mengangguk perlahan। Kepala seakan-akan berdesing. Mungkin kerana terlebih tidur. “Dekat Kampung Kerinchi,” balasnya perlahan.

Balqis mengangguk-angguk perlahan। “Tahun ni SPM lah ya? Amacam, dah ready?” soalnya lagi, tersenyum. Kenapa rendah sangat tekanan darah? Period ke?

Amira membalas senyum, lemah। “Takutlah, doktor. Banyak sangat yang kena study. Lepas tu patah kaki pulak,” gumam Amira.

“Takpe, slow-slow। Insya Allah seminggu lagi Mira dah boleh balik.” Balqis menulis tekanan darah Amira di laporan pesakit. “Mira period ya sekarang?”

Amira terdiam. Wajahnya yang sedia pucat sedikit-sebanyak bertambah pucat. “Ya.”
Balqis menjungkit kening। Matanya tertancap ke arah tapak tangan Amira yang berbintik-bintik. Ruam berwarna coklat sebesar syiling satu sen itu menarik perhatian Balqis. “Dah berapa lama Mira period?” soal Balqis lagi. Hatinya diruntun tanda tanya.


Amira melarikan pandangan ke tingkap hospital। “Baru semalam.”

Balqis mengukir senyum, untuk menyedapkan hatinya dan juga pesakit mudanya। “Okay. Akak kena ambil sample darah Mira untuk lab. Tak sakit. Akak buat pelan-pelan, okay?”

Setelah darah Amira diambil, Balqis segera menghantar sample itu ke makmal। Di makmal, Balqis memohon Dr. Alzun menjalankan VDRL.

“Sapa yang kena STD ni, Qis? Jarang benar ada kes gini,” soal Dr। Alzun. Sepanjang bertugas di SJMC selama lebih lapan tahun, kurang lima kali dia menerima kes sebegitu.

Balqis menggigit bibir। “Female teenager. Ada chancre sebesar duit satu sen. Low blood pressure. Rasa bersalah to even think of the diagnosis on such a young lady. Mungkin I’m wrong. Nau’zubillah.”

Dr। Alzun mengangguk. Anak buah emas Dr. Lucy dan Dr. Nia ni mungkin ada betulnya. “Waktu kat UK dulu mesti bersepah kes STD kan? I believe you probably nailed this one,” balasnya tersenyum. “I’ll get back to you tomorrow.”

Glossary
Fibula - tulang kecik kat betis. Kalau kita picit dalam-dalam betis tu, dapat rasa.
VDRL - Venereal Disease Research Laboratory slide test untuk determine ada STD ke tak.
STD/VD – Sexual Transmitted/ Venereal Disease. Contohnya Syphilis, Gonorrhea, AIDS.
Chancre – Ruam sebesar penny yang tumbuh di tapak tangan pesakit Syphilis Level II.
Treponema pallidum – mikrob yang menyebabkan Syphilis.
hCG – Human Chorionic Gonadotrophin, sejenis hormone yang boleh dikesan dalam air kencing dan darah wanita mengandung. Untuk pregnancy test.

1 comment: