Tuesday, December 23, 2008

BalQisku Episod 4(iii)

Sweet Hard Hand By hadiah

“Ada pulak lagu tu, pa? Takdak takdak!” ujar Balqis ke dalam corong telefon। Gagang dikepitkan antara pipi dan bahu। Tangannya pula berhati-hati menuang susu ke dalam gelas

“La, papa pulak yang tipu. Orang habaq betui, dia takmau percaya.” Ketawa.
Susu diteguk। “Abih tu awat papa tak mintak otograp dari dia?”

“Hish. Pakai baju pun tera orang-orang halau burung kat tepi bendang, papa pun tak berani nak pi dekat.”
Ketawa Balqis meletus। “Baju lagu orang-orang pun ramai peminat, pa. Sampai hati kata Liam Gallagher tu pakai baju lagu orang-orang.”

“Pakai jeans lubang berapa kali tampung, jaket pun rupa tak penah basuh. Bagi kat tikuih pun tikuih tak lalu.”
Ketawa lagi। “Pa ni. Mama dok buat apa? Sengap ja.”

“Mama dok bertukang apa kat dapoq tu tah। Dari petang tadi dok dengaq kteng-kteng. Dia sibuk dok tanya bila Qis nak mai? Haa, bila yang Qis nak mai bawak Danial? Mai la sekali dengan opah lepas musim menuai ni.”

Balqis sengih। Nak duduk serumah pun tak mampu nak tahan sabar, ni nak suruh naik flight for 14hours straight, lepas tu berlakon pulak depan papa dan mama for at least another two weeks. Not her idea of a dream vacation.

“Yang oi, papa tanya ni,” ulang papa lagi। Dia dapat membayangkan papa yang sedang menggeleng-geleng kepala sambil bersandar di kerusi malas rumah mereka. Kent pada musim bunga. Cantik. Nyaman. Rindu dengan Kent.

“Pi musim menuai? Tak sempat kot pa. Sekarang ni Qis bukan residen lagi. Baru housemanship. Mana buleh memandai nak cuti lagu tu,” terang Balqis. Alasannya kira valid, tidak dalam kategori menipu.
“Ala, mai weekend pun jadila,” pujuk papa lagi।

Balqis ketawa. “Papa ni. Gaya pi UK tu naik bas dari Chuping pi Aloq Staq ja.”
Papa pula ketawa। “Ya la. Ya la. Danial ada la tu?”

Balqis menggigit bibir। “Ada. Dok langut TV depan rumah,” ujar Balqis. Tipu. Minus one mark. Dia sendiri tidak tahu arah tuju lelaki itu tengah-tengah malam begini. Nak cakap kat papa anak menantu kesayangan dia tengah ronggeng kat mana-mana tah, karang tak cukup tanah papa mengamuk.

“Habis tu kapa dua ni dok tunggu apa tak pi lena lagi? Dah pukui berapa malam dah kat Malaysia ni?”
Bunyi derapan tapak kaki। Aik? Dah balik? Balqis menjungkit bahu. “Pukui 1.30 pagi baru pa. Takkan nak lena sambil call papa kot? Papa ja yang terer sleeptalking. Qis tak reti.”

Papa ketawa lagi. “Pandai nak kenakan papa pulak. Ha, tidoq lewat-lewat. Lepas tu miss tahajud,” marah papa.
Tiba-tiba Balqis terasa tangan seseorang melingkari pinggangnya। Ralat. Mangkuk mana pulak ni? “Hey, babe. You smell good,” mangkuk bernama Danial berbisik.

Ish। Apa cerita balik-balik terus peluk orang ni? Sure kes tak sober ni. Dia buat bodoh. Direnggangkan pelukan Danial. Wajah lelaki itu ditatapnya keras.

“Qis? Awat sengap ja? Ka putuih line ni?”
“Eh, eh। Tak, pa. Ada lagi ni.”

Tiba-tiba Danial terus menerpa ke bilik air। Bunyi muntah.

“Pa, gotta go. Cake dalam over nak hanguih,” ujar Balqis spontan. Datang mana pulak idea kek ni?
“Qis buat kek apa malam-malam buta ni?”

“Okay pa। Kirim salam kat mama. Assalamualaikum!” Tak sempat menunggu jawapan salam papa, Balqis tekan butang off pada cordless. Dia kemudian menuju ke bilik air. Lelaki itu sedang memuntahkan isi perut ke dalam mangkuk tandas. Bau tengik menerawang di udara.

Dia segera mengurut belakang Danial। Kemudian mencurah-curah lagi muntah yang keluar. Ditekan pula ulu tengkuk lelaki itu untuk membuang angin. Keluar lagi muntah, diselangi bau alkohol yang kuat.

“Sakit…” rengek Danial.
“Nak muntah lagi?” soal Balqis pula।

Danial menggeleng-gelengkan kepala.
Di dapur, Balqis memberikan dua biji aspirin kepada Danial। Lelaki itu menelannya sekali harung. Kemudian dia menghulurkan kembali gelas yang kosong kepada Balqis. “Can I have some more vodka, please?”

“You are the most polite drunk I’ve ever seen,” komen Balqis। “But no more vodka for you tonight. Air kosong je.”

Danial tersengih। “And you are the most beautiful bartender I’ve ever seen,” balas Danial. Kepalanya diletakkan di atas meja. “But why do you have three faces?” rengek Danial kembali sambil menunjuk lima jari kepada Balqis.

Balqis menggeleng-gelengkan kepala। “I’m not the bartender. I’m your worst nightmare, remember?” ujar Balqis kembali. Gelas yang kini telah berisi dengan air kosong dihulurkan kembali kepada Danial.

Danial mengangkat kepala। “How come such a beautiful creature like you could be my worst nightmare?” Gelas dicapai dan dia minum sekali nafas. Sekali imbas, macam teguk vodka shots.

Balqis senyum। Walaupun hatinya pedih melihat suami mabuk sebegini, tetapi kata-kata Danial tetap memutikkan senyum dibibirnya. “No, hun. You wouldn’t have said that when you were sober.” Dia menarik tangan Danial dalam usaha untuk memapah lelaki itu ke bilik tidur. “You are so gonna have a splitting headache first thing in the morning,” gumam Balqis lagi.

“Good morning, good morning, good morning to youuuu,” nyanyi Danial kecil। Dia membiarkan sahaja tubuhnya dipapah Balqis. Balqis ketawa. Komedi sungguh.

“Sing all you want। Nanti dah sakit kepala, don’t tell me I didn’t warn you,” balas Balqis. “Danial, jangan la buat lembik sangat. You ingat I ni Triple H?”

Danial berhenti melangkah। “You won’t leave me right, beautiful bartender?” soal lelaki itu. Matanya merenung dalam mata Balqis.

Balqis menelan air liur.
“Please tell me you won’t leave,” rayu Danial lagi।

Balqis menggeleng-gelengkan kepala. Get a grip, woman. He’s drunk. He doesn’t mean a word he’s saying.
“Don’t leave,” rengek Danial lagi। “If you don’t say yes, I’ll cry.”

“Ye ye। I won’t leave. Now, would you be a doll and help me to carry you to your room. It helps if you put a foot in front of the other to walk,” balas Balqis.

Danial tersengih lagi. “Thank you, beautiful.” Dia mula melangkah. Kemudian berhenti semula. Sengaja menemukan bibirnya dengan pipi mulus Balqis.

3 comments:

  1. hahaha...
    swtttt tol...
    comei jer Qis mlyn danial tue..

    alahai danial pasai apo mu g minum tue?

    ReplyDelete
  2. teruknyer....danial kejamnyer awak ni...ingatkan da serik kene sound aritu

    ReplyDelete
  3. nseb bek qis sbr lyn kerenah danial.
    tp sweet je.
    agaga

    ReplyDelete