Tuesday, December 23, 2008

BalQisku Episod 4(i)

Sweet hard hand By hadiah


Danial membelok. Fikirannya menerawang kepada kejadian malam semalam. Fisha dan Hakimi berpelukan memasuki Marriot.

Di halaman rumah, Danial menekan alarm untuk mengunci kereta. Briefcase dijinjing, sambil berharap wajah Balqis seperti biasa menyambut kepulangannya dari pejabat. Bersama secawan hot chocolate.

Namun hampa. Danial menjungkit bahu. Alah, tak mati kalau tak minum hot chocolate tu sehari.

“Hampeh ko, Jas. Aku dah agak bila Fatin cakap mayo facial mask yang dia letak dalam peti ais tu hilang.” Muncul suara Balqis. Sedang bergayut rupanya. Dia melambai ke arah Danial sambil mengunjuk ke arah hot chocolate di atas meja Jepun.

Ketawa. “Perlu ke ko buat dip guna facial mask tu? Punya la pemalas nak turun beli mayo. Nasib baik tak cirit je.”

Danial menjungkit kening. Facial mask jadi dip for chips? Biar betul.

Ketawa lagi. “Keji giler! Kok iye pun tak suka, yang ko pegi letak bangkai katak dalam MNG pumps dia buat apa?”

Mata Danial terbeliak. Mak aih. Ganas jugak budak-budak medic ya?

Not right, babe. Not right. Especially bila tu kasut MNG,” ujar Balqis lagi, senyuman masih menyerlah. Manis. Danial turut terasa ingin tersenyum sama melihat senyuman itu.

Perut Danial mula menyanyi. Pantas tangannya memegang perut.

Dia mencuri pandangan ke arah Balqis lagi. Bila nak habis cakap ni? Lapar…

Ala, aku setakat verbal attack, wasn’t that cruel, ok?”

Tak boleh jadi ni. “Balqis. Finishing your girly moments anytime soon? Lapar…”

Balqis menjungkit kening. “Already? Okay,” dia membalas. Senyum lagi. Contagious. “Jas, gotta go.”

Balqis terdiam menunggu balasan sahabatnya. Danial cuma memerhati dari posisinya. “The Darth Vader lapar,” balas Balqis, tersengih. Dia mengenyitkan mata ke arah Danial.

Di dapur, Danial mengambil tempat di kaunter. Dia memerhati Balqis menyenduk lauk dari kuali. Tempoyak ikan dengan udang harimau sweet sour. Kailan Chinese style. Balqis menjungkit kening. “Sorry, bos. Hari ni local. You boleh terima tak?”

Danial turut menjungkit kening. “Perli ya? Hand me the plate, please,” balasnya.

“It’s okay, I’ll get it.” Nasi disenduk dan diletakkan di hadapan Danial. “Or nak kena sendukkan lauk jugak?” ujar Balqis lagi.

“I think I could handle that,” balas Danial. Balqis menjungkit bahu. Dia menuju ke arah kabinet untuk mengeluarkan pinggan. “You nak cinnamon bread rolls ke puding?”

Tangan Danial berhenti menyenduk udang. “What?”

“Dessert. Bread rolls ke pudding?” ulang Balqis lagi.

Danial tersengih. Kemudian dia menggeleng-gelengkan kepala. “Damn, woman. Do I have to choose?”

“In my kitchen, you don’t,” balas Balqis. Kemudian dia mengeluarkan dua ketul bread rolls dari oven. Bau kulit kayu manis terawang-awang di udara.

Danial tersenyum lagi. Dia memerhati Balqis. “Jom teman I makan.”

“I dah makan,” balas Balqis, acuh tak acuh.

“Didn’t bother waiting for me?”

“Eh, don’t return that back to me. Dulu bila I tunggu you, balik-balik sapa yang kononnya tak lalu makan?” tukas Balqis. Dia berhenti menuang kuah caramel ke atas puding.

Danial tersengih. “Okay, okay. Sorry. Jom la lepak sekejap dengan I. Ke takut dengan Darth Vader?”

Ketawa Balqis meletus. Akhirnya ditarik juga kerusi bertentang dengan Danial. “Marah ke? I tak nak makan penyepak free lagi. I swear I’ll react back this time,” balas Balqis, separuh mengugut.

Danial ketawa. “Takdelah. Suka. Tak pernah I dengar orang panggil I Darth Vader. Selalunya orang panggil ‘Handsome’, tak pun ‘Total Hunk’ je.”

Balqis tersenyum. “Kesian. Sapala gamaknya yang dok tipu you tu ya?”

“Denial is a horrible place to live in, Balqis,” balas Danial, sengih.

Balqis *rolled her eyes*. “Oh, I’m sure.”

Mereka berborak-borak seketika. Apa mood yang melanda rumah itu petang-petang begini, mereka tidak tahu. Tiada lagi cold shoulders. Cuma gelak ketawa. Perlian. Ejekan. Semua itu normal. Tapi antara Balqis dan Danial?

“Mana you belajar baking ni? You ambik medic ke gourmet cooking kat UK dulu?” soal Danial.

“Oh, gourmet was in France,” balas Balqis, acuh tak acuh.

Mata Danial terbeliak. “Biar betul.”

“Laa, takkan nak tipu?”

“So, you belajar bake mende alah ni kat France ke?” soal Danial lagi, mengunjuk ke arah bread rolls.

“Tu kat Tuscany.”

“Pulak dah. You ni mesti ngelat bila mak bapak antar pegi study,” ujar Danial, sengih, sambil menggawang-gawangkan jari index ke arah Balqis.

“Eh, tengok kaki, okay? Orang pergi waktu cuti la. Summer kan panjang. Kalau tak balik Kedah, turun Europe,” terang Balqis.

“Hish. Agak boring sangat ke sampai took up cooking lesson?” soal Danial lagi.

“Are you complaining?”

Danial tersengih. Dia menggawang-gawangkan bread roll di udara. “About this? None. Except for compliments.”

Balqis tersenyum.

Azan maghrib berkumandang sambil berlatar belakangkan kicauan burung. Balqis segera bangkit dari kerusi. Pinggan kotor dicapai dan dibawa ke sinki untuk dibasuh.

“Aik? Kenapa?”

Balqis mencuri pandang ke arah Danial yang masih di meja makan. “Kenapa apa?”

“Kenapa tergesa-gesa sangat?”

Kan dah maghrib tu?”

Pandangan Danial jatuh ke bread roll. “Oh.”

“Jom maghrib sama,” ton suara Balqis lembut mengajak.

Danial tersenyum. “You maghrib dulu.”

2 comments:

  1. haha..
    dat a gud beginning 4 their marriage..
    suke2..
    cam tue r baru best duk sermh n bramah mesra..

    ReplyDelete
  2. lets start the beginning...
    yeaaaa.....
    ske2....

    ReplyDelete