Tuesday, December 23, 2008

BalQisku Episod 3(v)

Sweet hard hand By Hadiah



“Mahalnya udang ni, chik. Murah la lagi.”

“Remind me again why I’m going marketing with you.”

Balqis menjungkit bahu. Dia memilih-milih udang galah dan diletakkan ke dalam bakul yang diberi penjual. “You yang cakap you boring. Pastu terus offer drive.”

Danial mengeluh. “Mana I tau you nak datang pasar. I ingat bila you cakap marketing, you nak pergi Giant ke, Carrefour ke.”

“Lain kali tanya,” jawab Balqis ringkas. Dia tersenyum terhadap pakcik penjual. “Bolehla, lima belas je pakcik,” pujuk Balqis lagi.

Pakcik itu ketawa. “Yalah. Untuk anak-anak, lima belas.”

Balqis tersengih. Danial memandangnya pelik. “Terima kasih, chik.”

Setelah berbual-bual seketika, mereka beredar dari gerai itu. Suasana di Pasar Basah Setapak riuh-rendah seperti biasa. Tambahan pula lori berisi ikan segar baru sampai. Danial berhati-hati mengekori Balqis yang tidak mahu melepaskan peluang membeli ikan segar. Bakul di tangan dipegang erat.

“How did you do that?”

“Do what?” soal Balqis, langkahnya diteruskan. Lucu juga melihat Danial yang terkial-kial melangkah meredah pasar yang kotor. Di dalam kereta sebelum turun ke pasar, awal-awal lagi Danial telah melipat kaki seluar khakisnya.

“Tadi, beli udang tadi,” ujar Danial lagi.

Balqis senyum. “Don’t ask weird questions, Danial. People are staring,” balas Balqis, yang menyedari beberapa pasang mata golongan-golongan veteran sedang memerhati mereka. Dari gerak geri Danial yang lagaknya tidak pernah turun ke pasar, ke percakapan mereka dalam bahasa Inggeris. Out of place.

Setelah tawar-menawar dengan penjual ikan pula, mereka pulang dengan bakul sarat dengan udang galah, ikan tenggiri, sotong bunting dan ayam. Tidak lupa juga kangkung dua ikat yang dibeli di luar pasar.

“Macam mana you mintak tawar je pakcik makcik semua elok je kasi?” soal Danial, setelah BMWnya mula meluncur dari Setapak ke Ampang. “You pakai ilmu apa?”

Balqis tersenyum. Soalan begini pun ada ke? “Ilmu senyum.”

Danial ketawa. “I know it! Mentang-mentanglah you cantik, suka hati je jaja senyum you merata-rata. Kesian pakcik-makcik tu kena gula-gula dengan you.”

“Eh, senyum tu kan sedekah?” ujar Balqis sambil menjungkit kening.

1 comment:

  1. hehe..
    alahai de gak owang cam danial tue..adoyai..
    de ke patut banda cam tue pon die xtaw..

    ok la tue die temankan wife..pg marketing..hawhaw..

    *swit hanna*

    ReplyDelete