Tuesday, December 23, 2008

BalQisku Episod 3(i)

Sweet Hard hand By Hadiah



“Opah, jom pi Pekan Rabu!”

Opah senyum. Dia terus memilih-milih bunga kantan. “Nak cari apa pi sampai sana?”

“Nak cari tudung bawal sikit nak bawak balik KL. Jomla opah…” rengek Balqis. Dia meneruskan kerja memilih isi ikan untuk dibuat laksa.

“Qis nak beli berapa banyak? Setakat dua tiga helai, pasar malam esok pun buleh cari,” balas opah.

“Qis nak borong laa opah. Mama pun hantaq mesej mintak tolong kirim selai dua ke UK,” ujar Balqis. “Lepas tu nak bagi kat budak-budak kat hospital jugak.”

“Assalamualaikum!”

Balqis dan opah terdiam. Kemudian, Balqis tersengih. “Waalaikumsalam!” Dia bergegas ke ruang tamu. Tangan yang basah dilap di tuala Good Morning yang disangkut di bahu.

“Oih, mak hang! Dia pakai kain batik!”

Ketawa Balqis meletus. Dia melibas lengan empunya suara dengan tuala Good Morning. “Sentul hang, Jep! Hang ingat aku tak reti pakai kain batik dah ka?” balas Balqis, tersengih terhadap sepupu sesusunya, Jeffri.

“Hang baru teringat nak mai ka, Jep? Aku suruh pi bayaq bil serupa pi bayar kat Balik Pulau,” opah menyampuk, sambil terjenguk dari ceruk dapur.

Jeffri pula tersengih. “Ala, opah ni. Kalau rindu dengan Jep, miss call la. Kat opis banyak keja dua tiga hari ni. Sorry la, sweetheart,” ujarnya, sambil mencium pipi opah. “Sweetheart masak apa tengah hari ni?”

“Asal jejak kaki ja, teruih tanya menu. Bertuah punya budak. Hang bayaq bil apa sampai ke Balik Pulau tu? Bila pulak opah pakai credit card?” soal Balqis.

Jeffri ketawa. “Hang dengaq laa opah buat lawak. Aku pi bayaq bil karan ja, mana pi jauh. Setakat pi post opis, cukup la,” balas Jeffri. “Yang hang ni apa cerita pulak tengah minggu balik Chuping? Sangap sangat-sangat dah ka?”

“Mana buleh kasi hang ja dok bawah ketiak opah,” ujar Balqis, tangannya cekap memilih isi ikan. Jeffri yang sudah berdiri di sebelah Balqis, mencapai seekor lagi ikan kembung dan memulakan proses ‘deboning’. “Eh, lepas lehoq teman aku dengan opah pi Pekan Baru.”

“Sudah. Balik-balik aku jugak kena jadi barua hang. Tak puas-puas ka shopping kat Midvalley ngan KLCC?”

Balqis sengih, tahap iklan Darlie. “Kat KLCC mana buleh cari tudung bawal 8 ringgit. Buleh la. Lepas tu kita teruih pi SP. Lama aku tak pi rumah hang.”

Selepas Zohor, Balqis menyediakan sejadah dan kain pelekat untuk Jeffri. Lelaki itu masih memberi makan ayam di halaman. Lucu melihat telatah Jeffri. Itik yang sedang terkedek-kedek menuju ke pinggan dedak, digertaknya.

“Haa, lekasla siap. Lepas aku solat ja kita teruih pi,” ucap Jeffri. Dia memerhati Balqis yang sedang menghampar sejadah. Matanya tertancap pada kesan biru di pipi Balqis. Hairan. “Dah besaq pon tak kan dok main dengan nila lagi?”

Balqis menjungkit kening. “Apa hang repek ni? Bila pulak aku main nila?”

“Tu pipi.”

Balqis terdiam. Tidak semena-mena wajahnya merona merah. Hampir merah. Merah kebiruan. “Cepatlah solat. Tahun depan pun belum tentu sampai Pekan Rabu kalau hang dok cegat kat situ,” balas Balqis, berbasa-basi.

Jeffri pula terdiam. Dia memerhati Balqis beredar ke tangga. “Did he do that to you, Balqis?”

“Sapa buat apa pulak ni?”

Jeffri menggeleng kepala. Syukur dengan keadaannya yang berwuduk, perasaan marah hilang secepat ia muncul. “We’ll talk later.”

4 comments:

  1. huh..care giler jeff kat balQis... ni pun sweet.. sedare sesusu katekan..cubit paha kanan. peha kiri pun terase

    ReplyDelete
  2. heeee...
    nseb bek ader laki len yg amek brat pasl qis walaupon sepupu..
    kasi bakar sket danial tuh..
    bia dye npak..
    huisyy...

    ReplyDelete
  3. xyah dbgtaw pun mst fhm nyer..

    biaq aku tlg ehh..(smgt nie)
    "of course le..mamat tue yg wat"

    pe pun hrp2 Qis tabah..^^

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  4. ahaa..itu die..
    cm sweet je jep nie..
    heheheh

    ReplyDelete