Tuesday, December 23, 2008

BalQisku Episod 2(iv)

Sweet Hard hand by Hadiah



“Hampeh kau, Qis. Alang nak cuti tu, sound la rakan-rakan. Ada ke enjoy sengsorang?”

Balqis ketawa. “Rakan-rakan? Gediknya bunyi,” balasnya pendek. Dia maintain 110km/jam. Nasib baik PLUS kurang sesak pada hari bekerja.

Humaira ketawa. “Siyot kau. Aku cuba untuk memperkayakan bahasa Melayu aku, ok? Be a little supportive here.”

“Bajet English sangat lah tu? Baru sesat kat UK lima tahun dah act tak hengatt,” ujar Balqis lagi. Headphone ditekan masuk ke dalam telinga apabila suara Humaira menjadi sayup-sayup.

Ketawa Humaira pecah lagi. “Kau kat mana, Qis? Aku rotate pergi ER lah pulak, kan. Jas pergi Obs. Gila seram. Fatin pulak sesat ke Ortho. Lone Rangerlah aku kat ER ko takde.”

“Apasal? Aku rotate sekali dengan kau ke?”

“Yes. Kau dengan aku under Kak Nia sebelum ni. Jadi dia passed kita serentak ke Dr. Lucy.”

Balqis tersenyum mengenangkan perbualannya bersama Kak Nia. “Dr. Lucy? Sempoi tak?”

“Sempoi habis. Tadi ada kes cardiac arrest. Bagi DC adalah around setengah jam, that guy tak revive balik. Seram duh. Sekali Dr. Lucy buat incision kat upper left, dia manually stimulate jantung tu ko tau?? Aku dah agak nak pengsan dah tengok rilek je dia masukkan tangan dalam thoracic,” cerita Humaira, laju semacam. Bersemangat bunyinya.

Jantung Balqis sendiri berasa nyilu. “ECG?”

Last-last ada pulse. Subhanallah… Ralat tak ralat kat ER ni, ko balik nanti ko tau,” balas Humaira.

Balqis terdiam. Syukur kerana Allah masih memanjangkan nyawa lagi seorang hambanya. “Aku on the way Chuping ni.”

“Chuping? Mangkuk kau. Ko cuti berapa lama ni?” soal Humaira.

“Adalah dua tiga hari.”

Humaira pula yang terdiam. Balqis terus memandu. Tak lama lagi dia akan melepasi Tapah.

“Did something happen?”

Balqis menggigit bibir. They know me too well. “Nothing that’s so earth-shatteringly shocking lah kan.”

“Meaning? Double meaning tuh.”

“Meaning nothing unpredictable happened. Semuanya yang telah aku bajet akan terjadi, telah terjadi,” balas Balqis.

“Again, double meaning. Qis, something is seriously wrong,” Humaira membalas ringkas.

“I’m okay, Maira… At least, still breathing.”

“Apa jenis jawapan tu?”

“Maira, aku nak tol ni.”

“We’ll talk when you come back.”


4 comments:

  1. superb beb ayat diorg ni.. sukenyer

    ReplyDelete
  2. top superb tue..hehe..
    understanding tol maira tue...

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  3. ayo3!powernye ayt english..pening pale den...kekee=P

    -_i_n-d_a-h_s-a_r-i_-

    ReplyDelete