Tuesday, December 23, 2008

BalQisku episod 2 (iii)

Sweet hard Hand बी Hadiah



Balqis menekan-nekan pipi kanannya yang agak kebiruan. Dia tersenyum di sebalik air mata yang mengalir. At least tak payah pakai blusher lagi. Wicked jugak pipi warna biru ya…

Masih terngiang-ngiang warning Danial semalam. Selepas kejadian backhand di ruang tamu, Balqis hampir ingin membeli one-way ticket ke UK. Namun, azan Maghrib mengejutkannya dari lamunan. Balqis tidak tahu berapa lama dia terduduk di lantai mosaic rumah besar itu. Sedar-sedar, hari dah pun melabuhkan tirai.

Pagi itu, Balqis bangun seperti biasa. Dia subuh dan mandi pun seperti biasa. Tiba part nak bersiap-siap ke pejabat, Balqis terhenti di depan cermin. Mak ai, macam make-up Marilyn Manson. Biru dan sedikit kehijauan. Tidak seperti selalu yang putih kemerahan.

Ring tone lagi. Takkan pukul 8.15 pun belum ada siapa-siapa kat wad? Tiba-tiba kedengaran telefon diangkat. Balqis mengeringkan air mata.

“Hello. SJMC Surgical Ward.”

Balqis menjungkit kening. Aik, ini bukan Yati. “Hello, Assalamualaikum. Kak Nia ya?”

“Waalaikumsalam. Ya, siapa tu?”

Balqis tersengih. Residen rupanya. “Kak Nia, Balqis ni. Ada hal sikit lah Kak Nia…”

“Kenapa? Balqis sakit ke?” soal suara di hujung talian, sedikit bimbang.

“Lebih kuranglah, kak. Tiba-tiba je hari ni bangun pagi weng semacam je. Tak sedap perut…”

Kedengaran tawa kecil di hujung talian. “Oh, tanda-tanda awal tu! Have you missed your period?”

Balqis ketawa. “Kak Nia ni. Ada ke pulak. Mana ada. Rasanya food poisoning kot..”

“Tak nak datang check-up? Stool test ke?”

Balqis menarik-narik phone cord. Saja. “Insya Allah nanti. I’m sorry can’t make it today…”

“It’s okay, honey. Go and have your rest, okay? Kalau agak-agak helminth tu, cepat datang hospital ok?”

Setelah perbualan berakhir, Balqis duduk berteleku di kerusi. Sepanjang 24 tahun hidupnya, itulah kali pertama dia merasa backhand. Terkenangkan papa dan mama di Manchester. Sepanjang dia membesar, tak pernah lagi dia melihat papa meletakkan tangan ke muka mama dalam gaya yang membahayakan kesihatan. Jentik pun tidak pernah. Mengapa perkahwinan dia pula yang memulakan tradisi tangan-menangan ni?

“Yeah, guys just know how to hit a woman,” tutur Balqis, sambil menganggukkan kepala ke arah Julia Roberts di kaca TV.

Ketawa. “Not all guys, Balqis.”

Balqis melihat wajah empunya diri di sisinya. “Okay, either you’ve been watching too much ‘Pretty Woman’, or you are my personal Richard Gere.”

Wajah itu tersenyum। “I think I’d prefer the latter.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Langkah Danial mati tatkala dia menuruni tangga ke dapur. Telinganya menangkap perbualan Balqis di telefon. Darahnya menyirap seketika.

“Lebih kuranglah, kak. Tiba-tiba je hari ni bangun pagi weng semacam je. Tak sedap perut…”

Kemudian Balqis ketawa. “Kak Nia ni. Ada ke pulak. Mana ada. Rasanya food poisoning kot..”

Danial mengamati butir-butir perbualan. Balqis minta cuti? Food poisoning?

Danial teringat saat tangannya menyentuh pipi Balqis. Hairan dengan diri sendiri. Tidak pernah dia menampar perempuan. Serba salah.

On the other hand, she deserves it, gerutu Danial. Dia melangkah ke dapur. Mengambil tempat di meja makan. Dia memerhati Balqis yang membawa teko berisi kopi ke meja. Food poisoning? Elok je tu…

“Tak kerja ke hari ni?”

Balqis mengangguk perlahan. Dia menuang kopi ke dalam cawan Danial. Kemudian dia sendiri berlalu ke sinki untuk membasuh kuali yang kotor.

“I nak makan roti dengan susu pekat,” ujar Danial.

Balqis berhenti menyental. “Ambiklah sendiri kat… Nevermind.” Dia meninggalkan sinki menuju ke peti ais. Susu pekat di dalam Tupperware diambil dan diletak ke atas meja. Toast yang disusun elok di atas pinggan dicapai.

Danial memerhati Balqis menyudu susu ke atas toast. Apa yang sakit? Dia mengamati wajah wanita itu pula. Tiada reaksi.

“Nak letak kaya sekali,” tambah Danial lagi.

Balqis menjungkit kening. Apa punya breakfast daa? Dia berpaling untuk mencapai kaya di hujung meja.

Danial tergamam melihat wajah Balqis dari angle sisi. Biru. Hijau pun ada. Hampir tersembur kopi yang diteguk. Keje aku ke tu?

Food poisoning?

Danial tunduk.

“Erm, I nak balik kampong dua tiga hari boleh?” soal Balqis. Halus suaranya.

“Buat apa?”

“Takkan nak pergi clubbing kat Chuping kot..” balas Balqis perlahan. Bonus betul soalan.

Danial menjungkit kening. Soalan sensitif gayanya. Balqis menghela nafas. You never learn, girl. “I nak jumpa opah. Rindu dengan opah,” tutur Balqis lagi.

“Ke nak ngadu ngan opah pulak?” sindir Danial.

Balqis merenung sudu yang dipegang. Apa rasanya kalau hujung sudu ni dibenamkan dalam mata mamat sewel tu ya? “I’m not a tale-teller,” Balqis balas datar.

Danial mengunyah toast. “Ye ke?”

“Chew, then talk.”

Danial menjungkit bahu. Dua tiga toast kemudian, dia menolak kerusi ke belakang dan berdiri. “I guess no harm in you balik kampung,” tutur Danial. Dia mencapai blazer yang tersangkut di kerusi. “Listen, put something on your cheek. It’s not looking pretty.”

Balqis menjuling mata. “Now, how sweet is that,” balas Balqis, monoton.

Danial menjungkit kening. “Don’t push it.”

“Fine.”

4 comments:

  1. Dr nia ade enterprem kat cni..hehehhe

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu....ciannyer balqis..makan2 ati pun, x cakap kasar2 kat danial..xpun wat silent treatment..cume ade percubaan nak wat danial jadi kasim selamat jela kat dlm ati..the way die pk nak cocok mate danial gune sudu..hehehhe..

    suwitnyerrrrr

    ReplyDelete
  3. lorr...
    dr nia ke tuh...
    hehehee..
    ble bce pasal qis nie lupe skejap kat nia..
    heheheee....
    ske2...

    ReplyDelete
  4. aik masuk heroin SC ek..suke2..

    cian la Qis dpt laki cam2...
    main bantai jer mrh owang..
    ingt ak ptg ker..

    *swit hanna*

    ReplyDelete