Tuesday, December 23, 2008

BalQisku episod 1(iv)

Sweet hard Hand By Hadiah




Tangan Balqis cekap menyiang bawang merah di atas papan pemotong. Hari ini dia teringin makan ketam bercili bersama ikan pari steam. Tak kisahlah kalau lelaki yang tengah baca surat khabar kat depan tu nak makan ke tak, hari ni it’s all about her stomach.

“Kenapa you mesti pakai tudung hari-hari?”

Balqis mengerling ke sisi. Apa punya soalan? “Do you really want an answer to that?”

Danial meletakkan tangan di kaunter dan bersandar, memerhati kerja tangan Balqis. Laju semacam je. Dulu pegi belajar doktor ke masuk cooking school? “Well, if you don’t mind explaining la kan.”

“Hmm,” balas Balqis pendek. “I pakai selendang hari-hari cuz ada manusia macam you lah.”

Danial menjungkit kening. Sedikit tersenyum. “Manusia macam I? Manusia bernama suami?”

Aik? Comel je ngaku suami bab-bab gini. “I thought we are married on papers je.”

“Ye lah. Tapi dungu-dungu I bab agama pun, rambut bukan aurat wanita untuk suaminya. Habis tu kenapa you bother pakai tudung everytime I’m around?” soal Danial lagi, tak puas hati.

Balqis diam. Kalau dia jawab karang orang cakap mulut tak cukup insuran. Lebih afdhal dia diam. Kurang dosa, kurang masalah.

“Let me take it off for you.”

Mata Balqis membulat. Terkejut gamaknya. Pisau di tangan diangkat, tindakan refleks yang cukup hebat. “You dekat I karate you, Danial. I’m not kidding,” ujar Balqis lagi, datar.

Mula-mula Danial tergamam. Kemudian dia ketawa. “Okay, I really don’t want to see your karate skill,” balas Danial. Banyak sangat benda yang dia kurang tahu tentang isteri sendiri. “I was only kidding, ok?”

Balqis diam. Tak rasa pun kelakar dengan situasi mereka.

“Jangan marah, okay? Old school lah you ni. Mesti rambut you lawa tahap J. Lo kan,” komen Danial selamba.

Darah menyerbu ke muka Balqis। Kalau tak bagi menyirap darah memang tak sah. “Apa kata you pergi lepak tengok TV kat depan? Kalau setakat nak komen macam tu, I’d rather have a conversation with the fridge.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Argh!”

Balqis jerit sorang-sorang. Padanlah dia dengar orang ketuk pintu macam orang gila tadi. Ingatkan hantu mana nak kacau. Rupanya hantu yang tak boleh masuk rumah sendiri.

Jam dah pukul 3.30pagi. Comel je Danial mengacau tidurnya pepagi buta begitu. Balqis mengambil nafas dalam sambil mencapai kunci rumah yang tersangkut di key holder. Chill, Balqis. Mamat tu tolong gerak bangun qiam tu, gumam Balqis, cuba untuk mencari humor dan menepis marah.

“Apasal lambat bukak pintu?”

Balqis pejam mata. Laki sorang depan mata tu memang sengaja menuntut backhand. “Kalau dah pandai keluar takkan tak reti masuk kot?” balas Balqis balik. Dia cepat-cepat menutup pintu. Angin pagi yang dingin mencengkam tubuh yang hanya berpijama satin.

Danial terjelepok ke atas sofa. “I lupa bawak kunci,” komennya singkat. Sorry sepatah haram pun takde. Balqis mengangguk. Nak komen apa?

“I told you rambut you selawa J. Lo.”

Balqis dongak dari lantai. Wajahnya pucat. Dalam kelam-kabut menjawab doorbell tadi, dia terlupa untuk mencapai selendangnya. Elok je Danial senyum dari sofa. Hampeh.

“Whatever.” Dia mula menapak ke bilik. Tapi hidungnya menangkap bau yang agak kuat. “You intoxicated ke?” soalnya sebelum sempat menapis soalan. Marah ke aku?

“Not enough that I’m still sober,” jawab Danial, senyum gaya bangga.

Balqis menjuling mata. Ingatkan balik Malaysia takde la nak cium bau-bau alkohol lagi. Guess again, Balqis. Dia berpatah balik ke bilik.

“You tak nak marah I ke?” laung Danial dari belakang.

“I’ll consider la esok pagi after coffee.”

Balqis terus naik tangga. Dia terasa air mata yang mengugut untuk gugur di sudut mata. Papa, apa hikmah sebalik semua ini?

5 comments:

  1. emmm..so swtt la si Qis nie...suke watak nie..^^..

    melampau la si danial tue..
    bile nk brbh kn?kn?

    ^^...
    *swit hanna*

    ReplyDelete
  2. waa....
    ske sgt part kat dapo uh..
    sweet jer...
    larrr..
    danial nieh...
    ske wat hal..
    cian kat balqis..
    isk2...
    best2...
    lagi2..
    hehehee...

    ReplyDelete
  3. suke time die ckp psl ambot 2.
    agaga.
    sbar je erk balqis.
    agagagaga. =)

    ReplyDelete
  4. comel jerk diorg mse at dapor tu..
    heheheh
    eii..danial..
    bile nak berubh ni haa??

    ReplyDelete