Tuesday, December 23, 2008

BalQisku Episod 1(iii)

Sweet hard Hand By Hadiah


“Kerek! Kalau aku bajet dah kena sepak kot,” ujar Humaira। Semangat berkobar-kobar setelah mendengar gumam Balqis tentang suaminya, Danial.


Balqis mengangkat wajah dari mengacau Milo aisnya dan dia memandang sekeliling. Nasib baik rehat mereka tak clash dengan rehat residen. “Kecoh lah mu. Kalau iye pun nak sepak, volume tu agak-agaklah,” balas Balqis datar.

Fara menggeleng-gelengkan kepala. “Tak nak makan nasik konon. Dah Melayu tu toksah lah nak eksyen taknak makan nasik.” Dia menguyah roti canai telur. “Habis tu, dia makan tak? Sape tamau tomyam ko, duh? Hot stuff tu.”

Balqis sengih. “Aku bangun pagi licin je bawah tudung tadi,” jawab Balqis.

Yang lain ketawa. Mereka maklum akan rumah tangga Balqis yang kurang menentu. Walaupun Balqis jarang bercerita tentang Danial, namun mereka tahu Balqis dan Danial langsung tidak mempunyai apa-apa persamaan.

Fara, Humaira, Fatin dan Jasmin tidak tahu bagaimana respon yang sepatutnya diberikan apabila Balqis mengkhabarkan tentang perkahwinannya dengan Danial. Setelah tamat pengajian di King’s College dan setahun mencari pengalaman bekerja sebagai GP di sana, mereka berlima pulang ke tanah air. Masing-masing menuju ke kampong halaman. Balqis exception. Mama dan papanya bermastautin di UK kerana cinta papanya terhadap ilmu. Balqis yang kerinduan kampung halaman, pulang ke pangkuan opah di Chuping.

Tak ada angin, tak ada tsunami, Balqis mengkhabarkan dirinya dipinang orang. Memang beritanya disambut gelak ketawa dan perlian rakan-rakan. Danial Zachary. Nama pun dah macho. Agak mereka tentulah wajah empunya nama pun sekacak namanya. Alhamdulillah, rezeki Balqis nampaknya.

Dari segi lahiriah, Balqis dan Danial bagai pinang dibelah dua. Sama-sama cantik dan kacak. Dari segi lainnya…

“So apa plan ko?” soal Jasmin pula. Dia maklum dengan sifat Balqis yang lebih suka memerhati sebelum mengambil tindakan. Diam, namun tidak bererti bodoh.

Balqis menjungkit kening. “What makes you think I care?” soal Balqis pula.

Jasmin tersenyum. “Like how I know the canteen will start to kecoh once the clock struck 1.30. It’s called common sense,” balas Jasmin. “Ignorant as you may be, tapi kau tak pernah biarkan orang lain susah.”

“Aku cuma ambil kisah orang yang aku care je,” balas Balqis lagi singkat.

Fatin memerhati wajah Balqis yang tak berperasaan. “You do care about him, don’t you?”

“Apa ni?” suara Balqis mendatar. “Jangan memandai. Dah dia dah jadi laki aku, nak tak nak terpaksalah aku jaga makan minum dia,” tutur Balqis lagi.

Yang lain terdiam. Terikat antara janji dengan papa serta kebahagiaan yang belum pasti.

Danial melangkah masuk ke ruang tamu. Briefcase dicampak ke atas sofa. Senyap sunyi je? Ke mana pulak? Chevrolet pun takde. Shift malam ke?

Pintu kaca dibuka, membiarkan udara petang menghembus masuk. Wangian mawar dari pokok yang ditanam Balqis menerpa masuk. Danial terpana. That goes to show berapa lama kau tak bukak pintu tu sendiri, Danial.

Hairan. Selalunya Balqis akan muncul di muka pintu, walaupun kadangkala dia masih berbaju kurung setelah pulang dari hospital. Dia akan menunggu dengan secawan hot chocolate di tangan.

“Balqis!”

Senyap.

Danial menjungkit kening. Tak mati kalau tak minum hot chocolate tu sehari. Dia menuju ke meja jepun, di mana Balqis akan meletakkan surat-surat atau katalog-katalog yang diterima. Matanya menangkap sehelai kertas biru laut yang diletakkan di bawah paper weight.

Danial,

I on-call malam. Dinner dalam oven. Nak reheat choose medhigh, 15mins. Your hot choc I dah letak dalam thermos. Enjoy having the house to yourself.

QisAmani

Danial menjungkit kening. Padanlah senyap sunyi. Dinner? Tak semena-mena perutnya berlagu. Tidak jadi ingin mengutip Reader’s Digest yang baru sampai. Dia menapak ke dapur.

Danial sedang menghirup hot chocolate apabila oven berbunyi, menandakan 15 minit telah berlalu. Dia bangun dari kaunter. Pintu oven dibuka. Bau harum. Danial tersengih. Dia akur Balqis memang pandai memasak. Namun apabila matanya menumpu ke arah pinggan berisi dinnernya, sengih Danial menjadi tawar.

Balqis menjungkit kening. “Habis tu you nak makan apa? Japanese? Italian? French?” soal Balqis lagi, selamba. Dia mencapai pinggan dan menyenduk nasi.

“You boleh ke masak French?” soal Danial kembali, nada memperli.

Chicken Quiche.

Ke mende tah. Danial sendiri tidak pasti. Yang pasti dinnernya nampak macam diambil keluar dari buku masakan French mana-mana tah. Crust nampak kuning elok, sekitarnya pula dilimpahi cream cheese. Di tengah-tengahnya elok je Balqis letakkan tiga ketul buah zaitun dan daun parsley.

Danial melangu. Dia menarik pinggan keluar dari oven. Apa lagi perihal Balqis yang dia tidak tahu?

7 comments:

  1. adoyy...
    kan da kne si danial nieh..
    pandang orng xder mte jer..
    hahahaahaa..
    ske2..
    best2...
    lgi2??
    hehehee...

    ReplyDelete
  2. wahaha.. lea menantikan aksi2 mereka berdua yg lebih menarik.. cayalah..

    ReplyDelete
  3. hawhaw...
    pdn muke si danial..
    tgk orgla klu nk mgata..ingt qis tue 'kpg gal' ker..hehe...

    bgs nar si Qis nie..ttp mjage mkn mnm si suami wpn si dia tue derk jek..

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  4. agaga.
    2lah slah mengertikn org,
    pdg org sbelah mte.
    agagag.suke

    ReplyDelete
  5. wa best r qis ni, unexpectex wife. kn best klu pandai msk mcm dia

    ReplyDelete
  6. kene skali ha
    br padan ngn muka
    sombong sangat
    see the legs la

    ReplyDelete
  7. ahaaa..kan dah kena sebijik..
    padan muke danial..
    hahahaha

    ReplyDelete