Monday, December 22, 2008

BalQisku episod 1(ii)

Sweet hard hand By Hadiah


Balqis rasa seperti ingin menitiskan air mata। Akhirnya dia sah menjadi isteri Danial Zachary Salleh. Apakah dosa yang dilakukan bersuami dengan perosak alam sebegitu? Balqis tidak tahu.


Sudah sebulan dia hidup sebumbung dengan Danial. Pa dan ma juga telah lama pulang ke UK. Balqis sebak. Namun dikuatkan semangat. Papa dan mamanya tidak pernah mengajarnya menjadi anak derhaka. Tapi permintaan papa kali ini terlampau berat.

“Hello?”

Balqis menunggu sebarang reaksi dari dalam bilik. Dia menghela nafas. Begitulah rutinnya sehari-hari di rumah besar itu. Sebelum subuh dia akan mengetuk pintu yang sama, namun hanya in vain. Selepas bersarapan, pintu itu diketuk semula. Dia berkira-kira untuk memasang loceng di pintu bilik Danial.

“Danial! Tak kerja ke hari ni?”

Tiada respon.

“Kayu btol,” gumam Balqis. “Nak kuar ke tamau ni?”

Tiada respon lagi.

Balqis menjungkit bahu. Kerja aku ingat dia yang bayar gaji? Suka hati lewat nak gerak dia pergi kerja je? Boleh blah. Balqis mencapai sling bag kulit di tepi tangga.

Trafik sudah agak heavy. Balqis mengetuk-ngetuk stereng kereta. Agak ganas juga budak housemanship sepertinya sudah lewat hampir setengah jam. Volvo di hadapannya bergerak seciput-ciput. Alahai…

Sony Ericsson melagukan ‘Boulevard of Broken Dreams’. Danial? Ape jadah?

“Apsal you tak gerak I?!”

Berdentum gegendang telinga Balqis mendengar suara Danial di hujung talian. “Sudah. Kalau you bangun setakat nak call dan jerit kat I, apa kata you pergi tidur balik?” Balqis memberi cadangan. Pedih je pagi-pagi dah kena jerit.

“I ada important meeting in 30 minutes, tahu tak?”

“Like I would bother,” gumam Balqis perlahan. Danial menyoal “Apa?” di hujung talian. Balqis berdehem. “Laa, dah tahu lewat, toksah lah call I. Buang masa you je nak fire I ni. Apa kata you pergi bersiap? Your suit is in the closet, as usual. Pressed and starched. Tie pun I dah match. Breakfast dalam oven. Your laptop pun I dah packed kan.”

Diam. “Lain kali geraklah I. Apa guna ada you around?”

“Bila pulak I have Martha Steward written on my forehead ni?” tukas Balqis balik. Agak marah. “I dah gerak, you je yang macam kayu tidur tak cukup tanah,” balas Balqis lagi. Aik? Apa metaphor aku ni? Ada kaitan ke?

Danial membisu. “Dahlah. Bye.”

Klik.

“Bye,” ajuk Balqis. Hampir dicampaknya Sony Ericsson ke tempak letak kaki Chevrolet nya. “Bagi salam tak penah reti.”

“Apsal hari-hari lauk kampong ni?”

Balqis memicit kepalanya. Migrain pulak menyerang sejak balik dari rounding ward petang tadi. Sekarang di rumah, lagi satu bala menimpa. Setelah meredah jam dari Subang ke Ampang, Balqis terburu-buru Asar dan kemudian masuk juga ke dapur, walaupun kepalanya rasa macam tak cukup zon untuk berdenyut.

Balqis merenung sambal tempoyak ikan tenggiri dan tomyam seafood yang dihidang di atas meja. Kemudian dia mengalihkan pula pandangan ke arah Danial yang berdiri di birai dapur. Pandangannya tidak berperasaan. “Lauk kampong?”

Danial menjatuhkan briefcase ke atas lantai, gaya penat 3 hari kerja tak berhenti. Tali leher diregangkan. “Ya.”

Balqis menjungkit kening. “Habis tu you nak makan apa? Japanese? Italian? French?” soal Balqis lagi, selamba. Dia mencapai pinggan dan menyenduk nasi.

“You boleh ke masak French?” soal Danial kembali, nada memperli.

Balqis terdiam. Dia meneruskan proses menyenduk. Danial pula mula mengutip briefcase dari lantai dan beredar.

“Kira tak nak makan lah ni?”

“Setakat nasik hari-hari, dekat gerai depan tu pun I boleh beli,” laung Danial dari ruang tamu.

Balqis merenung pinggan nasi. She really couldn’t be bothered. Dia menjungkit bahu, membaca doa dan memulakan suapan.

5 comments:

  1. hahaha..
    even they r arrange marriage but balqis ttp mjlnkn kwjpn seorg wife..cun per..

    si danial nie sengkek btl..
    klu nk french ker italian ker..p la restoran sne...mkn byk2..hehe..

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  2. hahahahaaa..
    adoy..klaka plak cite nieh..
    xreti bersyukr btol danial nieh..
    tp best2..
    ske2..

    ReplyDelete
  3. oh.. kisah hot choc rupanya.. wahah.. best2.. citer ni mmg best giller.. huhu..

    ReplyDelete
  4. hahahaha, lawak2, best2. br bertemu buku ngan ruas

    ReplyDelete
  5. hahaha..
    best2..hai la danial..

    ReplyDelete