Friday, December 26, 2008

BalQisku episod 12(iii)

Sweet Hard hand By hadiah



Rumah banglo di Ampang ceria pagi Ahad itu. Senang hati Balqis melihat bunga bakawalinya hampir mengembang. Hos air ditekan perlahan, agar sedikit sahaja air yang dipancut untuk mengairi pasu bunga itu.


Kemudian dia mencuri pandang ke arah Danial di porch. Sibuk gayanya lelaki itu menggosok-gosok rim Autobavarianya. Chevrolet Balqis telah disabun, hanya tunggu untuk dihoskan dengan air. Balqis tersenyum. Paling tidak tak payah pergi Shell untuk cuci kereta lagi. Not bad.


Hitz.fm memainkan lagu Pinch Me, nyanyian kumpulan Barenaked Ladies. Balqis menahan tawa melihat Danial yang menggoyang-goyangkan kepala mengikut rentak muzik. Bibir lelaki itu pula turut sama menyanyi bersama Barenaked Ladies.


“Put the sprinkler on the lawn

And run through with my gym shorts on.”


‘Put the sprinkler on the lawn, huh?’ getus Balqis. Tanduk mula keluar menunjukkan diri. Sambil tersengih, dia menekan hos sehingga habis, sambil menala ke arah Danial yang terbongkok-bongkok mencuci rim.


“Take a drink right from… What the??!!”


Balqis menahan tawa. Dia menarik senyum segaris apabila melihat Danial mengelap muka dengan hujung T-shirt.


“Oh… Tak perasan ada little devil kat hujung sana…” ujar Danial tersengih.

Balqis menjungkit kening. Dia memalingkan kepala ke belakang, dalam usaha mencari ‘little devil’ yang dimaksudkan oleh Danial.


“Nice try,” komen Danial. Dia menarik senyum malas. Span di tangan dijatuhkan ke dalam baldi.

Balqis tidak dapat menahan sengih. “I thought you wanted to drink right from the hose?” soal Balqis, innocent.


Danial ketawa. “Keje-keje gitu Barenaked Ladies je yang buat, yang,” tutur Danial. Dia melangkah perlahan-lahan mendekati Balqis di halaman. “So kalau I get even, you tak marah kan?”


“Get even?” Balqis mengangkat hos lagi. “Kalau berani, dekat lah,” ujar Balqis, tersengih.

“Stick and stones may hurt my bones, but that hose will never hurt me,” balas Danial, masih melangkah.


“Oh yea? Watch, I can aim this hose pretty nicely.”


Bermula perang air antara mereka. Balqis menekan hos kepada tahap maksimum. Danial

tertunduk-tunduk untuk mengejar wanita itu. Ketawa mereka pecah apabila saling berkejar-kejaran. Kecoh. Nasib baik juga rumah mereka agak jauh dari jiran-jiran lain, dan dinding pagar yang agar tinggi.


“Gotcha!”

Balqis meronta-ronta. Hos paip di tangan hampir terlepas. “Ngelat! Ngelat! Ada ke tuju orang macam nak tackle ruggers je??”


Ketawa Danial masih berbaki. Pegangannya pada pinggang Balqis diketatkan. “Apa ngelat? Sapa suruh you hos air kat I tadi?” soal lelaki itu, wanita di dalam rangkulannya dipusing agar mereka bersemuka.

Balqis maintain muka innocent. “You yang cakap nak minum dari hos.”


“Pandai la,” ujar Danial singkat. Senyumnya masih di bibir memerhatikan wajah isteri dalam pelukannya.


“You kalau main ragbi memang selalu ke peluk ruggers lain lepas tackle diorang?”

Danial sengih. “Taklah. My wife je. Tu pun I tackle cara lain.” Kening double-jerk.

Your wife main ragbi? Macho jugak ek wife you?”


Sengih lagi. “Very. Macho and cute,” balas Danial. Kemudian dia tunduk untuk melihat baby-T yang dipakai Balqis. Clash dengan baggy sweatpants nya. Kata-kata pada T-shirt Balqis menarik perhatiannya. “’I must be a good girl’, huh?”


Balqis menjungkit kening. Kemudian dia turut membaca caption T-shirt nya. Sengih. “Well, I try.”

“So kalau I kiss you sekarang, would you be a good girl and respond back?”



Climb the stair up to my room

And sleep away the afternoon…

4 comments:

  1. climb the stair up to my room
    and sleep away the afternoon...
    hihi...
    ader mkne tersirat nieh....
    isk2..

    ReplyDelete
  2. zatie cepat je tangkap maksud die erk?? hehehe... pick up btl.. hehhee

    ReplyDelete
  3. tol2 zaty.ayat2 mcm de maksud len.
    agaga
    -na`dz
    Climb the stair up to my room
    And sleep away the afternoon…

    ReplyDelete