Friday, December 26, 2008

BalQisku episod 12(i)

Sweet hard Hand By Hadiah



Liverpool gi semi!!!!!”


Balqis ketawa. Gagang telefon dijauhkan sedikit dari telinga. Kalau telefon Jasmin selepas game Liverpool, dinasihatkan agar membeli insuran telinga terlebih dahulu. “Down, girl! Aku dah agak. Kalau call ko lepas game, paling kokak pun barai gegendang telinga aku,” ujar Balqis.


Jasmin turut ketawa sama. “Okay, okay. Kena save jerit aku untuk Maira dengan Fat gak. Maira konfem dah tido, aku berani bet kaki kanan aku.”


Balqis tersenyum. Cord telefon diputar-putar di jari. “Ala, dulu kat UK pun tak layan EPL, takkan la dia nak layan Champs League. Ko nih pun…”


“Itu lah. Ko nih stay up dengan sapa? Darth Vader ke?” Aura-aura senyum Jasmin di Cheras boleh dirasa hingga ke Ampang.


“Yup,” Balqis menjawab ringkas. Terasa pipinya merona merah mengingatkan perbualan sewaktu perlawanan tadi. Jatuh cinta? Danial? Biar betul.


“Oohhhhh, stay up dengan abang Darth Vader sampai 3 pagi! Boleh tahan.”

Balqis memerhati Danial yang sedang menutup lampu dapur. “Perlu ke sebut pasal dia?” ujar Balqis, volume suaranya jatuh seoktaf.


“Sayang, try not to sleep too late.” Tiba-tiba sahaja lelaki itu berada di hadapannya. Kemudian tunduk mencium dahinya.


“What?? Sayang??”

Balqis menjauhkan telefon dari telinga. Wajahnya merah padam. Dia menarik muka melihat respon Danial yang sedang ketawa.


“Oops, mana I tahu kita ada audience?”

Di corong telefon, ketawa Jasmin tidak berhenti. Balqis mengiringi Danial naik ke tingkas atas dengan pandangan mata.


“Sayangggg, whotcha doing??” Gaya Orked dalam Sepet.

Balqis tersengih. Jasmin dan telatahnya. “Ko nih, Jas. Juvenile betul,” komen Balqis, masih tersenyum.

“So, kira nak teman cik abang la ni?”


“Mende pulak? Memasing nak tido pandai-pandai la. Takkan aku nak pi nyanyi lullaby kot?”

“Ish, berjanggut la aku nak dapat anak sedara ek?”


“Haa, mula dah la mengarut tu.”

“Fine, fine. Minah, as much as I’d love to chat, esok aku on-call la,” ujar Jasmin.


“Oh, hehhe. Aku cuma nak tanya, are you still up to bunking together kat Mozambique nanti…”

Diam. Kemudian Jasmin menjerit lagi. “You’re going!!”


Balqis ketawa kecil. Sekali lagi gagang telefon dijauhkan dari telinga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Amani!”


Langkah Balqis terhenti. Dia memusingkan badan. Kelihatan Hamzah melambai dari hujung hallway.

“Dengar kata you pergi Mozambique. Betul ke?”


Balqis tersenyum. “Words do spread fast around here.”

“No second thoughts?”

“Insya Allah, no,” balas Balqis, masih tersenyum.


Hamzah tersenyum hambar. “I tak sangka Danial boleh lepaskan you pergi,” tutur Hamzah lembut.

“Dia faham impian I…”


“Well, could we possibly have dinner tonight?”

Balqis terdiam. Kelu kata-kata. “I’m sorry Hamzah…”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Balqis melangkah masuk ke patio. Hairan melihat kereta Danial yang sudah berada di porch apabila dia sampai di rumah sebentar tadi. “Danial?”

Tiada jawapan.


Balqis menuju ke dapur. Kelihatan Danial khusyuk memotong daun bawang dan capsicum. Masih berkemeja pejabat dan berseluar slack. Lengan kemejanya disinsing ke paras siku. Lengkap berapron.

Senyum muncul tanpa diundang di wajah Balqis. Teringat dengan kata-kata Humaira. “There’s something about guys who cook in their work attire…” Right on, tutur hati Balqis.

“Are you just going to stand there and admire me from afar?”

Senyumnya hilang. Balqis menarik muka. Namun hatinya masih digeletek dengan telatah Danial. “Bila yang I admire you? I cuma nak tengok dari jauh, mana tau kot-kot terbakar necktie you tu, boleh I tolong siramkan dengan air,” balas Balqis selamba.


Danial ketawa. “Punyala jauh dari stove. Plus I got this,” tutur Danial, sambil menunjukkan apron yang dipakai.


Balqis tersengih, menggeleng-gelengkan kepala. “It’s ap-ron. Apppp-ronnn.”

Danial menjulingkan mata. “Ingat baby’s bib tadi.”


“You nak join syif masak dengan I ek?” soal Balqis lagi, kali ini merapati kaunter di mana Danial sedang memotong capsicum.


Danial mengangkat muka dari menghadap papan pemotong. Tersengih. “Kalau permanently, alamatnya kita kena stock up microwave food banyak-banyak lah.”


Balqis ketawa. “You kalau tak kayakan Makro memang tak sah.” Dia mencapai sehelai lagi apron di dalam kabinet. “So, what’s the occasion?”


“Heyp,” tegur Danial, segenggam daun bawang ditalakan ke arah Balqis. “Leave the appp-ronnn alone. I masak hari ni.”


Balqis menjungkit kening. “Kalau kita ada tetamu, I won’t mind laa masakkan untuk you,” tutur Balqis lagi.


“Siapa cakap kita ada tetamu?”

“Habis tu?”

“Just you and me.”

Senyum hadir lagi.

3 comments:

  1. liverpool..u'll never walk alone.. hehehehe fan liver.fc gak ni..

    danial2 ingat jasmin sorg je ke audience?? rmi lagi ni..

    ReplyDelete
  2. heheheee...
    haisy nana nieh..
    merah pipi qis nnty...
    heheheeee....
    ske2...

    ReplyDelete