Thursday, December 25, 2008

BalQisku Episod 10(i)

Sweet Hard hand By hadiah



Cherié!”


Balqis menjenguk dari muka pintu. Kelihatan Danial di sisi Autobavarianya, briefcase dan sepucuk surat di tangan. “Awek mana pulak you panggil ni?” soal Balqis. Dia mengambil briefcase yang disua oleh Danial।


“Heh,” balas Danial, tersengih. “Konon je sekolah kat Nice. Takkan ‘cherié’ pun tak tau?”

Balqis menjungkit kening. Dia menyua cawan berisi hot chocolate kepada Danial. “Le vrai est trop simple, il faut y arriver toujours par le compliqué,” balas Balqis selamba।


“Le comple to-sho for-te what?” ujar Danial, rahangnya ternganga. Kemudian dia tersenyum. “Alright, kalau you nak puji I pun, tak payah la pakai French.”

Balqis ketawa। “Sudah la.”


“Apa you cakap tadi, Qis? Siap lidah belit-belit lagi tu,” soal Danial sambil melabuhkan punggung ke sofa. Surat tadi masih setia dipegang।


“Aik? Kan you hebat cakap ‘cherié’, takkan tadi tu tak paham?” tukas Balqis pula, tersenyum.

Danial ketawa. “Fine, fine. I setakat ambik minor kat uni, mana lah I nak reti sangat. Nak conjugate satu verb pun setengah tahun, lagi nak construct one full sentence macam tu। Sorry to underestimate you. I was just pullin’ your leg. Nak jugak dengar you speaking French,” pujuk Danial lagi.


Balqis menjungkit bahu. “Okay. Dish. Mimpi ‘Eiffel, I’m in love’ ke semalam?”

Danial mengerut dahi. “Please. Karat semacam citer tu. Chickflick habis।”


“Habis tu?”


Danial tersenyum. Dia menggawang-gawangkan surat bersampul putih di tangan. “This was in the mailbox,” terang Danial. “For you.” Surat itu bertukar tangan. “Alamat dia dalam French, so I ingat nak test power la kejap. Mana tau sekali you balas gaya Napoleon Bonaparte,” gurau Danial।


Balqis menyiku perlahan abdomen Danial yang berdiri di sisi. “Ada ke Napoleon? Perut ala-ala abomasom 4 tingkat tu you samakan dengan I? Tak seswai la, Danial,” balas Balqis. Ketawa Danial pecah lagi. “Hmm… UN nyer surat!” Balqis bersuara girang। “Memang laa dalam French, pakcik oi…”


“Kenapa UN hantar surat kat you? Kofi Annan nak ngorat you ke?” soal Danial, sambil menjenguk dari atas bahu isterinya untuk cuba membaca kandungan surat. Balqis ketawa kecil. “Oo, you ada skandal dengan Kofi Annan ya? Apa yang dia ada yang I takde?” soal Danial lagi, berpura-pura serius.

“Em, for one, rambut kerinting uban dia tu macho apa,” balas Balqis selamba. Dia menarik keluar surat dari sampul yang dikoyak sisi। “Bismillahirrahmanirrahim…”


Mereka berdua terdiam sebentar sambil membaca isi kandungan surat. Danial yang berdiri di belakang Balqis turut khusyuk membaca. Tangannya tanpa sedar mengelilingi pinggang Balqis.

Mission to Mozambique??”


“Danial…”

“You nak buat apa pergi Mozambique ni?” soal Danial kuat, matanya tertancap ke wajah Balqis.

Balqis meneliti surat di tangan sekali lagi. “Health mission kot। Yea, AIDS vaccination mission,” ulang Balqis, pasti.


“In Mozambique??”


Balqis hampir menapak ke belakang. Suara Danial bukan dalam kategori menjerit, tetapi cukup kuat untuk menyakitkan gegendang telinganya. Dia kecut perut. “Yes, in Mozambique,” balas Balqis perlahan।


Hampir terlepas cawan hot chocolate di tangan. Danial menghela nafas. Dia kembali duduk di sofa. “Bila pulak you apply nak pergi Mozambique ni?” soal Danial, sama perlahan।


Balqis menggigit bibir, cuba mengingatkan data-data berkenaan। “Waktu I last year in med school. I isi borang UN medical comrade online,” terang Balqis. “Tak sangka after nearly three years, they finally picked me…”


Danial mengangguk faham. Dia menepuk-nepuk tempat sofa di sebelahnya, mengarahkan Balqis duduk. Balqis akur. “So, are we off to Mozambique or what?”

Balqis menjungkit kening. “Non-medical officer mana boleh ikut, strictly medical personnel picked by UN je॥”


“So, no chance of honeymoon-ing there?” soal Danial, tersenyum.

“Unless you want to fight the visa application, which can be pretty tedious, and also the nyamuk-nyamuk yang bakal menyambut kedatangan you,” balas Balqis। “You game?”

“Are you game?”


Balqis mengalihkan pandangan ke arah surat bergaris emas itu semula. “Well, it is something I’ve always wanted to do,” terang Balqis lembut sambil tersenyum.

“What? Vaccinate AIDS-contaminated kids in Mozambique?” soal Danial lagi, turut tersenyum.

“More or less like that।”


“Others dream of vacations in Savannah, shopping trips to Europe, while you, dream of doing volunteer job in Mozambique,” tutur Danial, cuba memahami senario। “My wife, the Good Samaritan,” Danial membuat konklusi, tersenyum.


Balqis memukul lembut bahu Danial. “You made it sound like I’m such a nerd.”

Danial ketawa kecil. “No sayang. I’m seriously proud of you. So kira Mozambique is circled on your calendar la ni?”


Balqis menggigit bibir. “Well, of course it’s up to you. Your say. I ikut apa keputusan you…”

“Kalau I tak kasi, agak-agak you buat apa?”


“Hmm…” Balqis berkira-kira. “Mungkin mogok selama 4 bulan, no dinner for you, no pressed shirt, no more doing your laundry and your dishes,” balas Balqis, tersengih.

Danial ketawa। “4 bulan je?”


“Ye la, mana boleh exceed 4 bulan. The fifth month kan birthday I, nak jugak merasa dapat hadiah dari konon ‘macho guy’ like you,” sambung Balqis lagi, masih tersengih।


“Clever, very clever. Tapi kalau I lepaskan you pergi Mozambique tu, what is my end in the deal?” soal Danial lagi। Dia menjungkit kening, tanda tanya.


“Well, first of all, you have the house all to yourself for the next six months…”

“Seronok sangat ke duduk sorang-sorang?”

Balqis pula menjungkit kening।


“Ye la.. Takde orang nak tunggu I petang-petang dengan hot chocolate, malam pulak gerenti up nasik bungkus je. Baju kena iron sendiri, tengok TV pun takde siapa nak picitkan bahu lagi। So, what’s so nice about being home alone for the next six months?” tutur Danial. “Hmm?” Sengaja mendekatkan dahinya ke dahi Balqis.


Balqis menjulingkan mata. Danial ketawa melihat Balqis yang meronta untuk mengalihkan wajahnya. “Kalau I takde, boleh lah you layan SuperSport tu pagi petang, siang malam. Takde lah orang nak tukar channel kalau game rugby you kat TV,” tukas Balqis pula।


“Jadi kalau I beli TV lagi satu, will Mozambique be off the plan?” soal Danial.

Balqis tersenyum. “Kenapa you beriya tak nak kasi I pergi? Kan boleh cari pembantu nak ironkan baju atau masak?”


“Pasal kalau you pergi, malam-malam tetiba I datang kemaruk nak tengok muka you, macam mana? Lalu Highway ELITE takpun naik bas Intrakota No. 54 tak sampai Mozambique tu, tau?”

Balqis sengih। “Kemaruk konon….”


Danial menjungkit kening. Kemudian dia bingkas bangun dari sofa. Balqis kaget. Takkan merajuk kot? Dilihatnya lelaki itu berpusing mengelilingi meja jepun। Kemudian mengambil beg kerja Balqis yang disandarkan di meja itu. Balqis musykil. Stetoskop di poket tepi dicapai, kemudian Danial melangkah kembali ke sofa.





“You nak buat apa dengan stetoskop?” soal Balqis, hairan.

“Pakai,” Danial mengarah. Balqis akur. Eartips diletakkan di corong telinga. Dia melihat wajah Danial dengan tanda tanya. Danial mengambil end piece dan meletakkannya di dadanya। “Listen. That’s the beat of my heart, right?”


Balqis mengangguk perlahan. Perlahan. Bradycardia ke? Sakit apa?

“Notice how it slows down. The moment I baca surat tu, I rasa jantung I macam dah gugur atas karpet ni,” bisik Danial perlahan. “Imagine kalau you betul-betul pergi. I don’t think I can live…”

4 comments:

  1. “Imagine kalau you betul-betul pergi. I don’t think I can live…”

    hehe..danial..danial...ade2 jer...

    ReplyDelete
  2. heheehe
    semakin bca semakin
    huhuhu
    xsaba nk abzkan bca...
    asik dok depan kmptrn ni je..
    so sweet..
    manjenye..
    ayat power gler

    ReplyDelete