Tuesday, December 23, 2008

BalQis Episod 6(ii)

Sweet Hard hand By Hadiah




“Balqis?”

“Hmm?” balas Balqis, matanya masih menumpu pada case study। Cermin mata yang terlurut di hidung ditolak ke atas.


“Weekend ni you on-call tak?” soal Danial, mengambil tempat di sebelah Balqis.

Balqis menggeleng-gelengkan kepala। “Nope.”


“Kalau kita buat housewarming apa macam?”

Balqis berhenti membaca। Case study ditutup. “You pernah dengar ke orang buat housewarming setengah tahun lepas pindah?”


Danial tersengih. “Well, it’s better than nothing, right?”

Balqis terdiam. Pensel di tangan diputar-putarkan. “On one condition.”

“Apa?”

“Kita buat do’a selamat la. Kan lebih proper,” tutur Balqis.

Danial tersengih lagi। “Right. Sabtu malam Ahad tu kita buat do’a selamat. Then, hari Ahad kita buat housewarming, ok?”


“Perlu ke buat separate occasion? Nanti I jugak yang penat kan?” soal Balqis.

“I promise I tolong। Lagipun ada kawan-kawan I yang non-Muslim, takkan nak invite untuk do’a selamat?” pujuk Danial lagi. “Please?”


Balqis mengulum bibir. Dah lama takde makan-makan. Orait jugak. “Okayla macam tu.”

Hari minggu pun tiba। Setelah bertungkus-lumus di dapur sejak lepas Zohor, akhirnya Balqis berpeluang naik ke atas untuk menukar pakaian. Tak lama lagi papa dan Danial akan pulang dari masjid bersama-sama jemaah Maghrib. Balqis tersenyum lucu. Danial? Masjid? Tapi Balqis tetap memanjatkan syukur.


Petang tadi Danial mengotakan janji. Dia turut sama turun padang menolong Balqis, mama dan Farrah, adik perempuan tunggal Danial, di dapur। Setakat tolong menggodak lauk, memetik daun kari dan tolong tengok. Tetapi Balqis tidak kisah. It’s the thought that counts.


Setengah jam sebelum Maghrib, Danial lesap ke atas. Balqis sendiri tidak tahu bila dia dan papa keluar ke masjid. Syukur papa memang ahli masjid, haru juga kalau nak mengharapkan Danial yang tak pernah tunjuk muka di masjid mengajak jemaah ke rumah. Jemaah wanita yang kebanyakannya terdiri daripada isteri-isteri jemaah lelaki telah pun Balqis jemput sewaktu kelas tafsir mingguannya di masjid.

Selepas mandi, Balqis menunaikan fardhu Maghrib। Telekung dilipat. Kemudian dia menuju ke walk-in closet untuk memilih baju kurung. Sewaktu sliding door almari ditolak, sehelai kertas biru terjatuh ke atas kaki Balqis.


Hairan. Kertas itu dicapai.

Darling,

Wear the one yang I bagi sebagai hantaran tu.

Looking forward to eat meet you later।


Danial

Bila pulak mamat ni masuk bilik aku? Pastu mereng apa pulak main darling-darling ni?

Kemudian dia melihat perkataan eat yang digaris oleh Danial. Dia menarik muka. Gatal semacam.

Kemudian matanya tertancap pada baju kurung yang masih elok berplastik। Comel je dihamparkan di atas katil. Mata Balqis bundar. He went through my closet??


Balqis melabuhkan punggung di katil. Plastik dialihkan. Tekstur baju kurung bertanah merah berbunga kuning itu terasa mewah di jarinya. Kalau tak salah, mamanya cakap mama lagi satu beli kain itu sewaktu bershopping di Paris sebelum akad nikah mereka dahulu.

Takkan nak do’a selamat pakai mengalahkan datin?


Balqis mengulum bibir. Yang Danial ni pulak satu, takkan ada dress code kena pakai baju warna apa? Baju kurung itu diperhati lagi. Memang kain nampak mahal, tetapi tidak nampak flaunting jika dipakai. Tiada batu-batu yang bergemerlapan. Tidak bersinar-sinar menyakitkan mata.

Balqis menjungkit bahu।

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Danial menjengukkan kepala di dapur. Kelihatan Farrah sedang meratah ayam percik. Adik perempuannya itu sudah lengkap berbaju kurung dan berselendang. “Eh, ngelat. Ada ke dah melantak?”


Farrah tersengih. “Mana tahan maa. Kak Qis masak gaya bukak pasar Ramadhan। Padan laa along boroi semacam je sejak kawin ni.”


Danial meluku perlahan kepala si adik. “Pandai la, Chu. Kak Qis ngan mama mana?”

“Mama dok tengah tempek-tempek bedak lagi। Kak Qis pun agaknya sama kot,” balas Farrah, masih tersengih. “Apa tips Kak Qis ek, along? Masak pun pandai. Yang slack nya kena berlaki dengan along je.”


Mata Danial membundar. “Ada ke kutuk along yang sikit punya dok ada segaknye nih?”

Farrah mencebik। “Segak memangla segak. Tapi kalau asyik dok joli katak, muka macam Nistelrooy pun boleh jadik macam roda basikal, okay?”


Kedengaran Balqis terkekeh-kekeh। Mereka serentak mengalihkan pandangan ke arahnya. Balqis menggawang-gawangkan jari telunjuk ke arah Farrah. “Oh, ngelat!”


“Sejak bila korang kongsi kamus ni?” soal Farrah tersengih.

Balqis menjungkit kening. “Apahal pulak ni?”

“Along pun cakap ‘ngelat’ tadi।”


“Lawa kita malam ni,” puji Danial, tersengih-sengih. Baju kurung bertanah merah itu dipakai juga akhirnya oleh Balqis. Dipadankan dengan selendang berton senada. Padanlah buat request pelik-pelik. Lelaki itu juga turut memakai baju melayu bernada sama.

“I lawa। You, I tak tahu lah,” balas Balqis ringkas.


Farrah ketawa। “Jangan la gitu, Kak Qis. You’re bruising his ego. Uchu je boleh buat kerja tu,” pujuk Farrah. “Ni apasal boria ni? Jiwang tak larat!”


Pipi Balqis memerah. Danial pula ketawa senang hati. “Biarlah. Jiwang-jiwang pun along dah kawin. Kamu nak kata apa?” ujar Danial, sambil tangannya cekap melingkari pinggang Balqis.

Balqis merenung Danial, tajam। “Terbatal wudhuk I, I sedekah you dekat Chesire Home nanti,” ugut Balqis.


Farrah ketawa lagi.

Ala, kalau you sedekahkan I kat diorang, mesti you rindu I। Then terus pergi jemput I balik,” gurau Danial lagi. Tangannya masih elok memegang pinggang Balqis.


“Siapa cakap? I bagi you terus untuk adoption. I cari buyer dari Thailand.”

“Ye ke?” ujar Danial lagi. Dia merapatkan wajah ke pipi Balqis. “Jadi kalau I cium pipi you kira you terus masukkan I dalam kotak lepas tu hantar ke Thailand la ni?”


“Eee!” Farrah terjerit kecil. Dia menutup mata dengan tapak tangan. “Mama, tengok diorang ni dok layan jiwang depan underaged audience!”

Mama yang baru melangkah masuk ke dapur tersenyum। “Kamu pun dah layak kawin, underage apanya?”


“Mama, tengok Danial gatal nak batalkan wudhuk Qis!” lapor Balqis। Dia berdiri statik, takut sekiranya dia bergerak, tersentuh tak berlapik dengan Danial.


“Apa along ni gatal semacam। Jangan la kacau Balqis. Dahla dia penat memasak sepetang-petang,” leter mama. “Dah, dah. Pergi duduk depan tunggu orang.”


Majlis do’a selamat beransur dengan tertib, diikuti solat Isyak berjemaah di ruang tamu banglo itu। Kemudian makanan dihidangkan. Tiga batch ayam percik yang dipanggang petang tadi licin. Nasi minyak pun tinggal seperiuk kecil. Acar buah banyak yang dimohon tapau oleh makcik-makcik yang berkunjung.


Sekitar pukul 11.30, papa, mama dan Farrah bertolak pulang. Itu pun papa memohon maaf kerana esok harinya dia perlu terbang ke Taipei.

Sunyi semula rumah besar itu.

4 comments:

  1. hahahaaa...
    sweet je dorang nie kalo berbaek...
    ske2...

    ReplyDelete
  2. hiihi..
    best giler..
    swtt jer dorang sedondon nih...
    cam merpati duo sejoli...:)

    *swit hanna*

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaa..suke2
    dorang in love scene.
    agaga.
    sweet gilew.
    mnta2 ah danial berubah.
    agaga,
    -na`dz

    ReplyDelete